Now Reading
Himpunan Doa Selamat Pembuka Majlis

Himpunan Doa Selamat Pembuka Majlis

doa selamat

Doa selamat antara majlis yang sering dilakukan oleh masyarakat di Malaysia. Majlis yang didahului dengan doa selamat ini hanyalah semata-mata memohon kepada Allah untuk memberkati majlis agar majlis akan berlangsung dengan bebas dari bahaya, terhindar dari bencana, jauh dari malapetaka, tidak mendapat gangguan kerosakan, serta dijauhkan dari perbuatan yang dianiaya.

Kita sudah biasa dan dididik di sekolah mengamalkan bacaan doa selamat ini contohnya dalam majlis perhimpunan pastinya akan ada wakil pelajar yang akan membacakan doa sebelum majlis bermula. Amalan ini juga masih berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Bacaan doa selamat sebenarnya sering dibacakan di majlis formal mahupun tidak formal. Termasuklah dalam majlis rasmi dipejabat, majlis rasmi kerajaan serta pelbagai lagi. Ia sememangnya tidak asing dalam kehidupan kita.

Contoh Doa Selamat

Ya Allah, sesungguhnya kami meminta perlindungan dan kami simpankan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta, dan segala sesuatu yang telah Engkau berikan kepada kami.

 Ya Allah, jadikan kami dalam pemeliharaanMu, keamananMu serta perlindunganMu dari syaitan yang derhaka, keterpaksaan yang menyimpang dari mata gelap, kezaliman dan kejahatan.

Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah hiasilah kami dengan kesihatan dan keselamatan dan tetaplah kami dengan ketakwaan dan keteguhan hati dan jauhkanlah kami dari kejahatan besar yang menyesalkan.

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar atas segala permohonan.

Ya Allah, ampunilah kami, orang tua kami, anak-anak kami, guru-guru kami, saudara-saudara kami seagama, sahabat-sahabat kami, siapa yang menyayangi kami untuk mendapatkan redhaMu dan siapa yang berbuat baik kepada kami dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, orang Islam lelaki dan perempuan.

Ya Allah, Tuhan semesta Alam.

Ya Allah, berilah rahmat serta salam atas hamba dan utusanMu, junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.

Dan limpahkan rezeki kepada kami dan diikuti dengan kesempurnaan mengikutinya zahir dan batin, kesihatan dan keselamatan dengan rahmatMu Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih.

Dan Semoga Allah selalu melimpahkan selawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sabatnya.

Ya Tuhan kami, terimalah doa kami.

Sesungguhnya Engkau mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani. Janganlah Engkau mengira kesalahan dan jenayah kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan akhir doa-doa mereka (orang yang beriman) adalah segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.

Bacaan Doa Selamat

doa selamat

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim,

Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu. Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah ikiran, menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan. Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan. Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut. Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

 Doa selamat pembuka majlis

Ya Karim , Ya Wadud

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis pada hari ini. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya. Ya Zal Jalali Wal Ikram, Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Doa Selamat Majlis perhimpunan

Ya Karim, Ya Wadud

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis pada hari ini. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba-Mu yang  engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Doa Selamat Sempena Mesyuarat

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim, Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Doa Selamat Solat Hajat

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Hakim Ya Azim, Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Doa selamat Orientasi pelajar Baharu

Ya Allah , Ya Ra’ufurrahim, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (Nyatakan Tingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

Ya Allah, Ya Tuhan kami Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin, Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh – sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu.

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah , Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Setiap amalan bacaan doa dan majlis hendaklah semata-mata kerana Allah SWT. Sebagai manusia kita digalakkan melakukan perkara yang baik termasuklah membaca doa. Semoga perkongsian doa-doa ini memberi manfaat. Wallahu’alam!

SUMBER:

https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-selamat/

https://www.permohonan.my/bacaan-doa-majlis-rasmi-tidak-rasmi/

https://wisatanabawi.com/doa-selamat/

error: Content is protected !!