Himalaya Strawberry Shine Lip Care, Merawat Bibir Anda~ Himalaya Strawberry Shine Lip Care adalah antara produk penjagaan bibir Himalaya yang popular. Ia dibuat daripada pewarna merah semulajadi dan berfungsi untuk melembapkan bibir secara intensif serta menjadikan bibir anda sentiasa kelihatan gebu dan lembut.
Lipcare strawberry ini dihasilkan dengan ramuan yang boleh membantu mengekalkan kelembapan bibir, memastikan bibir anda sentiasa kelihatan berkilat secara semula jadi serta memberikan penampilan bibir merah merona yang menarik sepanjang hari!
Lipcare ini juga mempunyai sifat antioksidan yang membantu melindungi penampilan bibir anda agar tidak terjejas disebabkan pencemaran persekitaran dan kekal merah merona walaupun berjam-jam berada di luar rumah.
Kandungan Berkhasiat Lip Care Keluaran Himalaya
Lip care keluaran Himalaya ini bebas bahan petroleum dan diformulasikan dengan minyak sayuran yang juga bebas daripada bahan pengawet.
Mengandungi minyak biji strawberi yang kaya dengan antioksidan, ia membantu memastikan bibir anda sentiasa lembap dan kelihatan gebu. Selain itu, ia juga mengandungi minyak biji aprikot yang membantu memulihkan dan merawat bibir anda yang mudah kering dan kelihatan pecah-pecah ( akibat mengelupas).
Warna Dan Rasa
Himalaya Strawberry Shine Lip Care ini memberi kelembapan dan perlindungan yang tahan lama serta meninggalkan warna strawberi yang merah semulajadi di bibir anda agar bibir anda kelihatan menarik secara natural.
Ia dijual dalam bentuk silinder seperti lipstick biasa dan mempunyai rasa strawberi yang manis jiak disapukanpada bibir.
Cara Penggunaan Himalaya Strawberry Shine Lip Care
Himalaya Strawberry Shine Lip Care ini amat sesuai sekali digunakan sebagai salah satu rawatan bibir pada waktu malam. Dengan sekali sapu sahaja, bibir anda sudah berwarna merah menawan. Sekiranya anda sapu banyak kali, warnanya akan menjadi lebih terang.
Untuk hasil yang terbaik, anda disarankan untuk menyapu banyak kali agar bibir anda menyerap banyak kelembapan terutamanya sekiranya anda menggunakannya pada waktu malam.
Disebabkan ia tidak mengandungi petroleum, anda mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk menyapu lip care ini di bibir anda. Tetapi jangan risau, ia tidak akan memberi kesan apa-apa kepada bibir anda. Apa yang menariknya, lipcarre ini tidak melekit dan amat ringan di bibir seperti tidak memakai apa-apa. Best kan?
Gunakan setiap hari untuk hasil yang terbaik lebih-lebih lagi sekiranya bibir anda mudah kering.
Kebaikan Himalaya Strawberry Shine Lip Care
- Merawat masalah bibir kering dan mengelupas
- Warna merah semulajadi
- Tidak melekit
- Tahan sehingga 6-7 jam
- Ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja
- Ringan pada bibir
- Rasa strawberi yang manis melekat pada bibir
- Sesuai untuk semua jenis bibir
- Membantu memerahkan bibir yang gelap
- Murah dan senang didapati
- Sesuai untuk sesiapa yang sukakan ‘natural look’
- Mengandungi Strawberry Seed Oil, sumber asid lemak yang kaya dan sangat membantu melembabkan bibir
- Apricot Kernel Oil, sumber Vitamin E yang kaya dan bertindak sebagai emolien, untuk merawat dan melindungi bibir dari sebarang kerosakan
- Bebas dari sebarang bahan pengawet, silikon, jeli petroleum, dan minyak mineral
- Diperbuat dari 100% warna semula jadi
- Produk berasaskan bahan semulajadi
- Selamat; tidak mempunyai kesan sampingan
Perbezaan Himalaya Strawberry Shine Lip Care Dengan Produk Lain
Dengan pembelian lipcare ini, anda bukan sahaja dapat menggayakan bibir anda dengan tona merah semulajadi tetapi juga membantu merawat bibir anda agar sentiasa dalam keadaan lembap dan sihat.
Lipcare ini juga tidak akan menyebabkan bibir anda hitam walaupun penggunaan secara kerap kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menghitamkan bibir. Malah, bibir anda anda akan kelihatan gebu dan lembap sentiasa.
Dengan menggunakan Lip Care perisa Strawberry keluaran Himalaya ini, anda tidak perlu lagi risau bibir anda kelihatan kusam dan gelap. Bahkan, anda tidak perlu lagi membeli mask bibir untuk merawat bibir anda!
Memang terbaik!
Akhir kata
Himalaya Strawberry Shine Lip Care adalah bahan penjagaan bibir yang wajib anda miliki. Selain fungsi utamanya sebagai melembab dan merawat bibir yang kering, ia juga boleh tahan amat sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang simple dan mudah digunakan.
Warna merah semulajadi dan rasa strawberry yang manis pada bibir boleh buat anda rasa macam korea-korea!
Selamat mencuba.