Banyak sekali pilihan penginapan homestay di cameron highland disediakan untuk keselesaan penginapan beramai-ramai di kawasan tanah tinggi ini. Disebabkan keindahan yang tersimpan di kawasan tanah tinggi ini, ramai warga kota yang memilihnya sebagai destinasi pilihan untuk bercuti bersama keluarga.
Tempat percutian dataran tinggi yang dipenuhi dengan ladang teh dan ladang strawberi, ini adalah salah satu tempat terbaik untuk percutian keluarga di Malaysia. Jadi tunggu apa lagi? Jom kita tengok 8 homestay yang selesa di cameron highland.
1. Homestay di Barrington Square
Homestay bajet ini di Cameron Highlands sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Terletak di kompleks pangsapuri Barrington Square di Brinchang, pangsapuri satu bilik ini terletak berhampiran pasar malam Golden Hills yang popular yang dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Pangsapuri ini dapat menampung 2 orang dengan selesa, tetapi terdapat tempat tidur sofa tambahan di ruang tamu, menjadikan apartmen ini dapat menampung hingga 8 orang! Terdapat juga kemudahan seperti peralatan dapur (termasuk microwave, periuk nasi dan cerek), TV lengkap dengan Astro.
Terdapat juga kemudahan pangsapuri seperti barbeku di atas bumbung (dengan bayaran tambahan), tempat letak kereta bawah tanah dan gimnasium diluar.
2. Homestay di Quintet Serviced Apartment
Homestay yang cantik ini di Tanah Tinggi Cameron akan menjadi tempat percutian yang indah untuk mencari ketenangan! Ianya terletak di Quintet Serviced Apartment di Tanah Rata. Dapat menampung sehingga 8 orang dan memiliki balkoni dengan pemandangan hutan yang indah.
Terdapat 3 bilik tidur, dengan ruang tamu yang luas lengkap dengan meja makan sangat selesa. Walaupun tidak dibenarkan memasak berat, perkakas dan peralatan untuk memasak ringan disediakan.
Tarikan utama homestay ini adalah kerana lokasinya yang bagus. Tempat-tempat menarik seperti Pusat Teh Boh Sungai Palas, Cactus Valley dan Healthy Strawberry Farm berjarak hanya 20 minit pemanduan.
3. Afy Homestay Cameron Highlands
Sekiranya anda mencari homestay yang lebih selesa di Tanah Tinggi Cameron, tidak jauh dari Afy Homestay. Terletak di pangsapuri Cameron Jaya, homestay milik Muslim ini sangat sesuai untuk percutian keluarga.
Afy Homestay mempunyai 3 bilik tidur (anda boleh meminta dua tilam tambahan) dan 2 bilik mandi. Apartmen ini juga dilengkapi dengan ruang tamu untuk bersantai dan dapur yang lengkap untuk memasak.
Oleh kerana ia adalah homestay milik orang Islam, barang keperluan solat seperti sejadah, telekung dan kain pelikat juga disediakan tetapi disyorkan membawa sendiri lebih-lebih lagi musim COVID19.
4. Wan Fyra Homestay
Wan Fyra Homestay terletak di Perumahan Cameron Makmur Jaya (blok pangsapuri di Tanah Rata) dan boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu (termasuk kanak-kanak). Unit ini berada di tingkat 6, dengan 3 bilik tidur.
Homestay ini dilengkapi dengan dapurnya sendiri (termasuk penapis air Coway untuk keperluan air minuman anda), peralatan tempat tidur dan selimut tambahan (walau apapun yang terbaik adalah membawa sendiri semasa waktu COVID ini!).
5. Farmer Hut Retreat
Homestay menarik dan unik untuk ahli keluarga yang lebih ramai. Tidak seperti kebanyakan homestay di Cameron Highlands, Farmer Hut Retreat dikelilingi kebun sayur dan strawberi di kawasan Brinchang.
Lokasi dan penginapan yang membawa anda jauh dari kehidupan kota ini sudah tentu memberi ketenangan untuk mereka yang datang bercuti. Walaupun berkonsepkan ketenangan, homestay Farmer Hut Retreat ini masih tidak melupakan kemudahan moden termasuk ruang home theatre untuk hiburan seisi keluarga.
6. Tung’s Factoria
Homestay ini lengkap dengan garden yang ringkas namun menarik untuk anda seisi keluarga berehat. Bermula daripada sebuah warehouse, bangunan ini kini berubah wajah menjadi sebuah homestay yang bukan sahaja menarik dan selesa, tetapi juga lengkap dengan kemudahan seperti basikal dan barbeque (bayaran tambahan dikenakan).
Walaupun tidak terletak di pekan, homestay empat bilik ini sesuai untuk penginapan percutian keluarga yang menarik, lebih-lebih lagi jika anda ingin lari dari kesibukan terutama pada musim cuti persekolahan.
7. The Woodz
Terletak di Brinchang, Kanak-kanak di alu-alukan untuk menginap di sini. Selain itu, apartment ini juga menyediakan lift untuk memudahkan anda membawa barang-barang ke unit homestay selain kemudahan parking supaya anda tidak perlu bersusah mencari tapak meletak kereta setelah seharian keluar bersiar-siar.
The Woodz menggunakan dekorasi berkonsepkan kayu untuk menimbulkan rasa back to nature di tanah tinggi ini. Unit apartment yang dijadikan homestay ini sangat sesuai untuk percutian keluarga sekitar 6-8 orang.
8. Grand Haven Cosy Hideaway
Homestay menarik di tengah-tengah kedinginan tanah tinggi Cameron. Dekorasi ringkas namun menawarkan sentuhan moden menjadikan honestay ini penginapan ideal untuk istirahat setelah seharian menghabiskan masa di tempat-temapt menarik sekitar Cameron Highlands.
Homestay yang terletak di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang ini menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian keluarga sehingga 6 orang tetamu.
Setakat ini sahaja perkongsian mengenai homestay di Cameron Highland. Carilah homestay yang terbaik untuk keselesaan anda sekeluarga.
SUMBER:
https://www.havehalalwilltravel.com/family-homestays-cameron-highlands
https://www.johornow.com/english/beautiful-and-affordable-homestays-in-cameron-highlands/
https://sukamakanjalan.blogspot.com/2020/02/homestay-di-cameron-highland-terbaik.html