
Himalaya Cocoa Butter Intensive Body Lotion, Melembapkan Kulit Anda! ~ Himalaya Cocoa Butter Intensive Body Lotion ini dirumus khas untuk mereka yang berkulit kering. Ia mampu membantu untuk melembapkan, melembutkan dan menghaluskan kulit anda. Sekiranya anda mencari losyen badan pelembap dengan harga yang berpatutan, ini untuk anda!
Body Lotion ini mengandungi kebaikan cocoa butter dan wheat germ oil serta minyak biji almond dan biji anggur untuk memastikan agar kulit anda sentiasa lembap, lembut dan anjal sepanjang hari.
Semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan mempunyai kebaikan untuk membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit, memperbaiki dan menyuburkan kulit, dan mengembalikan keanjalan kulit serta menjadikan kulit anda lebih lembut dan lebih anjal daripada sebelumnya.
Penggunaan secara konsisten akan membantu menjadikan kulit anda terasa lebih lembut dan halus seperti kulit bayi!
Bahan Utama Himalaya Cocoa Butter Intensive Body Lotion
Diperkaya dengan kebaikan cocoa butter dan wheat germ oil yang membantu mengembalikan kelembapan yang hilang pada kulit kering.
- Cocoa Butter
Cocoa Butter, juga dikenali sebagai minyak theobroma. Ia adalah emolien berkualiti tinggi dan agen pelembut serta pelembab kulit yang dipercayai. Ia membantu merawat dan mencegah kulit kering dan mengelupas. Ia juga mengandungi antioksidan yang dapat membantu memperbaiki sel kulit yang rosak.
- (Wheat) Germ Oil
Merupakan ejen pelembab kulit yang mengekalkan dan merawat kulit anda agar sentiasa lembap.
Selain itu, ia turut mengandungi beberapa bahan lain yang membantu untuk merawat dan menjaga kesihatan kulit seperti (grape) seed oil, glycerin, acrylates (and) c10-30 alkyl acrylate crosspolymer, acrylates copolymer, caramel, cetearyl alcohol, cetearyl glucoside, isopropyl myristate, olea europaea (olive) dan lain-lain.
Kegunaan Himalaya Cocoa Butter Intensive Body Lotion
Berikut ialah antara kegunaannya:
- Anti penuaan
- Antioksidan
- Mencerahkan
- Melembapkan
- Merawat kulit badan
- Perapi Kulit
- Menghidratkan Kulit
- Melindungi kulit

Cara Penggunaan
Sapukan losyen dengan lembut ke seluruh badan. Fokuskan pada kawasan kulit yang kering, dan perlahan-lahan urut di sekitar badan anda. Gunakan losyen selepas mandi kerana ketika itu merupakan waktu dimana kulit anda paling mudah untuk menerima kelembapan.
- Picitkan sedikit losyen ke telapak tangan anda.
- Kemudian, gosokkan dengan lembut ke seluruh badan anda dengan dua jari.
Anda boleh sapukan losyen ini di seluruh badan termasuklah kaki dan tangan kerana ia turut membantu untuk melembutkan kulit kaki dan tangan anda. Losyen ini sesuai digunakan setiap hari untuk hasil yang lebih memuaskan.
Tekstur
Himalaya Cocoa Butter Intensive Body Lotion mempunyai tekstur yang likat,konsistensi berair tetapi tidak terlalu berair (seperti losyen biasa) dan berwarna putih. Ia mempunyai bau yang sangat wangi, campuran bau wangian koko yang manis dan bau vanilla.
Dengan teksturnya yang ringan, ia amat cepat menyerap ke dalam kulit badan anda. Apa yang paling penting, ia tidak akan menyebabkan iritasi atau rasa terbakar pada kulit. Losyen badan ini mampu menjadikan kulit anda lembut dan lembap sentiasa untuk sekitar 6-7 jam.
Losyen badan ini dijual dalam bentuk botol legap berwarna putih. Botol tersebut mempunyai penutup jenis flip top dan mempunyai warna hijau lut.
Kenapa Anda Perlu Dapatkan Himalaya Cocoa Butter Intensive Body Lotion
- Membantu membaiki kulit anda yang kering/mengelupas
- Mengembalikan keanjalan kulit
- Berguna untuk musim sejuk
- Melembapkan dan menyuburkan kulit badan
- Wangian yang menyenangkan
- Harga yang berpatutan
- Kuantiti yang banyak
Perbezaan Himalaya Cocoa Butter Intensive Body Lotion Dengan Produk Lain
Losyen ini bukan sahaja melembutkan kulit anda malah membantu merawat kulit kering anda agar sentiasa dalam keadaan lembap dan cukup hidrasi. Dengan bauan koko, ia amat sesuai digunakan untuk berjumpa dengan orang sekaligus memberi keyakinan kepada anda untuk menjalani hari-hari yang sibuk.
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kegatalan ataupun iritasi pada kulit anda.
Kesimpulan
Produk ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan walaupun dikeluarkan oleh dari jenama yang sangat terkenal. Himalaya Cocoa Butter Intensive Body Lotion membekalkan semua khasiat yang kulit anda perlukan. Ia sangat berguna untuk melembabkan kulit kering anda dan sangat wangi! Tidak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit. Memang sesuai untuk kulit kering!