Now Reading
Idea Makan Tengahari Sihat untuk Ibu Bekerjaya

Idea Makan Tengahari Sihat untuk Ibu Bekerjaya

tengahari

Idea makan tengahari yang sihat dan lazat sangatlah berharga. Makan tengahari adalah rehat yang paling lama di antara hiruk-pikuk sewaktu bekerja.

Peluang untuk mengeset semula, bersantai dan kembali bertenaha sebagai persediaan sebelum memulakan kembali tugas di tempat kerja. Resepi makan tengahari boleh disediakan lebih awal untuk memastikan anda kenyang dan fokus sepanjang petang adalah ideal.

Walau bagaimanapun, ini adalah pilihan makan tengahari yang terbaik, sihat dan sedap! Sebagai penambah rasa di kala anda menikmati juadah buatan tangan menjadikan watu rehat anda jauh lebih seronok dan menyegarkan.

Saya harap anda dapat mencari sesuatu yang anda suka, samada buat mereka yang baru sahaja ingin mencuba menyediakan makanan tengahari ataupun mencari idea yang mudah.

NASI & AYAM KETUMBAR

Jumlah masa: 40 minit

Jumlah hidangan: 4

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar minyak zaitun (dibahagikan)
  • 1 cawan beras basmati perang
  • 3/8 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 cawan air rebusan ayam tanpa garam
  • 1 sudu teh garam kosher (dibahagikan)
  • 1 paun paha ayam, tanpa kulit dan tulang (dipotong kepada 3/4 inci)
  • 3/4 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1/8 sudu teh lada cayenne
  • 1 paun kacang hijau segar (dipangkas)
  • 1/2 cawan yogurt Greek 2% rendah lemak
  • 1 ulas bawang putih (disagat)
  • Potongan lemon (untuk menghidang)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali pada api sederhana. Masukkan beras dan kunyit; tumis selama seminit. Tambahkan air rebusan ayam dan 3/8 sudu teh garam, didihkan. Tutup dan kurangkan api kepada rendah, kemudian reneh sehingga nasi masak dan air rebusan terserap, selama 40 minit.
  2. Masukkan air, serbuk ketumbar, serbuk bawang putih, cayenne dan 3/8 sudu teh garam.
  3. Panaskan 1 sudu besar minyak ke dalam kuali besar pada api sederhana besar. Masak ayam, kacau sekali sekala, sehingga keperangan, dalam 12 minit. Alihkan ayam (jangan basuh kuali).
  4. Masukkan baki 1 sudu teh minyak ke dalam kuali yang sama. Tambahkan kacang hijau, balikkan kacang setiap 2 minit, sehingga sedikit layu. Taburkan baki 1/4 sudu teh garam.
  5. Campurkan yogurt, jus lemon dan bawang putih. Hidang sos dan potongan lemon bersama ayam, nasi basmati perang dan kacang hijau.

TACO AYAM dengan SALAD AVOKADO tengahari

Jumlah masa: 40 minit

Jumlah hidangan: 4

Bahan-bahan:

  • 1& 1/4 paun paha ayam tanpa kulit dan tulang (dalam 6 ketul)
  • 1 cawan salsa
  • Jus kepada 2 biji llimau, tambahan potongan lemon (untuk hidangan)
  • 1/4 cawan minyak sayuran
  • 1/4 cawan sour cream
  • 1 ikat ketumbar, daunnya dihiris (dalam 3/4 cawan)
  • Garam kosher dan lada hitam
  • 1 & 14 auns hati sawit di dalam tin (ditapis airnya dna potong dengan ketebalan 1/2 inci)
  • 1 biji avokado (dipotong)
  • 6 biji lobak putih (dihiris nipis)
  • 16 keping tortilla jagung
  • Selada dicarik dan bawang merah dadu (sebagai hiasan)

