Vitamin E adalah satu antioksidan kuat yang dapat membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan sel.
Anda mungkin pernah melihat karat di basikal atau kereta anda. Proses pengoksidaan dan penuaan yang dipercepat berlaku di dalam badan anda apabila sel-sel terkena molekul yang dipanggil radikal bebas. Radikal bebas akan melemahkan dan memecah sel yang sihat di dalam badan kita.
Molekul ini juga boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan barah. Pembentukan radikal bebas adalah satu proses yang normal dalam badan anda. Mereka menyebabkan kerosakan yang memendekkan jangka hayat sel anda.
Mari kita lihat 10 produk suplemen tambahan di bawah yang telah kami senaraikan yang mengandungi vitamin E yang boleh anda ambil untuk kesihatan tubuh badan anda.
Healthy Care Vitamin E 500IU
RM79.00
Vitamin E adalah antioksidan yang dapat membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel-sel badan. Ia juga boleh menyokong kesihatan jantung dan membantu mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan umum badan anda. Setiap kapsul produk ini mengandungi dl-alpha-tocopherol 460mg (500IU). Dos untuk orang dewasa iaitu ambil 1 kapsul sehari selepas makan, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Produk ini adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Blackmores Natural E 1000IU
RM109.99
Vitamin E yang mempunyai kepekatan tinggi dan berkekuatan tinggi untuk membantu menjaga kesihatan jantung dan saluran darah anda dengan menyokong pertahanan antioksidan terhadap pengoksidaan kolesterol LDL, juga dikenali sebagai kolesterol “buruk”. Sumber vitamin E oleh produk ini adalah semula jadi, ia mempunyai kira-kira dua kali ganda ketersediaan vitamin sintetik, maka ia boleh disimpan dengan lebih lama dan ia adalah dua kali lebih aktif di dalam badan anda apabila dimakan.
Mega ENAT 400
RM43.88
Produk ini diperbuat dengan Vitamin E semula jadi untuk kesan antioksidan. ENAT 400 berasal dari vitamin E semula jadi dengan aktiviti biologi yang tinggi dan mudah diserap oleh badan berbanding dengan vitamin E sintetik. Sebagai antioksidan, ENAT 400 dapat melindungi badan anda dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang sering menyebabkan tanda-tanda penuaan di atas badan anda. Ia adalah sesuai untuk dimakan oleh kaum wanita bagi mengekalkan kecantikan dan mempromosikan kesan anti-penuaan kulit muka, dan juga warga tua.
VitaHealth Vitamin E 400IU
RM64.57
VitaHealth Vitamin E 400I menyediakan sumber semula jadi vitamin E (d-alpha tocopherol) yang berasal dari minyak kacang soya untuk kesihatan badan anda. Ia boleh meningkatkan perlindungan antioksidan, menguatkan badan dan menyokong kesejahteraan umum badan anda. Dos yang disarankan untuk orang dewasa adalah 1 softgel, sekali sehari, selepas makan atau seperti yang disyorkan. Produk ini adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Natural E-1000
RM119.90
Natural E-1000 memberi perlindungan antioksidan, mempunyai vitamin E (D-Alpha Tocopheryl) yang semula jadi dari soya bukan GMO. Setiap kapsul vitamin ini mempunyai 268 mg (400 IU). Kapsul softgel produk ini berasaskan bovin. Dos yang disarankan untuk orang dewasa adalah 1 softgel, sekali sehari, selepas makan atau seperti yang disyorkan. Produk ini adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Blackmores BIO E
RM68.98
Blackmores Bio E 500 menyediakan sumber vitamin E semula jadi yang mempunyai kira-kira dua kali ganda ketersediaan vitamin yang sintetik, jadi ia dapat bertahan lebih lama dan dua kali lebih aktif dalam badan. Vitamin E membantu melindungi lemak dan kolesterol, terutama kolesterol LDL, dari pengoksidaan. Dos yang disarankan untuk orang dewasa adalah 1 softgel, sekali sehari, selepas makan atau seperti yang disyorkan. Produk ini adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Natur-E
RM17.50
NATUR-E NATURAL VITAMIN E 100 IU ialah produk Vitamin E d-alpha Tocopherol yang semulajadi dan tidak sintetik. Ia dibuat dari ekstrak biji gandum dan matahari. Produk ini adalah amat berfaedah untuk kesihatan kulit anda. Doa yang disarankan untuk orang dewasa adalah 1 – 3 kapsul setiap hari. Produk ini mengandungi 4 strip dan 4 kapsul dalam setiap strip. Produk ini adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Hovid Vitamin E 400IU
RM63.05
Hovid Vitamin E mengandungi Tokoferol Asli yang berasal dari minyak kacang soya dan bukan vitaming E sintetik. Ia adalah antioksidan kuat yang melawan kerosakan sel dalaman yang disebabkan oleh radikal bebas. Produk ini juga memberi perlindungan antioksidan kepada badan anda untuk meningkatkan sistem pertahanan badan, menyokong kulit dan mata yang sihat, melambatkan penuaan untuk anda. Produk ini juga adalah produk halal.
NATRIEO Natrieo TRI.E Tocotrienols 50mg
RM61.80
NATRIEO TRI.E TOCOTRIENOLS mempunyai semua kebaikan Tocotrienols untuk membantu menjaga kesihatan anda tanpa mengira usia dan peringkat hidup. Tocotrienols tidak senang untuk didapati di alam semulajadi, dan salah satu sumber terkaya adalah minyak sawit. Ekstrak semula jadi ini memberikan sifat biologi yang unik termasuk potensi antioksidan dan sifat anti-radang yang lebih tinggi untuk memberikan manfaat kesihatan yang lebih besar kepada anda.
FANCL Japan FANCL Natural Blend
RM28.61
Vitamin E ini merupakan supplemen yang penting bagi wanita, ia adalah vitamin yang dapat melegakan pelbagai masalah yang mungkin dialami oleh badan anda.Produk ini mengandungi Vitamin E sebanyak 150 mg, Tocopherols sebanyak 300 mg dan Tocotrienols sebanyak 3mg. Dos yang disarankan untuk orang dewasa adalah 2 softgel, sekali sehari, selepas makan atau seperti yang disyorkan. Produk ini adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Oleh itu, anda bolehlah gunakan suplemen tambahan yang mengandungi vitamin E yang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan anda yang telah kami cadangkan di atas. Vitamin E sangat baik untuk kesihatan anda, jadi jangan lupa jadikan ia sebagai pengambilan harian anda. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda semua.