Now Reading
Hipotiroidisme (Hypothyroidism) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Hipotiroidisme (Hypothyroidism) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

hipotiroidisme

Hipotiroidisme adalah sejenis penyakit tiroid yang biasa berlaku dan tidak aktif. Hormon tiroid yang rendah tidak menghasilkan tiroid yang mencukupi.

Kelenjar tiroid terletak di bahagian bawah leher anda. Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tersebut disalurkan melalui saluran darah dan memberi kesan kepada setiap bahagian badan anda, daripada hati dan otak hingga otot dan lutut.

Tiroid mengawal cara sel badan anda menggunakan tenaga daripada makanan, melalui  proses yang dikenali sebagai metabolisme. Metabolisme berfungsi untuk mengawal suhu tubuh, degupan jantung, dan tahap pembakaran kalori dalam tubuh badan anda. Jika anda tidak mempunyai hormon tiroid yang mencukupi, kebanyakan proses dalam badan anda akan bertindak dengan perlahan. Maksudnya,  metabolisme anda bekerja dengan lambat justeru itu, badan anda akan mengalami kekurangan tenaga.

Simptom Hipotiroidisme

Simptom hipotiroidisme mungkin agak samar-samar dan seringkali, ia seakan sama seperti simptom keadaan lain. Simptomnya termasuklah:

• Perubahan dalam kitaran haid

• Sembelit

• Kemurungan

• Rambut kering dan gugur

• Kulit kering

• Keletihan

• Peningkatan sensitiviti terhadap suhu sejuk

• Kadar jantung menjadi perlahan

• Pembengkakan kelenjar tiroid (goiter)

• Kenaikan berat badan yang sukar dijelaskan atau kesukaran menurunkan berat badan

• Sindrom Carpal Tunnel

Golongan bayi yang menghidap Hipotiroidisme mungkin tidak menunjukkan simptom. Namun, sekiranya simptom berlaku, ia termasuklah:

• Tangan dan kaki menjadi sejuk

• Sembelit

• Mengantuk yang melampau

• Suara serak

• Tumbesaran yang lambat atau tiada langsung

• Bentuk otot yang tidak jelas

• Penyakit Jaundis yang berterusan (kulit dan mata putih menjadi kuning )

• Tabiat pemakanan yang buruk

• Muka membengkak

• Perut kembung

• Lidah membengkak

Tetapkan temujanji dengan doktor jika anda atau bayi anda mengalami simtom-simptom seperti ini. Namun begitu, simptom-simptom ini juga mungkin disebabkan oleh keadaan perubatan yang lain.

Punca Hipotiroidisme

Apabila tiroid anda tidak menghasilkan hormon yang mencukupi, keseimbangan tindak balas kimia dalam badan anda menjadi tidak terkawal. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya seperti penyakit autoimun, rawatan Hipotiroidisme, terapi radiasi, pembedahan tiroid dan ubat-ubatan tertentu.

Tiroid adalah sejenis kelenjar kecil yang kelihatan seperti kupu-kupu dan terletak di bahagian bawah depan leher anda tepat di bawah halkum anda. Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid, iaitu triiodothyronine (T3) dan tiroksin (T4) memberi kesan yang besar terhadap kesihatan anda dan kesemua aspek metabolisme anda. Hormon ini juga mempengaruhi kawalan fungsi penting seperti suhu badan dan kadar denyutan jantung.

Kesimpulannya, penyakit Hipotiroidisme mengakibatkan kelenjar tiroid gagal menghasilkan hormon yang mencukupi.

Hipotiroidisme mungkin berpunca daripada beberapa faktor, termasuklah:

• Penyakit autoimun. Punca utama Hipotiroidisme adalah gangguan autoimun yang dikenali sebagai Tiroiditis Hashimoto. Gangguan autoimun berlaku apabila sistem imun anda menghasilkan antibodi yang menyerang tisu anda sendiri. Kadangkala, proses ini melibatkan kelenjar tiroid anda.

Para saintis tidak pasti mengapa keadaan ini berlaku, tetapi kombinasi faktor seperti gen dan persekitaran mungkin memainkan peranan. Bagaimanapun puncanya, antibodi ini tetap menjejaskan keupayaan tiroid untuk menghasilkan hormon.