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam bersama setengah cawan salsa, juskan 1 biji limau dan 1 sudu besar minyak sayuran bersama ke dalam mangkuk besar. Perap selama 10 minit. Di dalam mangkuk kecil, campurkan baki salsa dengan sour cream dan 2 sudu besar ketumbar, perasakan dengan garam dan lada.
  2. Tutup dan sejukkan bahan-bahan di atas di dalam peti.
  3. Gaulkan pula hati sawit, avocado, lobak putih, baki ketumbar, 1 sudu besar minyak sayuran dan baki jus limau ke dalam mangkuk, jangan lupa perasa anda okay!
  4. Panaskan api di dalam kuali besar atau kuali memanggang dengan 2 sudu besar minyak sayuran pada api sederhana besar. Masukkan ayam bersama bahan perapannya dan masak sehingga agak hangus dan masak sampai dalam, lebih kurang 7 minit setiap bahagian.
  5. Alihkan ayam yang telah dimasak ke atas papan pemotong dan hiris, tabur sedikit garam ke atasnya.
  6. Panaskan kepingan tortilla mengikut arahan pembungkusan. Dengan 2 keping tortilla untuk setiap taco, isikan dengan ayam, campuran sour cream-salsa, selada dan juga bawang merah. Hidang bersama salad avokado dan potongan limau.

SALMON PEDAS tengahari

tengahari

Jumlah masa: 1 jam

Jumlah hidangan: 4

Bahan-bahan A:

  • 1/3 cawan kicap rendah sodium
  • 1/3 minyak zaitun dara
  • 1/4 cawan sos cili bawang putih
  • 1 biji limau (dijuskan)
  • 2 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 keping filet salmon

Bahan-bahan B: jeruk timun

  • 1/2 cawan cuka beras
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh garam kosher
  • 2 sudu teh minyak bijan dipanggang
  • 2 biji timun Persia (dihiris nipis)

Bahan-bahan C:

  • Beras perang yang dimasak
  • 1 biji avokado (dipotong)
  • 1 biji lobak merah saiz sederhana (disagat)
  • 1/2 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • Daun ketumbar (dikoyakkan)
  • Biji bijan

Cara penyediaan:

  1. Salmon: panaskan ketuhar pada suhu 350° dan alaskan loyang besar dengan foil aluminum. Di dalam sebuah mangkuk, gaulkan bersama kicap, minyak zaitun, sos cili bawang putih, jus limau, madu dan bawang putih.
  2. Tambahkan salmon ke dalam campuran tadi dan gaul rata.
  3. Letakkan salmon bersama bahan perap tadi ke atas loyang dan bakar sehingga lembut dan boleh dicucuk dengan garfu, lebih kurang dalam 20-25 minit.
  4. Jeruk timun: Di dalam mangkuk atau balang yang selamat untuk ketuhar gelombang mikro, masukkan cuka, gula dan garam dan panaskan selama 2 minit sehingga garam dan gula terlarut.
  5. Kacau bersama minyak bijan, kemudian masukkan timun dan goncang untuk gaul rata. Simpan di dalam bekas kedap udara atau plastic wrap sehingga waktu menghidang.
  6. Mayonis pedas: di dalam mangkuk kecil, gaulkan bersama mayonis, sriracha dan minyak bijan.
  7. Menghidang: bahagikan nasi untuk dihidang di dalam 4 mangkuk. Letakkan salmon, jeruk timun, avokado, lobak merah, bawang merah, ketumbar biji bijan di atasnya. Jangan lupa tuangkan mayonis pedas tadi.

Ibu-ibu yang bekerjaya juga perlukan nutrisi yang baik untuk aktiviti seharian. Idea-idea ini akan buatkan mereka kenyang sambil masih menjaga kesihatan yang bai. Dalam waktu 1 jam atau kurang, anda boleh sediakan makanan yang mudah dan lazat. Selamat menjamu selera.

Sumber:

https://www.loveandlemons.com/healthy-lunch-ideas

https://www.cookinglight.com/recipes/coriander-chicken-and-rice

https://www.foodnetwork.com/recipes/food-network-kitchen/chicken-tacos-with-avocado-salad-3364227

error: Content is protected !!