Now Reading
Hyperemesis Gravidarum – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Hyperemesis Gravidarum – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Hyperemesis Gravidarum

Ramai wanita mengalami ”mabuk hamil” (mual) semasa mengandung. Keadaan ini secara amnya adalah tidak berbahaya. Walaupun ia agak tidak menyelesakan, ia biasanya hilang dalam 12 minggu.

Hyperemesis gravidarum (HG) adalah bentuk mabuk hamil yang teruk serta boleh menyebabkan mual dan muntah semasa kehamilan. Keadaan ini boleh menyebabkan penurunan isipadu, elektrolit dan ketidakseimbangan ‘acid-base’, gangguan pemakanan dan juga kematian. Dalam keadaan yang serius, ia memerlukan kemasukan ke hospital.

Simptom Hyperemesis Gravidarum

Rasa mual pada waktu pagi boleh menyebabkan penurunan selera makan, mual tahap rendah, ataupun muntah. Ini adalah berbeza dengan keadaan ‘hyperemesis’ sebenar kerana individu biasanya masih boleh makan dan minum air dalam beberapa waktu.

Gejala ‘hyperemesis gravidarum’ adalah jauh lebih teruk. Ia mungkin merangkumi:

Punca Hyperemesis Gravidarum

Sebilangan besar wanita hamil mengalami beberapa jenis mual pagi. Kajian terbaru menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 60,000 kes mual pagi ini dilaporkan oleh mereka yang dirawat di hospital tetapi jumlahnya dijangka jauh lebih tinggi memandangkan ramai wanita dirawat di rumah atau dengan rawatan pesakit luar bersama penyedia penjagaan kesihatan mereka.

Keadaan ini dipercayai berlaku disebabkan peningkatan tahap hormon, namun, penyebab utamanya belum diketahui. Selain itu, gejala ‘hyperemesis gravidarum’ biasanya muncul antara minggu 4 hingga 6 kehamilan dan boleh memuncak antara minggu 9 hingga 13. Sebilangan besar wanita mendapat kelegaan antara minggu 14 hingga 20, walaupun sehingga 20% wanita mungkin memerlukan rawatan bagi keadaan ini sepanjang kehamilan mereka.

Diagnosis Hyperemesis Gravidarum

Doktor akan bertanyakan tentang sejarah perubatan dan gejala anda. Ujian fizikal standard sudah mencukupi untuk mendiagnosis kebanyakan kes. Malah, doktor juga  akan mencari tanda-tanda biasa bagi masalah ini, seperti tekanan darah rendah yang tidak normal atau nadi yang laju.

Sampel darah dan air kencing mungkin diperlukan untuk memeriksa tanda-tanda dehidrasi. Doktor anda juga mungkin meminta anda melakukan ujian tambahan untuk menolak kemungkinan masalah gastrousus sebagai penyebab mual atau muntah anda.

Ultrabunyi mungkin diperlukan untuk mengetahui sama ada anda mengandung bayi kembar atau mempunyai masalah lain. Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej dalam badan anda.

Faktor Risiko Hyperemesis Gravidarum

Beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat ‘hyperemesis gravidarum’ adalah:

  • mempunyai sejarah ‘hyperemesis gravidarum’ dalam keluarga
  • mengandung lebih daripada satu bayi
  • mempunyai berat badan berlebihan
  • menjadi ibu pertama kali

Penyakit ‘trophoblastic’ juga boleh menyebabkan masalah ini yang mana ia berlaku apabila terdapat pertumbuhan sel yang tidak normal dalam rahim.

Rawatan Hyperemesis Gravidarum

Mual di pagi hari paling kerap dapat diatasi dengan mengelakkan makanan yang mencetuskan masalah dan minum banyak cecair ketika gejala-gejala berlaku agar kekal terhidrasi.

Sekiranya loya dan muntah anda menyebabkan anda mengalami dehidrasi, anda akan menerima cecair melalui IV. Anda juga mungkin akan diberikan ubat anti-loya. Jika keadaan tersebut adalah sangat teruk sehingga anda dan bayi anda berada dalam bahaya, anda akan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anda mungkin akan mendapatkan nutrien tambahan melalui IV atau tiub yang dimasukkan ke dalam perut jika anda mengalami kekurangan nutrien.

Mengambil ubat semasa hamil mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan pada bayi, tetapi dalam kes ‘hyperemesis gravidarum’ yang teruk, masalah dehidrasi ibu lebih membimbangkan. Bercakap dengan doktor mengenai risiko yang berkaitan dengan kaedah rawatan yang tersedia.

Untuk membantu menguruskan gejala di rumah, anda boleh mencuba petua ini.

Elakkan pencetus. Anda mungkin menyedari bahawa perkara-perkara tertentu boleh menyebabkan anda berasa mual dan muntah. Ini termasuk:

  1. Suara dan bunyi tertentu, seperti radio atau TV
  2. Lampu yang terang atau berkelip
  3. Ubat gigi
  4. Bau seperti minyak wangi dan produk mandian
  5. Tekanan pada perut
  6. Menaiki kereta
  7. Mandi

Makan dan minum apabila anda mampu. Manfaatkan masa ketika anda berasa lebih baik untuk makan dan minum. Makan makanan dalam saiz kecil dan kerap. Cuba makanan kering seperti keropok atau kentang atau boleh juga makan makanan yang menarik bagi anda.

Tingkatkan pengambilan cecair pada waktu siang ketika anda berasa kurang mual. Anda juga boleh cuba mengambil suplemen tertentu untuk meredakan gejala.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/hyperemesis-gravidarum

https://emedicine.medscape.com/article/254751-overview

https://medlineplus.gov/ency/article/001499.htm

Hyperemesis Gravidarum

error: Content is protected !!