Anda mungkin panggil keadaan ini sebagai tahap kolesterol tinggi, manakala doktor anda pula memanggilnya sebagai hyperlipidemia. Walau bagaimanapun, ia adalah masalah yang sama.
Istilah ini merangkumi beberapa gangguan yang mengakibatkan lemak tambahan, yang juga dikenali sebagai lipid di dalam darah anda. Anda boleh mengawal beberapa punca yang menyebabkan keadaan ini tetapi tidaklah semuanya.
Di samping itu, keadaan hyperlipidemia boleh dirawat tetapi ia selalunya merupakan keadaan dalam jangka masa panjang.
Simptom Hyperlipidemia
Selalunya, individu yang menghidap hyperlipidemia tidak mengalami apa-apa simptom. Namun, bagi mereka yang mempunyai keluarga atau keturunan yang menghidap hyperlipidemia, mereka mungkin mengalami pertumbuhan lemak berwarna kuning di sekitar mata atau sendi.
Punca Hyperlipidemia
Kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan oleh tubuh badan anda. Ia juga mungkin hadir daripada apa yang anda makan atau daripada rutin kehidupan anda.
Makanan yang mempunyai kolesterol, lemak tepu dan lemak trans boleh meningkatkan tahap kolesterol darah anda. Ini termasuklah:
- Keju
- Kuning telur
- Makanan bergoreng dan diproses
- Ais krim
- Pastri
- Daging merah
Ini akan menjadi satu masalah jika anda tidak bersenam. Ia juga boleh menyebabkan berat badan bertambah, dan boleh meningkatkan kolesterol anda. Semakin anda tua, tahap kolesterol anda juga akan meningkat.
Faktor Risiko Hyperlipidemia
Gaya hidup yang tidak sihat boleh meningkatkan tahap kolesterol tidak baik dan menurunkan tahap kolesterol baik anda.
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, makan banyak makanan berlemak, merokok, atau tidak mendapatkan senaman yang secukupnya meletakkan anda dalam keadaan yang berisiko.
Diagnosis Hyperlipidemia
Doktor anda akan memeriksa tahap lipid anda secara berkala. Ujian darah juga diperlukan, dan dipanggil panel lipoprotein. Hasilnya akan menunjukkan tahap:
- Kolesterol LDL – Kolesterol tidak baik yang terbentuk di dalam saluran darah anda.
- Kolesterol HDL – Kolesterol baik yang mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Triglyceride – Sejenis lemak lain di dalam darah anda.
- Jumlah keseluruhan kolesterol – Kombinasi nilai bagi ketiga-tiganya.
Jumlah keseluruhan kolesterol iaitu 200 mg/dl ke atas atau lebih bukanlah nilai yang normal. Justeru itu, doktor akan mengambil kira beberapa faktor seperti usia anda, jika anda merokok dan sekiranya anda mempunyai keluarga terdekat dengan masalah jantung.
Hal ini diperlukan untuk menentukan nilai tepat ujian anda sama ada ia adalah tinggi atau tidak serta apa yang perlu dilakukan dalam situasi tertentu.
Rawatan Hyperlipidemia
Gaya hidup lama perlu diubah untuk menurunkan kadar kolesterol anda termasuklah diet sihat, penurunan berat badan dan bersenam. Anda perlu:
- Memilih makanan yang rendah lemak trans.
- Makan makanan yang kaya dengan serat seperti oat, pisang, buah pir, prun, ‘kidney beans’, kacang kuda, kekacang dan ‘lima beans’.
- Makan ikan dua kali seminggu
- Mengurangkan pengambilan arak dengan tidak lebih daripada sekali sehari (wanita) atau dua kali sehari (lelaki).
Betulkan rutin senaman anda. Tetapkan matlamat selama 30 minit untuk melakukan aktiviti dengan intensiti sederhana seperti berjalan pantas setiap hari. Anda tidak perlulah melakukan semua senaman sekaligus.
Senaman selama 10 hingga 15 minit pada bila-bila masa boleh menampakkan hasilnya di kemudian hari.
Sumber:
https://www.webmd.com/cholesterol-management/hyperlipidemia-overview