Apakah itu Hormon pertumbuhan
Hormon pertumbuhan adalah hormon protein dengan kira-kira 190 asid amino yang disintesis dan dirembeskan oleh sel-sel yang disebut ‘somatotrophs’ di pituitari anterior. Ini adalah komponen utama dalam pengendalian beberapa proses fisiologi kompleks, termasuk pertumbuhan dan metabolisme. Selain itu, hormon ini juga sangat terkenal sebagai ubat yang digunakan pada manusia dan haiwan.
Fungsi Hormon pertumbuhan
Hormon pertumbuhan bertindak pada banyak tisu di seluruh badan. Pada kanak-kanak dan remaja, ia merangsang pertumbuhan tulang dan tulang rawan. Pada individu dari segala usia, hormon ini boleh meningkatkan pengeluaran protein, mendorong penggunaan lemak, mengganggu tindakan insulin dan meningkatkan kadar gula darah. Malah, ia juga meningkatkan tahap faktor pertumbuhan seperti insulin (1 IGF-1).
Hormon ini bertindak pada banyak bahagian badan untuk mendorong pertumbuhan pada kanak-kanak. Apabila plat pertumbuhan di tulang (epiphyses) mempunyai hormon pertumbuhan bersatu, ia tidak menyebabkan kenaikan bagi ketinggian. Pada orang dewasa pula, ia tidak menyebabkan pertumbuhan tetapi membantu mengekalkan struktur dan metabolisme tubuh yang normal, termasuk membantu menjaga kadar glukosa darah dalam tahap yang normal.
Sumber Hormon pertumbuhan
Hormon ini dilepaskan ke dalam aliran darah dari kelenjar pituitari anterior. Kelenjar pituitari juga menghasilkan hormon lain yang mempunyai fungsi yang berbeza daripada hormon pertumbuhan.
Pelepasan hormon pertumbuhan adalah tidak berterusan; ia dilepaskan dalam beberapa “kitaran” atau denyutan setiap tiga hingga lima jam sekali. Pelepasan ini dikendalikan oleh dua hormon lain yang dilepaskan dari hipotalamus (bahagian otak): hormon pembebasan hormon pertumbuhan, yang merangsang hipofisis untuk melepaskan hormon pertumbuhan, dan somatostatin, yang menghalang pelepasan itu.
Tahap hormon ini meningkat dengan aktiviti tidur, tekanan, senaman dan tahap glukosa rendah dalam darah. Ia juga dapat meningkat sekitar waktu baligh. Pelepasan hormon pertumbuhan menurun semasa kehamilan dan jika otak merasakan tahap hormon pertumbuhan yang tinggi atau faktor pertumbuhan seperti insulin yang sudah ada dalam darah.
Masalah berkaitan dengan terlalu banyak Hormon pertumbuhan
Pada orang dewasa, hormon pertumbuhan yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang boleh menghasilkan keadaan yang dikenali sebagai ‘acromegaly’, di mana pesakit mengalami pembengkakan tangan dan kaki serta perubahan ciri wajah. Pesakit juga boleh mengalami pembesaran organ dan gangguan fungsi serius seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.
Lebih dari 99% kes terjadi disebabkan tumor jinak kelenjar pituitari, yang menghasilkan hormon penting ini. Keadaan ini lebih biasa berlaku selepas usia pertengahan ketika pertumbuhannya selesai sehingga individu yang terjejas tidak bertambah tinggi.
Peningkatan kadar hormon ini jarang sekali dapat menjejaskan kanak-kanak sebelum mencapai ketinggian terakhir mereka, yang boleh menyebabkan pertumbuhan tulang panjang yang berlebihan, sehingga anak itu tinggi badannya secara tidak normal. Ini biasanya dikenali sebagai gigantisme (peningkatan ketinggian yang sangat besar).
Penghasilan hormon yang berlebihan didiagnosis dengan memberi minuman bergula dan mengukur tahap hormon pertumbuhan dalam beberapa jam akan datang. Gula yang diambil boleh menyebabkan pengeluaran hormon pertumbuhan berkurang. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku bagi ‘acromegaly’.
Oleh itu, ianya tidak menghairankan jika terlalu banyak hormon ini boleh menyebabkan terlalu banyak pertumbuhan.
Masalah berkaitan dengan tahap Hormon pertumbuhan yang tidak mencukupi
Hormon yang terlalu sedikit boleh mengakibatkan pertumbuhan yang buruk pada kanak-kanak. Pada orang dewasa, ia menyebabkan pengurangan kesejahteraan, peningkatan kadar lemak, peningkatan risiko penyakit jantung dan lemah jantung, otot dan tulang. Keadaan ini mungkin berlaku sejak lahir di mana penyebabnya tidak diketahui, berpunca kerana masalah genetik atau disebabkan kecederaan pada kelenjar pituitari (semasa perkembangan atau semasa kelahiran).
