Now Reading
Heinz Apple Cider Vinegar, Petua Rumah Yang Terbaik Untuk Seisi Keluarga

Heinz Apple Cider Vinegar, Petua Rumah Yang Terbaik Untuk Seisi Keluarga

Apple cider Heinz

Heinz Apple Cider Vinegar adalah antara petua rumah yang sangat berguna dan popular sejak dulu lagi. Masyarakat telah menggunakannya selama berabad-abad dalam masakan mahupun sebagai alternatif dalam bidang perubatan. Manfaat dan khasiatnya terutamanya dari segi kesihatan dan kebaikan penggunaannya secara konsisten tidak dapat dinafikan lagi.

Heinz, adalah antara pengeluar apple cider yang berkualiti dan dipercayai di pasaran masa kini. Terdapat pelbagai manfaat untuk kegunaan seisi rumah hanya dengan satu botol!

Kandungan Heinz Apple Cider Vinegar

Heinz Apple Cider Vinegar, dibuat daripada 100% epal sebenar, tidak ditapis untuk mengekalkan kualitinya serta mempunyai keasidan 5% bersamaan 50 biji epal untuk satu botol ukuran standard.

Tanpa proses tapisan dan pasteuriusasi, ia merupakan apple cider yang paling sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian yang baik untuk kesihatan kerana khasiatnya yang tiada tandingan.

Heinz juga mengekalkan “Ibu cuka” iaitu, sebatian yang dihasilkan secara semula jadi semasa proses penapaian/fermentasi untuk mengekalkan keaslian dan khasiatnya.

15 Kegunaan & Kebaikan Heinz Apple Cider Vinegar

Heinz Apple Cider Vinegar Reviews | abillion

Seperti yang anda ketahui, apple cider mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan, termasuklah mengandungi bahan anti-bakteria dan antioksidan. Terdapat beberapa bukti kajian yang menunjukkan bahawa ia dapat membantu menurunkan berat badan, mengurangi kolesterol, menurunkan kadar gula dalam darah, dan memperbaiki gejala diabetes.

Berikut adalah kegunaan dan kebaikannya yang sangat berguna untuk seisi keluarga. Mari baca!

1. Menghindari kutu: Anda hanya perlu campur dengan sedikit air di dalam botol penyembur dan semburkan pada haiwan kesayangan anda sebelum pergi ke luar atau selepas mandi.

2. Rambut berkilat: Ambil 2 sudu besar apple cider bersama 1 cawan air. Oleskan rambut dengan campuran tadi selepas anda bersyampu, dan tutup seketika. Kemudian, gunakan perapi rambut sebagai langkah yang terakhir sebelum bilas. 

3. Mengawal tekanan darah rendah: Ambil 2 sudu besar apple cider Heinz bersama 1 cawan air dan minum sebelum makan untuk mengimbangkan tahap pH badan.

4. Melegakan mual: Ambil satu sudu madu dan segelas air, minum sekali satu sudu besar apple cider ini untuk melegakan mual dan sakit perut anda.

7. Melegakan gigitan serangga: Titiskan sedikit Heinz Apple Cider Vinegar ke kapas dan sapukan pada tempat yang terkena gigitan serangga.

9. Deodoran: Sekiranya anda kehabisan deodoran anda boleh cuba gosok ketiak anda menggunakan apple cider yang dilarutkan dengan air, nisbah apple cider dan air adalah sama banyak. 

10. Memudarkan jerawat: Campurkan, 1 (Heinz Apple Cider Vinegar): 3 (air), dan gunakan sebagai toner muka untuk membantu memudarkan jerawat. 

11. Mencegah demam dan selesema: Amalkan 1 sudu apple cider Heinz bersama segelas air setiap hari.

12. Asid reflux: Ambil satu sudu madu dan campurkan dengan satu sudu Heinz Apple Cider Vinegar. Minum bersama segelas air. 

13. Menghilangkan kesan ‘sunburn’: Campurkan segelas dua Heinz Apple Cider Vinegar bersama air mandian anda kemudian rendam badan selama 10 minit. Atau,ambil  setengah cawan apple cider Heinz bersama 4 cawan air. Kemudian rendam tuala muka dan sapukan ke kawasan wajah yang terkena ‘sunburn’. 

14. Menghilangkan kelemumur: Campurkan apple cider bersama air dengan nisbah yang sama. Kemudian, bilas rambut anda dengan campuran tersebut sebelum bersyampu. 

15. Memerangkap lalat: Tips ini amat berguna ketika musim lalat. Anda boleh membuat perangkap lalat semudah dengan menggunakan sebuah balang, apple cider, potongan buah dan sekeping kertas yang digulung. Lalat akan tertarik dengan aroma apple cider dan buah di dalam balang. 

Cara Pengambilan Heinz Apple Cider Vinegar

Anda boleh mengambil apple cider ini mengikut kesesuaian anda. Pengambilan secara konsisten satu hari sekali, lebih kurang dua sudu besar akan memberi banyak manfaat kesihatan buat anda. 

Kesimpulan

Tidak ada alasan untuk anda tidak memilih apple cider Heinz sebagai pilihan apple cider anda yang terbaik. Terdapat begitu banyak kebaikan dan kegunaan apple cider ini sebagai ‘home remedy’ untuk seisi rumah. 

Produk ini amat sesuai untuk anda yang mahukan manfaat apple cider, tetapi tidak menginginkan alkohol di dalamnya. Dibotolkan di dalam botol plastik yang tidak mudah pecah, anda tidak perlu susah hati mencari tempat yang selamat untuk menyimpannya, terutamanya jika memiliki anda anak kecil di rumah.

Okay, selamat mencuba!

error: Content is protected !!