Hordenine adalah bahan kimia yang terdapat secara semula jadi dalam barli (Hordeum vulgare). Ia serupa dengan struktur kimia perangsang yang terdapat pada aren pahit. Ini merupakan antara makanan tambahan yang digunakan untuk meningkatkan prestasi atletik dan penurunan berat badan.
Malah, ia juga boleh dijumpai pada alga, kaktus, dan beberapa spesies rumput.
Kegunaan Hordenine
Pengambilan secara oral dapat meningkatkan prestasi atletik dan penurunan berat badan. Berdasarkan beberapa penyelidikan, ia dapat merangsang sistem saraf pusat dan meningkatkan degupan jantung, tekanan darah, dan pernafasan.
Kesan tindak balasnya nampaknya adalah rendah dan memerlukan dos yang tinggi.
Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Hordenine
Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya anda :
- hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusu bayi, anda hanya perlu minum ubat-ubatan atas cadangan doktor sahaja.
- mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubat-ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor.
- mempunyai alergi dengan sebarang bahan dalam ubat ini, ubatan lain atau bahan lain.
- penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan lain.
- jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.
Arahan untuk suplemen herba adalah kurang ketat berbanding arahan untuk ubat. Tetapi, rujuk dengan pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.
Kesan sampingan Hordenine
Ubat ini mungkin tidak selamat apabila diambil secara oral. Secara teorinya, ia mungkin mempunyai kesan perangsang dan kesan sampingan yang serupa seperti degupan jantung yang cepat dan tekanan darah tinggi.
Pengambilannya juga mungkin akan memburukkan lagi tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko berlakunya batu karang.
Kontraindikasi Hordenine
Ubat ini mempunyai kontraindikasi dan boleh menyebabkan kesan buruk. Rujuk dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut.
Interaksi Hordenine
Ubat ini juga mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan atau keadaan perubatan semasa anda. Rujuk dengan pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.
Dos Hordenine
Dos yang sesuai bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, kesihatan pengguna dan beberapa keadaan lain. Buat masa ini, tiada maklumat saintifik yang mencukupi untuk menentukan julat dos yang sesuai untuk hordenine (bagi penggunaan kanak-kanak / orang dewasa).
SUMBER
https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1528/hordenine