Now Reading
Himalaya Soothing Body Lotion, Keistimewaannya Yang Anda Perlu Tahu!

Himalaya Soothing Body Lotion, Keistimewaannya Yang Anda Perlu Tahu!

Himalaya Soothing Body Lotion,

Himalaya Soothing Body Lotion, Keistimewaannya Yang Anda Perlu Tahu!~ Himalaya Soothing Body Lotion atau losyen badan untuk kulit kering keluaran Himalaya merupakan sebuah produk penjagaan diri yang wajib anda miliki. Ia antara produk keluaran Himalaya yang turut mendapat perhatian ramai kerana manfaat penggunaanya.

Sekiranya anda sudah biasa dengan losyen badan yang diperbuat daripada sumber semula jadi seperti Aloe Vera, anda pasti akan menyukai losyen ini kerana ia juga diperbuat daripada bahan semulajadi dan bahan-bahan yang digunakan sudah terbukti mempunyai manfaat yang baik untuk kulit.

Losyen badan Himalaya ini dihasilkan daripada campuran minyak biji anggur dan minyak kacang badam. Kedua-kedua bahan ini sudah memang terkenal dengan khasiatnya pada kulit badan kita, cuma mungkin sebelum ini kita dapatkan khasiatnya melalui pemakanan, namun kini ia digunakan dalam menghasilkan losyen yang berkualiti. Memang terjamin khasiatnya!

Losyen ini lembut, ringan dan tidak berminyak. Ia berfungsi untuk memberi kelembapan (hidration) dan nutrisi yang diperolehi daripada anggur dan badam yang berupaya untuk mencegah rekahan pada kulit yang kering, menghidrasi dan bantu menyeimbangkan kelembapan semula jadi yang ada pada kulit. 

Jom kita lihat apa yang istimewa sangat dengan losyen Himalaya ini. 


8 Keistimewaan Himalaya Soothing Body Lotion

  1. Menghidrat semula kulit kering

Cuaca yang panas dan hujan tidak menentu seperti di Malaysia ini memang memberi kesan pada kulit. Tambah pula, kulit kita sering lama terdedah dengan produk kosmetik yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Sudah tentu kulit mudah menjadi kering dan merekah. Maka, losyen ini sangat baik untuk membantu melembapkan semula semula kulit anda.

  1. Memudarkan bintik-bintik kering atau kasar pada kulit

Losyen ini boleh bantu memudarkan atau menghilangkan bintik-bintik di bahagian siku atau lutut anda. Ia mampu membantu untuk mempercepatkan proses penggantian kulit mati dan menyuburkan lapisan kulit baru agar kulit anda kekal lembut dan sihat.

  1. Menghaluskan jari jemari dan tapak tangan

Bagi mereka yang melakukan kerja-kerja berat sebagai kerja harian, losyen ini sangat membantu untuk menghaluskan kulit-kulit kasar dan ‘tebal’ di celah-celah jari tangan dan kaki, tapak kaki serta tumit. 

  1. Mempunyai tekstur lembut dan bau yang wangi 

Sensasi yang menenangkan serta tekstur losyen yang begitu lembut dan mudah menyerap adalah antara salah satu ciri-ciri yang dititikberatkan oleh pengemar losyen. Baunya yang wangi dapat memberi keyakinan kepada diri anda untuk bertemu dengan orang sekeliling.

  1. Membantu menenangkan diri 

Menyapu losyen pada kulit sebenarnya menghantar isyarat kepada otak. Ini akan menyebabkan hormon endorphine dikeluarkan dan ia berfungsi untuk menghilangkan stres dan memberi ketenangan pada individu itu. Menarik juga kalau dapat hadiahkan orang tersayang losyen ini kan! 

  1. Melembutkan bahagian kasar pada kulit 

Mencukur boleh membuatkan kulit menjadi lebih kasar. Dengan penggunaan secara konsisten, losyen ini dapat membantu melembutkan semula kulit anda. Gunakan segera selepas anda mencukur mana-mana bahagian tubuh anda untuk kesan yang lebih cepat.

  1. Menjadikan kulit lebih sihat dan ‘glowing’

Losyen ini berfungsi untuk memberikan nutrisi yang diperlukan oleh kulit anda bagi mencegah kulit anda daripada kelihatan tidak bermaya, menghitam (lebih-lebih lagi selepas terkena matahari) dan sebagainya.

  1. Sesuai semua jenis kulit

Yang paling utama, losyen ini sesuai untuk semua jenis kulit kerana kandungannya yang terdiri daripada bahan semulajadi.

Cara Menggunakan Himalaya Soothing Body Lotion

Cara penggunaan losyen ini amatlah mudah. Pertama, picitkan losyen ke atas tapak tangan anda lebih kurang 1-2cm. Kemudian, ratakan losyen ke seluruh badan (atau pun bahagian yang anda inginkan sahaja). Pada masa yang sama, anda digalakkan untuk mengurut badan anda. 

Losyen ini sesuai digunakan pada bila-bila masa, namun, amat digalakkan untuk anda memakainya selepas mandi kerana ia akan mudah menyerap ke dalam pori kulit seterusnya memberi kesan melembapkan yang menakjubkan.

Apa Kata Pengguna Lain?

“Saya mengesyorkan anda produk ini kerana ini adalah produk yang baik dan ia menjadikan kulit saya tidak kering dan mengurangkan minyak. Ini adalah produk yang sangat berguna pada musim sejuk dan bau produk ini juga sangat wangi. Kawan-kawan, produk ini sangat berguna dan berkesan” 

“Losyen ini sesuai dengan kulit saya. Saya juga merasakan ia mudah didapati di mana-mana kedai berdekatan dengan harga yang berpatutan. Baunya tidak terlalu kuat. Ia lembut dan berkrim. Kulit saya terasa sentiasa lembap selama 12 jam” – Anonymous, 2019

Akhir Kata 

Himalaya Soothing Body Lotion ini memang wajib anda cuba. Jangan biarkan kulit anda kering sehingga mengelupas teruk. Huh. Jangan risau, ramai pengguna lain turut mengesyorkan losyen badan keluaran Himalaya ini. Jangan ragu-ragu ya!

Jom, dapatkan Himalaya Soothing Body Lotion ini sekarang!

error: Content is protected !!