• Tindak balas terhadap rawatan Hipotiroidisme. Individu yang menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid (hipotiroidisme) selalunya dirawat dengan ubat-ubatan radioaktif iodin atau anti tiroid. Matlamat rawatan ini adalah untuk memulihkan fungsi tiroid supaya kembali normal. Namun, kadangkala rawatan Hipotiroidisme boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran hormon tiroid yang terlalu banyak sehingga mengakibatkan Hipotiroidisme menjadi kekal.

• Pembedahan tiroid. Pembedahan yang mengeluarkan semua atau sebahagian besar kelenjar tiroid boleh mengurangkan atau menghentikan penghasilan hormon. Dalam kes seperti, anda perlu mengambil hormon tiroid tambahan melalui ubat-ubatan untuk terus hidup.

• Terapi radiasi. Terapi radiasi yang digunakan untuk merawat kanser di bahagian kepala dan leher boleh menjejaskan kelenjar tiroid anda dan boleh mengakibatkan Hipotiroidisme.

• Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyumbang kepada penyakit Hipotiroidisme. Antaranya adalah sejenis ubat seperti litium yang digunakan untuk merawat gangguan psikiatri tertentu. Jadi, jika anda ada mengambil ubat-ubatan tertentu, bertanyalah kepada doktor anda mengenai kesannya terhadap kelenjar tiroid anda.

Bagi kes yang jarang berlaku, Hipotiroidisme mungkin disebabkan oleh salah satu daripada keadaan berikut:

•Penyakit kongenital. Sesetengah bayi dilahirkan dengan kelenjar tiroid yang rosak atau tiada langsung kelenjar tiroid. Dalam kebanyakan kes, kelenjar tiroid tidak berkembang secara normal atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Namun, sesetengah kanak-kanak mewarisi kelainan tersebut sejak lahir. Tambahan lagi, bayi yang menghidap Hipotiroidisme Kongenital mungkin kelihatan normal pada saat dilahirkah. Berikutlah sebab  kebanyakan negara pada zaman ini menjalankan pemeriksaan tiroid terhadap bayi yang baru lahir. 

Gangguan pituitari. Punca lain Hipotiroidisme yang jarang terjadi adalah kegagalan kelenjar hipofisis untuk menghasilkan hormon yang merangsang tiroid (TSH) dengan mencukupi. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh tumor di kelenjar pituitari.

• Kehamilan. Sesetengah wanita mula menghidap Hipotiroidisme semasa atau selepas kehamilan (hipotiroidisme selepas bersalin). Ini disebabkan oleh badan mereka menghasilkan antibodi terhadap kelenjar tiroid mereka sendiri. Jika tidak dirawat, Hipotiroidisme boleh meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang dan Preeklampsia, iaitu satu keadaan yang menyebabkan peningkatan tekanan darah dalam tiga bulan terakhir kehamilan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh memberi kesan serius kepada perkembangan janin.

• Kekurangan iodin. Iodin adalah bahan yang penting bagi penghasilan hormon tiroid. Ia boleh ditemui dalam makanan laut, rumpai laut, tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam tanah yang kaya dengan iodin dan garam beriodin. Sekiranya jumlah ioidin terlalu sedikit ia boleh menyebabkan Hipotiroidisme, manakala jika jumlahnya terlalu banyak, ia boleh mejadikan Hipotiroidisme lebih teruk pada individu yang mengalami simptomnya. Di beberapa tempat di dunia, masalah kekurangan iodin biasa berlaku. Walaubagai manapun, penambahan iodin ke dalam sajian hampir menghapuskan masalah tersebut.

Diagnosis Hipotiroidisme

Bagi mendiagnosis Hipotiroidisme, biasanya doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal, mengambil tahu mengenai sejarah perubatan anda dan menghantar maklumat yang direkodkan tersebut ke makmal untuk dianalisis.

Ujian TSH – Ujian darah yang paling biasa dilakukan adalah ujian ‘thyroid stimulating hormone’ (THS). Tujuannya adalah untuk mengesan kehadiran hormon yang merangsang tiroid dalam darah.

Sekiranya bacaan TSH berada di atas paras normal, pesakit mungkin mempunyai Hipotiroidisme. Sekiranya tahap TSH berada di bawah normal, pesakit mungkin mempunyai Hipertiroidisme.

