Now Reading
Ibu Tangmo Nida Dalang Utama! Mengaku Hantar ‘Handphone’ Dekat Bang Jack, Terpedaya Konon Boleh Cari Bukti Pembunuhan

Ibu Tangmo Nida Dalang Utama! Mengaku Hantar ‘Handphone’ Dekat Bang Jack, Terpedaya Konon Boleh Cari Bukti Pembunuhan

Ibu Tangmo

Status Facebook pelakon Thailand, Tangmo Nida menjadi sebutan ramai dan rata-rata pengikut setia kes menyayat hati ini tertanya siapa ‘dalang’ di sebalik akaun itu

‘Handphone’ dekat AS

Ibu Tangmo

Nama ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial. Panida tampil membuat pengakuan dengan mendedahkan dia telah menghantar telefon bimbit Tangmo kepada individu di Amerika Syarikat yang dikenali Bang Jack.

Bercakap kepada peguam, Decha Kittiwittayanan, Panida menyatakan tindakannya itu sekadar untuk mendapatkan jawapan sama ada anak perempuannya itu dibunuh atau tidak.

Perkara ini disahkan oleh ibu Tangmo yang telefon bimbit itu sekarang berada di tangan Bang Jack. Panida menghantar ke Amerika Syarikat menerusi pos dan semua itu dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kos penghantaran yang dibayar Panida adalah 2,500 baht.

Bang Jack kerap menghubungi Panida dan hubungan mereka menjadi rapat. Panida mempercayai Bang Jack yang mengatakan telefon bimbit itu mempunyai bahan bukti yang merujuk kepada kes pembunuhan.

Ada koleksi 1 juta gambar

Panida ada menghubungi Apple Thailand untuk mendapatkan semula koleksi foto yang ada dalam telefon bimbit itu tetapi gagal. Bang Jack berjaya meyakinkan Panida yang dia boleh mendapatkan bukti menunjukkan kes itu adalah pembunuhan.

Dalam telefon bimbit itu mempunyai lebih 1 juta gambar namun tiada bukti yang boleh membuktikan itu kes pembunuhan.

Dalam pada itu, ditanya sama ada akan menfailkan saman terhadap Bang Jack, Peguam Decha memberitahu Panida memohon tempoh dua hari untuk berfikir dan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Pada 24 Februari lalu, Tangmo dilaporkan lemas selepas terjatuh dari bot laju yang dinaikinya bersama lima orang lain di Sungai Chao Phraya di wilayah Nonthaburi.

Polis menamatkan siasatan mereka dan mendakwa rakannya memandu bot laju itu secara melulu menyebabkan kematiannya tetapi beberapa aktivis mendakwa dia dibunuh.


error: Content is protected !!