Now Reading
Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash

Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash

Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash
Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash

Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash, Merawat Jerawat Badan Anda! ~ Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash merupakan salah satu pilihan sabun mandian yang terbaik dan digemari ramai. Memilih sabun mandi yang bersesuaian adalah amat penting terutamanya sekiranya anda mempunyai kulit badan yang sensitif. 

Sabun mandian keluaran Himalaya ini adalah salah satu produk penjagaan badan yang sesuai untuk semua jenis kulit dan sangat baik untuk merawat kulit sensitif.

Tunggu apa lagi, mari kita baca tentang produk terbaik ini!

Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash 

Menggunakan Ramuan Herba Semulajadi

Dihasilkan menggunakan formulasi herba dengan gabungan kebaikan neem dan kunyit, produk mandian keluaran Himalaya ini benar-benar membantu memastikan kulit anda sentiasa lembut dan dirawat dengan baik. 

Neem (ekstrak daun Melia Azadirachta) dan kunyit (ekstrak akar Curcuma Longa) merupakan antara bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan sabun mandian keluaran Himalaya ini. Kedua-dua bahan ini amat terkenal dengan sifat antibakteria, sekaligus menjadikan kulit anda sentiasa bersih dan segar sepanjang waktu.

Bahan-bahan lain yang digunakan adalah bahan biasa yang terdapat dalam sabun mandian lain di pasaran. 

Tidak Menyebabkan Iritasi Atau Mengeringkan Kulit

Walau bagaimanapun, apa yang membezakan produk ini dengan sabun mandian lain di pasaran ialah, produk ini tidak mengandungi Sodium Laurate Sulfate (SLS), tetapi mengandungi Ammonium Lauryl Sulfat. Ammonium Lauryl Sulfate digunakan kerana tidak akan menyebabkan iritasi atau mengeringkan kulit anda berbanding penggunaan SLS.

Oleh sebab itu, sabun mandian ini amat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit sensitif kerana ia mengandungi bahan yang tidak menyababkan iritasi kulit atau mengeringkan kulit yang boleh menyebabkan kegatalan. Malah, ia  membersihkan, merawat, dan melembapkan kulit badan serta memastikan kesegaran badan walaupun setelah beberapa jam selesai mandi. 

Memang terbaikk!

Bebas Dari Parabens, Warna Sintetik Dan Bahan Kimia

Diuji secara klinikal dan diperbuat daripada bahan semulajadi, produk mandian keluaran Himalaya ini juga terbukti bebas dari Parabens, warna sintetik atau apa-apa  bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit kulit dan sebagainya. 

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

Tarikh Luput

Kira-kira 2 tahun dari tarikh pembuatan atau 12 bulan dari pembukaan botol pertama.

Membantu Merawat Jerawat Badan

Sekiranya anda sering berpeluh dan mempunyai jerawat/biji-biji peluh di bahagian belakang badan, Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash ini adalah salah satu jalan penyelesaiannya!

Gosokkan ke kawasan yang bermasalah ketika mandi secara perlahan-lahan dan rasai perubahannya hari demi hari. 

Kulit anda akan rasa lebih bersih, dan lembap. Apa yang paling penting, penggunaan secara konsisten akan membantu mengurangkan rasa gatal dan merawat masalah jerawat dibelakang badan anda disamping, memastikan tiada pertumbuhan jerawat baru dengan sifat antibakteria yang terkandung dalam bahan utamanya, iaitu Neem dan kunyit. 

Wangiannya bersifat herba, oleh sebab itu, selepas mandi, badan anda akan berbau wangi dan amat segar. Teksturnya seperti gel dan berwarna kuning kehijauan (neem + warna kunyit). 

Cara Penggunaan 

Cara penggunaannya adalah sama seperti sabun mandian biasa. Gosokkan lebih sedikit di kawasan yang bermasalah untuk kesan yang lebih baik. Gosok secara perlahan-lahan diseluruh badan anda. Setelah selesai, bilas dan keringkan badan anda. 

Satu botol boleh bertahan 2-3 bulan bergantung penggunaan.

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash?

  • Harga yang berpatutan dan mampu milik
  • Mengandungi Neem dan kunyit (anti-bakteria)
  • Tidak mengandungi SLS
  • Tidak menyebabkan iritasi (kegatalan) dan mengeringkan kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Membantu mengurangkan rasa gatal untuk kulit sensitif
  • Berkesan merawat jerawat badan
  • Mudah didapati
  • Bebas dari parabens, warna sintetik dan bahan kimia

Akhir kata

Sekiranya anda agak berhati-hati dalam memilih produk penjagaan badan anda, Himalaya Herbals Protecting Neem and Turmeric Body Wash ini pasti akan menepati citarasa anda. Dengan formulasi herba dan mengandungi bahan yang selamat digunakan, serta menjanjikan kesegaran yang kekal beberapa jam selepas mandi, anda memang wajib mencubanya. 

Jom dapatkan sekarang!

error: Content is protected !!