Himalaya Clear Complexion Brightening, Membantu Mencerahkan Wajah ~ Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama Himalaya, kan? Sebut sahaja pencuci muka pasti terbayang Himalaya di fikiran. Himalaya Clear Complexion Brightening adalah merupakan antara jenis pencuci muka yang menjadi pilihan ramai.
Mari kita baca beberapa fakta menarik tentang pencuci dan pencerah muka, Himalaya Clear Complexion Brightening ini. Jom!
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Himalaya Clear Complexion Brightening
Tahukah anda, Himalaya Clear Complexion Brightening ini dihasilkan daripada tiga bahan organik yang kaya dengan khasiat masing-masing untuk wajah anda. Antara bahan utama di dalam formula penghasilan pencuci muka ini ialah seperti berikut:
- Akar Manis (Licorice)
Nama saintifiknya ialah Glycyrrhiza glabra. Ia merupakan sejenis akar tumbuhan yang dikeringkan dan mempunyai rasa yang manis. Estrak akar ini juga sering dijadikan sebagai ubatan herba dan juga manisan.
- Buah Delima (Pomegranate)
Nama saintifik bagi buah delima ialah Punica granatum. Ia merupakan sejenis buah berwarna merah yang tidak asing lagi di Malaysia dan sering dijadikan minuman, perasa tambahan dalam makanan dan juga sebagai bahan ubatan.
- Safron (Saffron)
Safron ialah sejenis herba yang berasal daripada tumbuhan yang dikenali sebagai Crocus sativus. Safron juga dikenali sebagai herba legenda dan antara herba termahal di dunia. Walaupun sering digunakan dalam masakan, Safron juga digunakan dalam produk kesihatan lain oleh kerana komposisinya yang kaya dengan pelbagai kebaikan.
- Timun
Seperti yang diketahui, timun ialah sejenis tumbuhan yang sering kita lihat dalam hidangan harian. Timun terkenal dengan sifatnya yang sejuk dan apabila dimakan, ia akan membantu untuk menyejukkan badan. Ia juga sering digunakan dalam produk penjagaan kulit kerana mempunyai elemen-elemen yang sesuai bagi melembapkan kulit.
Jom kita lihat, ada apa dengan bahan-bahan di atas dan apa kebaikannya yang mampu membantu merawat wajah anda.
Kebaikan bahan-bahan di dalam Himalaya Clear Complexion Brightening
- Membantu melegakan hiperpigmentasi
Hiperpigmentasi ialah sebuah keadaan yang mana kulit mengalami perubahan dalaman yang menyebabkan tompok-tompok atau ketidak sekataan tona pada kulit muka. Namun, akar manis berfungsi untuk menghalang daripada ia berlaku dengan mencegahnya dari dalam sel kulit anda. Akar manis berupaya menghilangkan tompok hitam dan meratakan tona kulit seterusnya mencerahkan kulit wajah.
- Mempunyai agen antioksidan bagi menghalang kegatalan/keradangan pada kulit
Elemen Glycyrrhizin di dalam akar manis bersifat anti-keradangan, ini bermaksud ia dapat menjaga kulit daripada kemerah-merahan disebabkan keradangan atau kegatalan (iritasi). Sebagai agen antioksidan, ia juga mampu melindungi kulit daripada radikal bebas.
Contoh mudah bagi kulit yang berpotensi terkena radikal bebas adalah seperti kulit yang sering terkena pancaran cahaya matahari sehingga menyebabkan sunburn. Ini akan merosakkan sel kulit dari dalam dan juga di luar. Oleh sebab itu, akar manis berfungi untuk memberikan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah ini.
- Membantu kulit untuk kekal sihat
Antioksidan di dalam buah delima berupaya menggantikan sel kulit yang rosak dengan kulit yang lebih sihat dan segar. Ia juga berfungsi membuang toksik di dalam sel kulit anda dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya untuk sel kulit wajah anda.
- Menyeimbangkan pengeluaran minyak di kulit wajah
Umum mengetahui, timun mempunyai kebaikan yang sangat banyak. Selain daripada mengecilkan pori-pori di kulit muka, ia juga membantu menyeimbangkan pengeluaran minyak di kulit wajah anda dengan berkesan. Ia membuang minyak lebihan supaya dapat mencegah pori-pori diwajah anda tersumbat dan menyebabkan pertumbuhan jerawat.
- Menyembuhkan luka dan memudarkan kesan parut
Saintis telah mendapati bahawa safron berupaya mempercepatkan kadar pertumbuhan sel kulit. Hal ini sangat membantu merawat parut jerawat dan menggantikan sel kulit wajah anda yang rosak dengan cepat. Di samping itu, ia juga membantu menyembuhkan luka-luka di wajah anda yang disebabkan oleh jerawat.
Fuh. Menarik kan?
Bagaimanakah cara menggunakan Himalaya Clear Complexion Brightening?
- Basahkan wajah anda terlebih dahulu.
- Picitkan sabun pencuci ini lebih kurang 2 cm di atas tapak tangan dan sapukan di seluruh bahagian wajah anda.
- Kemudian, urut wajah anda selama 1 minit.
- Akhir sekali, bilas dengan air bersih dan keringkan wajah anda dengan tuala lembut.
Anda amat digalakkan untuk menggunakan pencuci ini setiap pagi dan petang untuk mendapatkan hasil kulit muka yang lebih cerah, bersih dan ‘glowing’.
Akhir kata
Usah risau lagi!
Anda kini boleh merawat dan cerahkan wajah anda dengan mudah tanpa was-was kesan sampingan yang tidak baik. Himalaya Clear Complexion Brightening keluaran Himalaya bukan krim timbang kilo ya! Memang dijamin selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Jadi, sekiranya anda mempunyai kulit yang terlalu berminyak, berjerawat, bertompok-tompok hitam dan tidak sekata, jom dapatkan Himalaya Clear Complexion Brightening sekarang!