Pengenalan
Kita perlu kenal pasti punca obesiti. Melihat anak anak membesar dengan penampilan fizikal berisi pasti mengembirakan ibu ayah. Betapa bangganya kita kerana anak dipuji comel setiap kali bukan?
Namun sedarkah ibu ayah bahawa sedari 4 dekad lalu kadar obesiti meningkat hampir 3 kali ganda. Apa yang membimbangkan peningkatan ini tidak mengecualikan kanak kanak. Tahun lepas sahaja statistik menunjukkan 39 juta kanak kanak dibawah usia 5 tahun termasuk didalam golongan obesiti. Tahukah ibu ayah mengikut kajian WHO separuh dari jumlah statistik tersebut penyumbangnya adalah dari negara Asia termasuk Malaysia.
Apa itu Obesiti
Obesiti adalah berat badan berlebihan yang terhasil dari pengumpulan lemak tepu luar biasa pada tubuh badan termasuk organ dalaman manusia. Is disukat menggunakan Indeks Jisim Badan (BMI).
Indeks Jisim Badan (BMI) adalah satu mekanisma yang digunakan sebagai garis panduan oleh WHO untuk menentusahkan klasifikasi berat badan seseorang individu. Cara pengiraannya adalah perbandingan berat badan seorang individu dalam sukatan kilogram berbanding ketinggian dalam sukatan meter.
Indeks Jisim Badan (BMI) bagi individu dewasa sekadar melibatkan pengiraan tinggi dan berat. Namun bagi seorang kanak kanak pengukuran BMI tidak sekadar hanya tinggi dan berat, usia juga perlu diambil kira ketika pengiraan dilakukan.
Bagaimana Indeks Jisim Badan (BMI) permata hati ibu ayah sekalian?
“Tidak mengapa, anak baru berusia 5 tahun Indeks Jisim Badan (BMI) berlebihan sedikit. Semakin dewasa nanti susut la”.
Tahukah ibu ayah berdasarkan kajian berat badan yang dilakukan di Amerika Syarikat menyatakan sebaliknya. Seiring peningkatan usia kadar obesiti turut meningkat dengan nisbah 1/5 kanak kanak tergolong dalam golongan obesiti. Malahan seluruh dunia mencatatkan kadar kematian berpunca dari terlebih makan tinggi berbanding kekurangan makanan. Pasti ini menggusarkan ibu ayah memikirkan masa depan anak anak obesiti.
Usah khuatir ibu ayah, dengan pengesanan awal obesiti boleh diatasi untuk memastikan si manja anda kekal sihat dan cergas. Bawa simanja anda untuk pemeriksaan berkala agar pencegahan dan nasihat awal dapat mencegah obesiti semakin parah.
Kaedah Hindari Punca Obesiti
Diet pasti itu perkataan pertama terlintas diminda ibu ayah apabila memiliki anak kategori obesiti. Berhenti, itu bukan penyelesaiannya! Kanak kanak memerlukan gizi yang seimbang untuk tumbesaran seiring usia. Gaya hidup seisi keluarga perlu diperbaiki untuk membolehkan si manja membesar didalam persekitaran seimbang. Faktor faktor yang perlu diambil kira untuk menghindari punca obesiti adalah
Pemakanan
Periksa kembali almari penyimpanan stok makanan, pastikan ia bebas makanan ringan yang tinggi sodium, gula, pewarna dan lemak tepu.
Penyediaan makanan seimbang menyihatkan walaupun hanya sekadar makanan ringan simanja.
Rujuk piramid makanan setiap kali anda menyediakan hidangan keluarga.
Ibu dan ayah pastikan setiap hidangan si manja lengkap buah buahan dan sayuran.
Selitkan makanan ringan sihat diantara waktu makan utama bagi tujuan pengawalan pemakanan anak anda.
Corak pemakanan ada penting diperhatikan kerana menurut pakar kesihatan ia 80% mempengaruhi berat badan berbanding senaman.
Senaman
Pergerakan fizikal perlu untuk memastikan anak anda lebih aktif supaya sistem pencernaan berlaku sempurna.
Bimbing mereka didalam aktiviti harian ibu ayah seperti mengemas rumah, berkebun atau pon mencuci kereta.
Galakan mereka beraktiviti secara sihat berbanding mengadap peralatan elektronik.
Istirehat
Ibubapa perlu mengawasi waktu istirehat si manja anda.
Kanak kanak mengikut usia mempunyai keperluan masa tidur yang berbeza.