Ujian T3, T4, dan autoantibodi tiroid – Ujian ini merupakan ujian darah tambahan yang digunakan untuk mengesahkan diagnosis atau menentukan punca penyakit.

Doktor mungkin menjalankan ujian panel tiroid lengkap dengan menguji tahap T3 dan T4, TSH, serta autoantibodi tiroid untuk memastikan kesihatan dan mengesan aktiviti pada kelenjar tiroid sepenuhnya.

Selain itu, terdapat juga ujian lain untuk memeriksa tahap kolesterol, enzim hati, prolaktin, dan natrium.

Faktor Risiko Hipotiroidisme

Sesiapa sahaja boleh mengembangkan Hipotiroidisme, namun anda mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi sekiranya anda:

• Seorang wanita

• Lebih tua daripada 60 tahun

• Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami penyakit tiroid

• Mempunyai penyakit autoimun, seperti Kencing Manis jenis 1 atau Penyakit Seliak

• Pernah dirawat dengan ubat radioaktif atau anti tiroid

• Menjalani terapi radiasi di leher atau dada anda

• Pernah menjalani pembedahan tiroid (tiroidektomi separa)

• Pernah hamil atau melahirkan bayi dalam tempoh enam bulan yang lalu

Rawatan Hipotiroidisme

Rawatan untuk Hipotiroidisme memberi tumpuan kepada penambahan hormon tiroid. Pada masa ini, doktor masih tidak boleh menyembuhkan Hipotiroidisme tetapi beliau boleh membantu pesakit untuk mengawalnya. 

Tiroksin Sintetik

Untuk menambah tahap hormon tiroid, doktor biasanya akan menetapkan tiroksin sintetik, iaitu sejenis ubat yang serupa dengan hormon T4. Doktor mungkin akan mengesyorkan pengambilannya pada waktu pagi sebelum makan setiap hari.

Dos ubat ditentukan melalui sejarah pesakit, simptom, dan tahap TSH semasa. Doktor akan sentiasa memantau darah pesakit untuk memastikan jika dos T4 sintetik perlu diselaraskan.

Doktor akan melakukan pemantauan secara berkala, tetapi kekerapan ujian darah berkemungkinan akan berkurang dari masa ke semasa.

Iodin Dan Nutrisi

Iodin adalah sejenis mineral penting dalam fungsi tiroid. Kekurangan iodin merupakan salah satu punca utama perkembangan Penyakit Goiter, atau pembesaran kelenjar tiroid secara abnormal.

Mengekalkan pengambilan iodin yang mencukupi adalah penting bagi kebanyakan individu. Namun begitu, mereka yang mempunyai Penyakit Tiroid Autoimun boleh menjadi sangat sensitif terhadap kesan iodin. Maksudnya ia boleh mencetuskan atau memperburukkan keadaan Hipotiroidisme yang dialami. Pesakit perlulah memaklumkan kepada doktor mereka terlebih dahulu jika mereka sensitif terhadap kesan iodin.

Selain itu, pesakit Hipotiroidisme haruslah membincangkan sebarang perubahan diet utama mereka dengan doktor, terutamanya apabila ingin memulakan diet serat yang tinggi, atau makan banyak sayur-sayuran seperti soya atau sayuran cruciferous. Ini kerana, diet boleh menjejaskan cara badan menyerap ubat tiroid.

Sewaktu hamil, keperluan iodin seseorang akan meningkat. Menggunakan garam beriodin dalam diet dan mengambil vitamin pranatal dapat mengekalkan tahap iodin yang diperlukan. Makanan tambahan seperti ini boleh didapati untuk pembelian dalam talian atau di farmasi.

Hipotiroidisme biasanya boleh diuruskan dengan sewajarnya dengan mengikuti nasihat doktor yang bertauliah. Dalam kebanyakan kes, ubat untuk Hipotiroidisme perlu diambil sepanjang hayat pesakit. Jangan risau kerana dengan rawatan yang sesuai, tahap hormon tiroid akan kembali normal. 

Sumber:

https://www.healthline.com/health/hypothyroidism/symptoms-treatments-more

https://www.webmd.com/women/hypothyroidism-underactive-thyroid-symptoms-causes-treatments

https://www.endocrineweb.com/conditions/thyroid/hypothyroidism-too-little-thyroid-hormone

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hypothyroidism/symptoms-causes/syc-20350284

error: Content is protected !!