Zoo Melaka yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 1963. Merupakan zoo kedua terbesar di negara ini. Pada tahun 1979, pengurusan zoo Melaka Zoo diambil alih oleh PERHILITAN dan kini kebun binatang ini menjadi tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Melaka. Dengan keluasan 54 ekar, Zoo Melaka kini menyimpan hampir 1,500 hidupan liar yang hampir pupus dan terancam punah. Zoo Melaka memainkan peranan penting sebagai Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar dan juga pusat rekreasi yang dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Harga tiket Zoo Melaka boleh dilihat dibawah ini.
Apa Yang Ada Di Sini?
1. Dinosaur World
Ini tarikan baru yang ada dalam Zoo Melaka mulai tahun 2021.
Dalam kawasan seluas 5 ekar ini anda akan jumpa 100 ekor dinasour. Ada yang duduk diam, ada yang boleh bergerak. Yang bagus lagi, saiz dinasour yang ada kat sini memang saiz asalnya.
Harga tiket nak ke sini memang sudah dikira sekali dengan tiket masuk.
Kalau ada anak mungkin masa kat sini lama.
Lagipun dengan jumlah dinasour yang ada, ini antara tempat pameran haiwan purba antara terbesar kat Asia Tenggara.
2. Mini Safari
Kalau anda nak ke Afrika, tapi bajet cukup hanya ke Melaka, tak mengapa.
Kat sini pun tengok bintang Afrika macam zirafah, impala dan kuda belang. Semua haiwan di sini agak cergas kerana mereka dibiar bergerak bebas dalam kawasan lapang.
3. Kompleks Harimau Besar
Kompleks ini ada 2,3 spesis harimau. Dari harimau belang sampai harimau bintang dibela dalam rumah kaca.
Saiz harimau di sini juga cukup besar. Memang gerun tengok. Jangan tunjuk lagak untuk mencabar harimau. Takut mengundang amarah sang harimau.
Zoo Melaka ini hebat bukan sahaja dalam menjaga binatang, tetapi juga hebat membesarkan anak harimau. Sudah lebih 40 ekor anak harimau lahir dalam kawasan zoo.
Dan zoo ini juga ada harimau putih yang dinamakan Elsa.
4. Tunggang Kuda & Gajah
Kalau anda ke sini masa hujung minggu, anda boleh tunggang kuda dan gajah.
Tapi ini kena bayar extra dari harga tiket. Nak menunggang, datang pukul 10 pagi – 12 tengah hari ataupun 2 petang – 4 petang.
5. Night Safari
Kalau takut panas, tapi tak takut nyamuk, ambil pakej Night Safari. Anda boleh lihat sendiri kehidupan haiwan-haiwan ini pada waktu malam menaiki trem. Agak menghiburkan dan merupakan pengalaman yang anda tidak akan lupakan!
Lain Dari Dulu
Kalau anda pernah ke sini sekitar 2012 ke 2018, anda mesti kata Zoo Melaka tak best.
Sebenarnya, itu zaman gelap zoo Melaka. Dalam tempoh itu, kerajaan negeri memberi kontrak penjagaan Zoo Melaka dan Taman Burung Melaka kepada pihak swasta.
Pada waktu ini harga tiket masuk ke zoo naik. Tapi dalam masa yang sama, banyak haiwan di sini mati. Ini belum termasuk ratusan yang hilang dan diberi makan kepada ular sawa.
Kontrak yang sepatutnya diberi selama 60 tahun kini telah ditamatkan. Sekarang zoo diambil alih semula oleh kerajaan Melaka.
Tips
1. Tak sanggup berjalan? Ada trem yang boleh anda naik. Dulu harganya RM 5. Tapi sejak harga tiket Zoo Melaka naik, servis ini dikira percuma.
2. Kalau datang masa hujung minggu, jangan lupa singgah lawat Lily — si gajah yang comel dan manja. Anda juga mungkin boleh bagi Lily makan tengahari bermula pada pukul 11:30 pagi.
