Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask, Menyerikan Kulit Wajah Anda!~ Himalaya Herbals adalah merupakan sebuah jenama terkenal yang berasal dari India dan sentiasa fokus mengembangkan produk penjagaan kulit serta penjagaan kesihatan yang selamat, semula jadi dan inovatif.
Walaupun ia adalah jenama India, rangkaian penjagaan kulit mereka terdapat di banyak negara lain termasuk Malaysia.
Produk dari Himalaya Herbals terkenal dan digemari ramai kerana mengandungi bahan semulajadi dengan khasiat-khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan termasuklah Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask ini.
Serikan Wajah Anda Dengan Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask!
Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask mengandungi Neem dan kunyit sebagai salah satu bahan utamanya. Kedua-dua gabungan bahan semulajadi ini amat terkenal dengan sifat anti-bakteria dan anti-radang serta mempunyai pelbagai khasiat-khasiat lain yang berguna untuk penjagaan kesihatan.
Bagaimana Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask membantu menyerikan wajah anda?
Dengan penggunaan yang betul dan konsisten, peel off mask keluaran Himalaya ini dapat membantu mengurangkan masalah kulit wajah berminyak, membantu mencegah jerawat serta memudarkan parut jerawat untuk menghasilkan kulit wajah yang berseri dan sihat.
Seperti kebanyakan produk lain dipasaran, Himalaya Purifying Neem Peel Off Mask dijual dalam bentuk tiub seperti pencuci muka agar senang dipicit untuk digunakan. Terdapat logo jenama dan butiran serta arahan lain yang dicetak pada tiub.
Selain itu, reka bentuknya dengan tema hijau semula jadi dan kelihatan menarik jelas menunjukkan bahawa produk di dalamnya berasaskan tumbuhan dan bahan alami.
Manakala, peel off mask di dalamnya berwarna hijau lut. Konsistensinya agak likat dan berketumpatan sederhana. Jangan risau, ia mudah digunakan dan diratakan ke seluruh wajah anda. Baunya pun wangi seperti bau herba yang menenangkan. Ramai juga yang beli hanya disebabkan baunya yang memang wangi!
Kandungan
Bahan utama dalam topeng Himalaya Herbals Purifying Neem Peel Off adalah Neem dan Kunyit.
- Neem: Neem adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia terkenal dengan sifat anti bakteria dan anti bakteria.
Manfaat neem termasuk menyegarkan kulit, mengurangkan keradangan, melindungi kulit, merawat jerawat, meningkatkan sistem imunisasi badan, meningkatkan penjagaan mulut dan sebagainya. Oleh itu, neem adalah pokok yang sangat terkenal di India selama berabad-abad kerana khasiatnya yang pelbagai.
- Kunyit: Kunyit terkenal kerana sifat antiseptik dan anti-radang. Ia membantu menyegarkan kulit wajah anda dan menjadikan kulit wajah anda sentiasa lembut dan halus serta membantu mencerahkan tona kulit.
Cara Penggunaan
Sapukan di seluruh wajah anda mengikut kesesuaian anda, dan biarkan beberapa minit sehingga kering. Pastikan anda sapu dengan rata ya!
Biasanya, peel off mask ini hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit untuk kering sepenuhnya bergantung ketebalan lapisan yang anda sapukan ke wajah anda.
Lapisan yang tebal boleh ditanggalkan dengan lebih mudah berbanding lapisan yang tipis. Kepuasan semasa menanggalkan peel off mask untuk lapisan yang tebal pun berganda juga! Memang puas hati.
Setelah kering secara keseluruhan, anda boleh mula menanggalkannya daripada dahi. Tanggalkan secara perlahan-lahan. Kemudian, bilas wajah anda.
Kulit anda akan kelihatan lebih halus dan cerah serta merta setelah penggunaan Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask ini. Jangan risau, peel off mask ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Kebaikan
- Dihasilkan daripada bahan semula jadi
- Membantu mengurangkan masalah kulit wajah berminyak
- Membantu mencegah jerawat serta memudarkan parut jerawat
- Menghasilkan kulit wajah yang berseri dan sihat
- Mengecilkan pori-pori kulit wajah
- Mengurangkan bulu-bulu halus di wajah anda
Sekiranya anda mempunyai masalah kulit wajah seperti kulit sensitif dan sebagainya, pastikan anda melakukan skin test patch terlebih dahulu sebelum menggunakannya di seluruh wajah anda.
Kenapa Anda Perlu Cuba Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask?
Sekiranya anda tercari-cari peel off mask yang tidak menyebabkan kulit anda kering, anda memang wajib dapatkan Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask ini. Ia mengandungi bahan-bahan yang membantu untuk melembabkan serta merawat kulit anda. Memang dijamin memberi kepuasan yang maksimum kepada penggunanya.
Selain itu, ia juga sangat mudah digunakan dan anda boleh melihat hasilnya dengan segera. Harganya juga mampu milik dan tidak menyebabkan anda menggaru kepala.
Memang wajib cuba!
Kesimpulan
Anda boleh memanjakan kulit wajah anda dengan menggunakan Himalaya Purifying Neem Peel-Off Mask ini sebagai terapi dan penjagaan kulit yang mudah didapati. Dapatkan kulit wajah yang berseri-seri dan sihat dengan penggunaan yang konsisten sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selamat mencuba!