- Bayi baru lahir antara 15-18 jam sehari secara kumulatif (2-4 jam kitaran tidur)
- 1-4 bulan antara 14-15 jam sehari secara kumulatif namun kini waktu tidur malam lebih panjang dari siang.
- 4-12 bulan antara 14-15 jam dengan anggaran tidur siang sejam ulangan 3 kali sehari.
- 1-3 tahun antara 12-14 jam tidur seawal jam 9 malam.
- 3-6 tahun antara 10-12 jam tidur seawal jam 9 malam.
- 7-12 tahun antara 10-11 jam tidur seawal jam 9 malam.
- 12-18 tahun antara 8-9 jam dengan tidur seawal jam 9 malam.
Percaya atau tidak ibu ayah tidur yang cukup ini dapat mengawal rasa lapar dan kenyang si manja anda.
Ia dapat membantu pengawalan hormon Gherlin dan Leptin yang bertanggungjawab
Didikan
Bentuk pola pemakanan seimbang untuk simanja sedari awal.
Latih anak anak pilih makanan yang sihat dengan selalu berkongsi tentang khasiat makanan.
Ganjaran berbentuk makanan ringan adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
Pastikan seisi keluarga anda mengamalkan gaya hidup yang sihat bermula dengan diri anda sendiri sebagai contoh dan ikutan anak anak.
Aktiviti pendidikan pemakanan boleh dilakukan ketika anda membeli belah dengan melibatkan anak anak.
Didik dan biasakan mereka dengan bersederhana didalam pemakanan.
Media massa
Sediakan jadual waktu untuk anak anak mengadap skrin samada televisyen, komputer dan juga telefon bimbit.
Hadkan penggunaan media sosial 2 jam sehari kerana ia mengganggu aktiviti fizikal yang sangat diperlukan oleh kanak kanak.
Pendedahan keterlaluan kepada media massa juga menyebabkan anak terpengaruh dengan pengiklanan makanan kurang sihat.
Psikologi
Elakkan tekanan kepada anak anak kerana ia mendorong kepada peningkatan selera makan.
Amalkan gaya hidup sihat selain dari beriadah luangkan masa untuk berkelah bersama keluarga.
Mencegah lebih baik dari mengubati
Sedar atau tidak obesiti ini menjadi satu permasalahan yang semakin meruncing.Terutama kepada anak anak anda sekiranya tidak dikawal. Apakah risiko yang boleh dihidapi oleh anak anak yang mengalami obesiti?
- Masalah kesihatan
Berat badan melampau, tekanan darah tinggi, kencing manis jika dahulu ia sinonim dengan orang dewasa namun kini tidak lagi. Simanja anda boleh turut sama menghidapinya sekiranya ibu ayah tiada kesedaran awal untuk mengubah corak pemakanan keluarga.
Kebiasaan kita lihat warga emas bermasalah sendi dan pergerakan. Namun kini anak anak obesiti turut menghidapi sakit sendi berpunca dari ketidakstabilan berat badan untuk ditampung oleh kerangka tubuh. Pasti besar kesannya teehadap tubuh sebelah bawah anak anda.
Kolestrol tinggi dalam darah memberi tekanan kepada organ penting didalam badan. Punca daripada lebihan lemak tidak tepu yang terenap menyumbat salur darah. Secara tidak langsung kanak kanak ini terdedah kepada risiko serangan jantung dan strok lebih awal.
Masalah pernafasan, dengkuran dan gangguan tidur juga lebih tinggi berlaku kepada kanak kanak obesiti.
Kerosakan hati akibat lemak yang berkumpul dibahagian hati dinamakan “Penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD)
2. Masalah Emosi
Kanak kanak dengan obesiti akan mengalami gangguan emosi. Berpunca dari rasa rendah diri akibat ejekan rakan rakan.
Mereka juga lebih cepat berputus asa ketika melakukan aktiviti fizikal bersama rakan rakan kerana keterbatasan kemampuan.
Kesemua faktor ini mendorong terjadinya masalah kemurungun yang boleh membawa kepada tekanan perasaan.
Pastinya ibu ayah tidak ingin semua ini terjadi kepada simanja anda. Mulai sekarang ibu ayah ubah pola pemakanan dan corak kehidupan keluarga anda. Tambah ilmu berkaitan pemakanan dan gaya hidup sihat. Keluarga sihat bermula dari rumah dan diri anda demi masa depan simanja.
Sumber:
https://www.cdc.gov/obesity/childhood/causes.html
https://www.healthline.com/health/weight-loss/weight-problems-in-children