Tarikan Berdekatan
Bertentangan dengan zoo ini ada Taman Buaya dan Melaka Wonderland. Kalau nak bersantai layan kayak, boleh sahaja bergerak ke Tasik Ayer Keroh.
3 Hotel Terbaik Berdekatan Zoo
Ames Hotel
Jalan Pkak 2 Pusat Komerisal Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
Ames Hotel terletak di Melaka, 13 km dari Melaka Sentral. Ia menawarkan penginapan dengan restoran, parking peribadi percuma serta kolam renang luaran dan pusat kecergasan. Tempat penginapan ini berada sekitar 13 km dari Tokong Cheng Hoon Teng, 13 km dari Jonker Street dan juga 13 km dari Muzium Warisan Baba & Nyonya. Penginapan ini menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam, perkhidmatan concierge dan simpanan bagasi untuk tetamu.
Semua bilik tamu dilengkapi dengan alat penyaman udara, TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek, bidet serta alat pengering rambut dan meja. Bilik-bilik di hotel ini menawarkan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. WiFi juga ditawarkan secara percuma. Semua bilik menawarkan almari pakaian.
Tetamu di Ames Hotel boleh menikmati sarapan.
Muzium Perhiasan Cina Selat Melaka terletak 13 km dari tempat penginapan ini manakala Stadthuys berjarak sejauh 14 km. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, 8 km dari Ames Hotel.
Amverton Heritage Resort
Jalan Puteri Resort 1, Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
Amverton Heritage Resort menawarkan bilik-bilik dengan TV kabel dan alat membuat teh/kopi. Ia menawarkan kolam renang dan gelanggang tenis. Parking percuma dan WiFi percuma disediakan di tempat awam.
Amverton Heritage Resort berada hanya 15 minit pemanduan dari bandar Melaka. Dalam 1 jam perjalanan akan membawa tetamu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Bilik berhawa dingin di resort ini menawarkan bilik mandi en suite dengan air panas. Kedua-dua tab mandi dan pancuran mandian disediakan. Peti sejuk dan cerek elektrik disediakan.
Kaunter penerimaan tetamu 24 jam menawarkan kemudahan simpanan bagasi. Perkhidmatan dobi dan perkhidmatan faks/fotokopi disediakan. Tetamu boleh melawat kedai-kedai di hotel atau menikmati makanan yang lazat di Dayang Coffee House.
Hotel MetraSquare
Jalan Pkak 1 & Pkak 2, 75450 Melaka, Malaysia
Hotel MetraSquare terletak di Melaka, 12 km dari Melaka Sentral. Ia menyediakan tempat penginapan dengan restoran, parking peribadi percuma dan pusat kecergasan. Antara kemudahan yang terdapat di tempat penginapan ini adalah kaunter penerimaan tetamu 24 jam, ruang simpanan bagasi serta WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Hotel ini mempunyai bilik-bilik family.
Semua bilik adalah berhawa dingin dan menyediakan TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek, bidet serta peralatan mandian percuma dan almari pakaian. Bilik-bilik di hotel ini mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian.
Pilihan sarapan bufet dan Asia disediakan setiap pagi di Hotel MetraSquare.
Kuil Cheng Hoon Teng berada 13 km dari tempat penginapan ini, begitu juga dengan Jonker Street. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang berjarak 5 km dari Hotel MetraSquare.
Jika anda hendaklah bermalam di Melaka setelah penat seharian berseronok dengan ahli keluarga, pilih lah 3 hotel di atas untuk beristiherat. Tiket zoo yang murah serta harga hotel yang berpatutan, anda perlu menjadikan Zoo Melaka sebagai destinasi pelancongan seterusnya. Jadi tunggu apa lagi jom ke Zoo Melaka!
Sumber:
https://www.jomjalan.com.my/listing/zoo-melaka/
https://www.booking.com/hotel/my/ames.ms.html?aid=371502#map_closed
https://www.booking.com/hotel/my/puteri-resort-ayer-keroh.ms.