Now Reading
20 Petua Hilangkan Sedu Dengan Mudah!

20 Petua Hilangkan Sedu Dengan Mudah!

Hilangkan Sedu Dengan Petua Mudah Ini

Hampir setiap orang mengalami sedu pada satu-satu masa atau yang lain. Biasanya, sedu akan hilang sendiri dalam beberapa minit namun, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu anda ketika makan dan bercakap.

Kajian terhadap rawatan sedu yang berbeza masih tidak mencukupi, tetapi, kebanyakan daripadanya disokong oleh bukti-bukti yang kukuh sejak berabad lamanya. Terapat beberapa ubat yang dikaitkan dengan sendu dan berfungsi dengan cara merangsang vagus atau saraf frenik yang disambungkan ke diafragma anda.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara yang paling terkenal dan berkesan untuk hilangkan sedu.

Punca yang menyebabkan sedu

Sedu berlaku apabila diafragma anda mula kejang secara sukarela. Diafragma adalah otot besar yang membantu sesorang untuk bernafas. Apabila ia menjadi kejang, anda akan menarik nafas dengan tiba-tiba dan kord vokal anda akan tertutup. Kemudian, sedu anda akan menghasilkan bunyi yang tersendiri.

Dalam kebanyakan kes, sedu datang dan pergi dengan masa yang cepat. Faktor-faktor gaya hidup yang boleh menyebabkan sedu termasuklah:

  • Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
  • Minuman berkarbonat
  • Makanan pedas
  • Tertekan atau terlalu seronok
  • Minum alkohol
  • Terdedah kepada perubahan suhu yang cepat

Petua menghilangkan sedu

Petua ini dikhaskan untuk serangan sedu. Jika anda mengalami sedu yang kronik dan berlangsung selama lebih dari 48 jam, berundinglah dengan doktor anda. Ia mungkin adalah simptom bagi keadaan penyakit yang lain.

Sekarang, jom ketahui beberapa cara mudah untuk hilangkan sedu anda.

Teknik pernafasan dan postur yang betul

Perubahan sederhana dalam pernafasan atau postur berupaya untuk merelakskan diafragma anda.

1. Berlatih bernafas dengan teratur. Bernafas dengan perlahan dan teratur. Seeloknya, tarik nafas selama lima saat dan hembus selama lima saat.

2. Tahan nafas anda. Tarik nafas sebanyak yang mungkin dan tahan selama 10 hingga 20 saat. Kemudian, hembus nafas secara perlahan-lahan. Ulangi mengikut keperluan. Biasanya ini adalah tips paling mudah dan terkenal untuk hilangkan sedu.

3. Bernafas ke dalam beg kertas. Letakkan beg kertas di hadapan mulit dan hidung anda. Tarik dan hembus nafas secara perlahan-lahan sehingga beg tersebuk mengembang dan mengecil. Jangan gunakan beg plastik.

4. Peluk lutut anda. Duduklah di tempat yang selesa. Bawa kedua-dua lutut ke dada dan peluknya selama dua minit.

5. Mampatkan dada anda. Condongkan badan anda ke hadapan untuk memampatkan dada anda untuk meletakkan tekanan pada diafragma anda.

6. Lakukan Valsava maneuver. Untuk melakukan gerakan ini, cuba menghembus nafas sambil memicit hidung anda dan menutup mulut anda.

Titik tekanan

Titik tekanan adalah kawasan badan yang sangat sensitif terhadap tekanan. Sekiranya anda memberikan tekanan kepada titik ini dengan tangan anda, ia boleh membantu merelakskan diafragma anda atau merangsang vagus atau saraf frenik anda.

1. Tarik lidah anda. Menarik lidah merangsang saraf dan otot di kerongkong anda. Pegang hujung lidah anda, tarik ke hadapan dengan lembut.

2. Tekan diafragma anda. Diafragma memisahkan perut dan paru-paru. Gunakan tangan anda untuk memberikan tekanan ke kawasan tersebut di hujung bawah tulang belakang anda.

3. Picit hidung semasa menelan air.

4. Picit telapak tangan anda. Gunakan ibu jari anda untuk meletakkan tekanan ke telapak tangan anda yang lain.

5. Urut arteri karotid anda. Setiap orang mempunyai arteri karotid di kedua-dua belah leher. Arteri inilah yang digunakan apabila anda menyentuh leher untuk memeriksan nadi anda. Baring, pusingkan kepala ke kiri dan urut arteri di sebelah kanan dengan gerakan bulatan selama 5 hingga 10 saat.

Makanan atau minuman

Makan beberapa makanan atau mengubah cara minum juga boleh membantu merangsang vagus atau saraf frenik anda bagi membantu hilangkan sedu anda.

1. Minum air ais. Minum air ais boleh membantu merangsang saraf vagus.

2. Minum segelas air suam tanpa berhenti bernafas secara perlahan-lahan.

3. Minum air melalui kain atau tuala kertas. Tutup segelas air sejuk dengan tuala kain atau tisu kertas.

4. Hisap kiub ais. Hisap kiub ais selama beberapa minit, kemudian telan apabila ais semakin mengecut menjadi saiz yang kecil.

5. Kumur air ais. Kumur air ais selama 30 saat. Ulang mengikut keperluan.

6. Makan satu sudu madu atau mentega kacang. Biarkan ia larut dalam mulut anda sedikit sebelum menelan.

7. Makan gula. Letakkan secubit gula pasir pada lidah anda dan biarkannya selama 5 hingga 10 saat, kemudian telan.

8. Hisap lemon. Sesetengah orang menambah sedikit garam kepada kepingan lemon. Setelah menghisapnya, bilas mulut anda dengan air untuk melindungi gigi anda dari asid sitrik.

9. Letakkan setitik cuka pada lidah anda.

Sumber

https://www.webmd.com/digestive-disorders/hiccups-treatment

https://www.healthline.com/health/how-to-get-rid-of-hiccups

https://www.medicinenet.com/hiccups/article.htm

https://www.medicalnewstoday.com/articles/9896

error: Content is protected !!