
Himalaya Nourishing Skin Cream, Untuk Kelembapan Wajah Yang Berterusan! ~ Himalaya Nourishing Skin Cream adalah merupakan krim yang amat sesuai untuk penggunaan harian kerana teksturnya yang ringan dan tidak berminyak.
Mengandungi beberapa bahan utama seperti aloe vera yang membantu merawat dan melembapkan kulit, ashwagandha (winter cherry) yang melindungi kulit dari pencemaran serta cuaca kering dan sweet almond yang berfungsi untuk melembapkan kawasan kulit anda yang mengelupas dan kekeringan.
Disamping itu, ia juga mengandungi minyak Jojoba, vitamin E, gliserin dan beberapa minyak pati lain yang membantu meningkatkan keberkesanannya.
Himalaya Nourishing Skin Cream Diformulasikan Mengikut Kulit Anda
Jadikan Himalaya Nourishing Skin Cream yang berasaskan herba ini sebagai pelembap harian kegemaran anda. Diperkaya dengan pelbagai sumber vitamin dan mineral penting, ia dijamin mampu memberikan kelembapan sepenuhnya dan menyegarkan kulit anda.
Antara fungsinya ialah untuk membantu meningkatkan kesihatan dan keanjalan kulit anda agar kelihatan segar, anjal dan bermaya sentiasa. Dengan kandungan antioksidannya, ia membantu melindungi kulit anda dari kerosakan persekitaran seperti pencemaran dll.
Krim ini terbukti selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit, telah diuji secara dermatologi, hypoallergenic dan non comedogenic, serta tidak menyumbat liang wajah anda.
Konsistensi & Tekstur Himalaya Nourishing Skin Cream

Himalaya Nourishing Skin Cream mempunyai krim yang ‘tebal’ dan oleh sebab itu, ia sangat melembapkan. Konsistensinya sangat tebal dengan tekstur yang lembut dan berkrim seperti icing kek!
Kalau anda calitkan menggunakan jari ke wajah anda, anda pasti akan terus rasa kelembapannya yang intensif.
Walaupun mempunyai tekstur yang ‘tebal’, krim ini amat mudah menyerap dengan kemasan semi-matte dan menonjolkan kelembapan pada wajah anda. Ia membantu melembabkan kulit wajah anda serta mempunyai bau wangian yang sangat wangi dan menyenangkan.
Sesuai untuk semua jenis kulit wajah terutamanya bagi sesiapa yang mempunyai kulit kering lebih-lebih lagi jika anda sering berada di tempat yang berpendingin hawa.
Kelembapan krim ini tahan lama; rata-rata 7-8 jam pada musim sejuk atau lebih untuk suhu cuaca normal.
Kegunaan Utama
- Memberi kelembapan intensif
- Menyuburkan kulit
- Membantu menjaga kesihatan kulit dan kenyal
Kenapa Anda Perlu Dapatkan Himalaya Nourishing Skin Cream?
- Mengandungi aloe vera & ashwagandha (winter cherry): untuk menyuburkan dan melembapkan kulit anda dengan sifat antioksidan untuk membantu pertumbuhan semula sel kulit dan mengurangkan kerosakan radikal bebas.
- Sangat ideal untuk kulit kering: Krim yang ringan dan tidak berminyak, memberikan pelembap, khasiat dan perlindungan sepanjang hari dari cuaca kering, pencemaran kepada wajah anda.
- Diuji secara dermatologi: Terbukti secara klinikal mampu melembapkan dan memastikan kulit anda sentiasa halus dan lembut serta tidak berminyak. Tidak menyumbat liang pori-pori wajah yang boleh menyebabkan jerawat.
- Selamat digunakan: Dihasilkan dari bahan-bahan yang berkualiti dan bebas dari bahan-bahan kimia yang berbahaya atau menyebabkan iritasi seperti seperti paraben, phthalates dan petroleum.
Apa Yang Membuat Himalaya Nourishing Skin Cream Berbeza Dari Krim Lain?

Himalaya Nourishing Skin Cream adalah krim penggunaan harian ringan, tidak berminyak, yang memberi anda pelembap, khasiat dan perlindungan sepanjang hari.
Krim ini dihasilkan dengan ekstrak Aloe Vera, Ashwagandha, Indian Kino Tree, Indian Pennywort dan lain-lain, yang membantu melindungi kulit anda dari cuaca kering dan memberikan khasiat dan kelembapan.
3 Sebab Mengapa Himalaya Nourishing Skin Cream Salah Satu Krim Kulit Terbaik Di Pasaran?
- Mengandungi bahan-bahan alami yang mempunyai banyak khasiat contohnya seperti;
- Aloe Vera terkenal dengan sifat pelembab, melembutkan dan menyegarkan serta merawat kulit.
- Ashwagandha (winter cherry) pula adalah tonik anti-stres yang berkesan, yang membantu pertumbuhan semula sel kulit
- Pokok Kino India tumbuh di kawasan berbukit di India dan berfungsi sebagai tonik kulit untuk menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
- Hypoallergenic, diuji secara dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit.
- Ringan, tidak berminyak dan tidak menyumbat liang.
Cara penggunaan:
Sapukan Himalaya Nourishing Skin Cream dengan lembut di wajah dan leher anda dua kali sehari, selepas anda mandi atau mencuci muka.
Untuk hasil terbaik, gunakan secara berkala. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan juga boleh dijadikan asas untuk solekan anda.
Bahan utama Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream
Aloe Vera
Aloe Vera adalah tumbuhan semula jadi yang terkenal dengan khasiat penyembuhannya kerana kaya dengan polisakarida. Ia bertindak untuk menghidrat, melembutkan, dan melembabkan, dan menyuburkan kulit.
Pokok Kino India
Pokok Kino India mempunyai sifat astringen yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk menegangkan dan meremajakan kulit wajah.
Pennywort India
Indian Pennywort digunakan dalam bahan asas pelembab ini kerana ia mengandungi banyak khasiat penjagaan kulit yang berkesan untuk memperbaiki keseluruhan tekstur kulit.
Winter Cherry
Winter Cherry terkenal dengan sifat penyejuk kulit yang sangat baik dan membantu memperbaiki penampilan kulit.
Kesimpulan
Penggunaan krim ini bersama pencuci muka, scrub dan peel-off mask keluaran Himalaya adalah kombinasi yang sesuai dalam rutin penjagaan kulit anda.
Dapatkan sekarang!