Himalaya Refreshing & Clarifying Toner, salah satu rangkaian dari Himalaya yang boleh dipercayai, popular dan digemari ramai.
Toner merupakan antara rutin asas dan pelengkap yang wajib selepas anda mencuci muka untuk menghasilkan kulit wajah yang sentiasa bersih dan sihat. Oleh sebab itu, anda perlulah mencari toner yang sesuai seperti Himalaya Refreshing & Clarifying Toner.
Ia menawarkan apa yang anda perlukan untuk sebuah toner wajah. Ia sangat popular dan mempunyai kualiti yang baik serta tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya untuk wajah anda.
Bahan-bahan Himalaya Refreshing & Clarifying Toner
Himalaya Refreshing & Clarifying Toner dihasilkan daripada campuran bahan semula jadi yang berfungsi untuk mengawal rembesan minyak berlebihan serta membersihkan minyak daripada permukaan kulit.
Antara ramuan utamanya adalah lentil, citrus lemon dan ekstrak akan Boerhavia.
- Lentil: Membantu membersihkan pori-pori secara mendalam dan memberikan kulit anda nutrien yang hilang seperti protein.
- Citrus lemon: Membersih wajah secara menyeluruh dan berkesan, serta menghilangkan sel-sel kulit mati dan kekotoran untuk menjadikan kulit anda anjal, lembut dan kelihatan segar bermaya sentiasa.
- Ekstrak akar Boerhavia: Mengawal rembesan minyak berlebihan untuk menjadikan kulit anda bersih, lembut dan berseri.
Di samping itu, ia turut mengandungi beberapa bahan kimia yang selamat digunakan seperti Phenoxyethanol IP, Methylisothiazolinone, asid Benzoat dan IP Natrium Benzoat untuk membantu keberkesanan produk ini.
Toner ini kelihatan seperti air jernih dengan wangian yang amat menyegarkan. Tekstur toner yang ringan menyebabkan ia mudah meresap ke kulit wajah anda. Wajah anda tidak akan rasa melekit atau berminyak sama sekali setelah menggunakannya.
Himalaya Refreshing & Clarifying Toner ini amat sesuai untuk semua jenis kulit dan berfungsi dengan baik untuk kulit berminyak. Produk ini bebas alkohol dan tidak mengeringkan kulit tetapi membantu dalam mencapai pembersihan maksima dan penyegaran kulit yang berterusan sepanjang hari.
Dijual dalam botol plastik dengan penutup yang berstyle ‘flip open top’, ia amat praktikal untuk digunakan dan mudah untuk dibawa kemana sahaja.
Cara Penggunaan
Setelah membersihkan wajah anda dengan pencuci muka kegemaran anda, tuangkan beberapa titis Himalaya Refreshing & Clarifying Toner pada kapas muka yang bersih dan ‘dab’ ke wajah dan leher anda perlahan-lahan.
Toner ini akan membantu mengecilkan pori-pori wajah anda dan mengawal rembesan minyak yang berlebihan. Wajah anda pasti akan kelihatan lebih segar dan sihat selepas memakai Himalaya Refreshing & Clarifying Toner ini!
Kenapa Anda Perlu Dapatkan Toner Ini?
- Toner bebas alkohol
- Mudah menyerap ke dalam kulit wajah
- Membersihkan kulit wajah, menghilangkan kotoran secara ‘deep cleansing’
- Mengecilkan liang pori-pori wajah
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Tidak melekit dan berminyak
- Bau harum
- Tidak menjadikan kulit terasa kering
- Terasa lembut pada kulit, tidak menyebabkan sensasi terbakar atau menyengat pada kulit
- Telah diuji secara dermatologi, hypoallergenic, non-comedogenic
Perbezaan Himalaya Refreshing & Clarifying Toner Dengan Jenama Lain
Himalaya Refreshing & Clarifying Toner bukan sahaja membantu melengkapkan proses pembersihan wajah secara ‘deep cleaning’ tetapi juga menyegarkan wajah anda.
Anda boleh lihat kesan-kesan coklat pada kapas selepas menggunakan toner ini walaupun baru selesai mencuci muka dengan menggunakan pencuci kegemaran anda. Hal ini jelas menunjukkan bahawa toner ini membantu membersihkan secara mendalam kulit wajah anda agar tidak ada sisa-sisa bahan kimia seperti make up/foundation dan lain-lain yang tertinggal.
Tidak semua toner yang dijual dipasaran mampu memberi kesan penyegaran seperti toner ini. Dengan saiz botolnya yang besar, anda bebas menggunakannya mengikut kesesuaian wajah anda.
Selain membersih dan menyegarkan wajah, ia juga membantu merawat sel-sel kulit wajah yang terdedah dengan pelbagai kotoran dan bahan kimia yang boleh menyebabkan jerawat.
Akhir kata
Sekiranya anda mencari toner penyegar tanpa alkohol, praktikal, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, mudah meresap,dan sebagainya, maka, Himalaya Refreshing & Clarifying Toner adalah pilihan terbaik.
Jangan ragu-ragu, dapatkan sekarang!