Now Reading
Homestay Dan Tempat Menarik Di Batu Pahat

Homestay Dan Tempat Menarik Di Batu Pahat

homestay batu pahat

Batu Pahat merupakan sebuah daerah di Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah ini ialah satu daripada sepuluh daerah di Johor. Terdapat beberapa homestay Batu Pahat yang selesa dan nyaman untuk percutian keluarga yang besar serta di bawah ini terdapat 5 tempat menarik yang anda boleh lawati di Batu Pahat.

Eglantine Cottage, 69 Avenue Residence

Lot 69 Jalan Tasek Merdeka Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat, Malaysia

Eglantine Cottage, 69 Avenue Residence, Batu Pahat | 2022 Updated Prices,  Deals

Eglantine Cottage, 69 Avenue Residence terletak di Batu Pahat. Ia menawarkan taman, teres serta WiFi percuma di seluruh tempat penginapan. Kemudahan parking peribadi percuma disediakan dan rumah tamu ini juga menawarkan khidmat sewa kereta untuk tetamu yang ingin menerokai kawasan sekitar.

Unit-unit di rumah tamu ini adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan ruang tempat duduk, TV skrin rata dengan saluran satelit, dapur serta ruang makan. Terdapat juga bilik mandi peribadi dengan kelengkapan dandanan diri percuma serta bidet dan pancuran mandian. Semua bilik di Eglantine Cottage, 69 Avenue dilengkapi dengan meja dan bilik mandi berkongsi.

Tetamu di penginapan ini boleh menikmati aktiviti di dalam dan sekitar Batu Pahat, seperti mendaki dan berbasikal.

Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, yang berjarak 85 km dari Eglantine Cottage, 69 Avenue Residence.

Batu Pahat Leisure Stay

32, Jalan Mutiara Perdana 8 Tmn Mutiara Perdana 8, 83000 Batu Pahat, Malaysia

Batu Pahat Leisure Stay terletak di Batu Pahat dan menawarkan teres. Tempat penginapan ini menyediakan parking peribadi percuma, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan WiFi percuma.

Apartmen ini terdiri daripada 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Ia juga menampilkan TV skrin rata dengan saluran satelit.

Lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, yang berjarak 78 km dari homestay ini.

Layla Inn

49/A Jalan Baru Simpang 5 Mukim 2 Bagan, 83020 Batu Pahat, Malaysia

Layla Inn terletak di Batu Pahat, Johor. Ia menyediakan penginapan dengan kemudahan parking peribadi percuma.

Untuk kemudahan tambahan, penginapan ini boleh menyediakan tuala dan linen tempat tidur dengan caj tambahan.

Tetamu juga boleh berehat di ruang lounge berkongsi.

Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, yang berjarak 96 km dari homestay ini.

Batu Pahat dikatakan sebagai syurga makanan bagi negeri yang pernah menjadi pengeluar terbesar gambir dan lada hitam pada suatu masa dahulu, negeri Johor Darul Ta’zim. Dari sup yang beraneka rasa hinggalah mee racun, sungguh banyak sekali lokasi santapan menyelerakan untuk dicuba di sini.

Bukan sahaja syurga bagi deria rasa, Batu Pahat juga menempatkan banyak destinasi yang menarik untuk disinggahi. Nak tahu dimanakah lokasi-lokasi menarik ini? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Batu Pahat ini.

Tempat Menarik Di Batu Pahat

1. Wet World Batu Pahat

 Lot 138, Jalan Bukit Pasir, Tasik Bukit Pasir, Batu 1/2, Johor, Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat

Wet World Batu Pahat Water Park - All You Need to Know BEFORE You Go

Siapa yang tak suka bermandi-manda? Lagi syok kalau setiap kali melancong ke satu-satu tempat, anda cuba setiap taman tema airnya, barulah lengkap ‘portfolio’ mandi-manda anda sekeluarga. Di mana lagi taman tema air yang best di Batu Pahat ni kalau bukan di Wet World Batu Pahat.

Tidaklah sebesar Sunway Lagoon tapi tetap lengkap dengan bermacam jenis tarikan yang pasti membuatkan anda sekeluarga gembira kepuasan seperti gelongsor air yang panjangnya bukan kepalang, kolam renang berombak, Kiddy Pool dan banyak lagi!

2. Old Street Batu Pahat

Alamat: Jalan Parit Besar, 83000 Batu Pahat

Wahai instagrammers yang tegar, inilah heaven untuk anda mendapatkan foto-foto yang hebat sewaktu bercuti di Batu Pahat.

Berlokasi di Old Street Batu Pahat, di atas bumbung bangunan ini terdapat sebuah taman yang dihias cantik yang diberi nama Sky Garden Old Street. Selain taman yang indah, di bahagian atas bumbung ini juga terdapat banyak restoran yang dihias dengan penuh kreatif.

3. Taman Rekreasi Tasik Y

Alamat: Jalan Sejati, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat

Simple sekali nama yang diberikan, Taman Rekreasi Tasik Y. Mesti anda tertanya-tanya kenapa satu huruf sahaja namanya? Ini kerana, taman ini sebenarnya berbentuk Y jika dilihat dari sudut pandangan burung yang berterbangan di awan.

Dahulunya merupakan tapak perlombongan, taman ini kini merupakan sebuah taman rekreasi yang dilawati ramai orang untuk beriadah di waktu petang dan di hujung minggu.  Cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti laluan refleksologi, taman permainan, peralatan senaman dan pondok rehat.

Sudah penat bersenam, anda boleh mencuba pelbagai makanan menarik yang dijual di gerai-gerai yang dibuka di sini seperti Ais Kacang dan Rojak. Makanan yang cukup enak untuk dimakan di waktu petang.

4. Tugu Batu Pahat

Alamat: Jalan Rahmat, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat

Tugu yang menjadi lambang Batu Pahat ini berdiri dengan megahnya di Dataran Penggaram. Tugu Batu Pahat ini memiliki rekaan yang cukup unik menggambarkan nama ‘Batu Pahat’ itu sendiri dengan tangan yang tergantung dan memegang pahat.

Untuk pengetahuan anda, nama Batu Pahat dipilih untuk dijadikan nama daerah ini kerana peristiwa bersejarah yang dikatakan berlaku pada sekitar tahun 1456, waktu di mana tentera Siam telah datang menyerang kampung Minyak Beku yang merupakan lokasi batu yang dipahat untuk mendapatkan bekalan air bersih.

5. Mee Racun Tulang Sri Jaya

Alamat: TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat

Nak tahu makanan itu sedap atau tidak, lihat sahaja bilangan pengunjungnya, berbaris-baris orang beratur untuk menikmati mee beracun di Mee Racun Tulang Sri Jaya. Mee racun? Macam bahaya je? Betapa enaknya makanan yang dihidangkan di sini sehingga meracun jiwa anda untuk datang berulang kali.

Menu yang mampu meracun anda sehingga terbawa ke mimpi ini adalah mee yang dihidangkan dengan sup gearboxnya. Jangan risau, walaupun terkenal, harga makanannya cukup berpatutan.

Makan, minum, bersantai, berhibur malahan berpatah ke masa lalu, semuanya dapat anda rasai di Batu Pahat termasuklah homestay Batu Pahat. Hebat juga penangan salah satu daerah di negeri Johor ini ya?

Sumber:

1) https://www.booking.com/homestay/city/my/batu-pahat.ms.html

2) https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-batu-pahat/

3) https://mytrip123.com/tempat-menarik-di-batu-pahat/

error: Content is protected !!