Kekurangan hormon pertumbuhan juga boleh terjadi pada orang dewasa kerana kecederaan otak, tumor pituitari atau kerosakan pada kelenjar pituitari (misalnya, selepas pembedahan otak atau radioterapi untuk rawatan kanser).
Selain itu, hormon ini dikaitkan dengan sensasi kesejahteraan, khususnya tahap tenaga. Terdapat bukti bahawa 30 hingga 50% orang dewasa dengan masalah kekurangan hormon pertumbuhan berasa letih hingga tahap serius yang boleh merosakkan kesejahteraan mereka. Golongan ini mungkin mendapat manfaat dengan rawatan hormon seumur hidup . Mengambil hormon ini ketika dewasa tidak akan mengakibatkan peningkatan ketinggian badan.
Bagaimana untuk mengimbangi tahap Hormon pertumbuhan
Walaupun penambahan hormon secara buatan ke badan anda boleh menjadi berbahaya dan membawa risiko, terdapat banyak cara untuk merangsang keupayaan semula jadi tubuh anda untuk menghasilkan lebih banyak hormon pertumbuhan
Berikut adalah 5 cara untuk meningkatkan tahap hormon ini secara semula jadi:
Tidur lebih banyak
Sebilangan besar hormon ini dilepaskan dalam “denyutan” ketika anda tidur. Ia berdasarkan jam dalaman badan atau irama ‘circadian’. Kajian menunjukkan bahawa tidur yang kurang dapat mengurangkan jumlah hormon pertumbuhan yang dihasilkan oleh badan. Sebenarnya, mendapatkan tidur nyenyak yang mencukupi adalah salah satu strategi terbaik untuk meningkatkan pengeluaran hormon ini buat jangka masa panjang.
Bersenam
Bagi mengimbangi hormon dan mendapatkan hasil yang lebih baik, ianya adalah lebih baik untuk anda melakukan latihan litar. Untuk mendapatkan faedah maksimum, selesaikan latihan anda dengan sedikit rehat di antara setiap sesi litar, bagi memastikan degupan jantung anda tinggi sepanjang latihan anda. Latihan litar juga merupakan jenis latihan terbaik untuk meningkatkan testosteron dan merangsang hormon pertumbuhan, jadi anda menghabiskan kurang masa untuk bersenam sambil meraih lebih banyak faedah.
Kurangkan pengambilan gula
Karbohidrat dan gula halus boleh meningkatkan kadar insulin, jadi dengan mengurangkan pengambilannya, anda dapat membantu mengoptimumkan tahap hormon ini. Selain dapat mempengaruhi tahap insulin secara langsung, pengambilan gula berlebihan adalah faktor utama bagi masalah peningkatan berat badan dan obesiti, yang juga mempengaruhi tahap hormon pertumbuhan. Apa yang anda makan 90% daripadanya akan memberi kesan yang paling besar terhadap kesihatan, hormon dan komposisi badan anda.
Terapi hormon
Rawatan yang paling biasa untuk masalah kekurangan hormon pertumbuhan pada kanak-kanak dan orang dewasa adalah terapi hormon iaitu suntikan hormon ke dalam badan. Hormon ini atau juga dikenali sebagai ‘somatotropin’ boleh disuntik oleh pesakit atau ahli keluarga (jika ia adalah anak dengan masalah kekurangan hormon pertumbuhan). Hormon ini, yang biasanya dihasilkan di kelenjar pituitari, boleh merangsang pertumbuhan dan pembiakan sel di dalam badan.
Pemakanan pemulihan senaman
Beberapa suplemen senaman dapat mengoptimumkan prestasi dan meningkatkan tahap hormon pertumbuhan anda. Kajian menunjukkan bahawa ‘protein shake’, dengan atau tanpa karbohidrat dapat meningkatkan kadar hormon pertumbuhan manusia sambil anda bersenam. ‘Protein shake’ boleh diminum sebelum, semasa atau setelah bersenam untuk meningkatkan tahap hormon pertumbuhan.
SUMBER
https://www.vivo.colostate.edu/hbooks/pathphys/endocrine/hypopit/gh.html
https://www.yourhormones.info/hormones/growth-hormone
https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/growth-hormone-athletic-performance-and-aging
https://blog.johnsonfitness.com/blog/5-ways-to-naturally-boost-hgh