Now Reading
IFLIX atau NETFLIX? Mana Lebih Berbaloi?

IFLIX atau NETFLIX? Mana Lebih Berbaloi?

IFLIX atau NETFLIX? Mana Lebih Berbaloi?

Iflix dan Netflix sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia, kedua-dua jenama ini menyediakan perkhidmatan penstriman video. Dengan kandungan yang pelbagai serta menghiburkan, masing-masing termasuk beberapa syarikat penstriman video lain.

Seperti Disney+ hotstar, Viu, Tonton dan pelbagai lagi tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan kandungan video yang menarik untuk pelanggan mereka diseluruh dunia termasuk Malaysia. Justeru itu, kali ini kami ingin membuat perbandingan versi kami tentang dua jenama ini Iflix dan Netlix yang mana lebih berbaloi untuk dilanggan?

IFLIX

Syarikat yang pusat di Kuala Lumpur, Malaysia ini sudah meraih lebih dari 25 juta pelanggan aktif diseluruh dunia. Syarikat ini diasaskan oleh Patrick Grove(Pengerusi) dan Mark Britt(CEO) pada tahun 2014.

NETFLIX

Syarikat Penstriman Video paling berjaya ini berpusat di Los Gatos, California, Amerika Syarikat diasaskan oleh Reed Hastings(CEO) dan Marc Randolph dan mempunyai lebih 148 Juta pelanggan  berbayar. Tersedia diseluruh dunia kecuali China, Korea Utara, Crimea dan Syria.

PERBANDINGAN KANDUNGAN

Iflix – memandangkan ia adalah penstriman di Asia sahaja buat masa ini, maka kandungan yang tersedia pun adalah mengenai Asia seperti kandung filem berbahasa Melayu, Hindi, Korea dan lain-lain filem antarabangsa.

Begitu juga dengan peminat Bola Sepak Tempatan Syarikat ini menawarkan penyiaran Liga Malaysia secara langsung, bukan itu sahaja ada banyak lagi perlawanan bola sepak yang lain seperti, Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA serta perlawan terpilih Piala Perdana.

Netflix – Menawarkan Kandungan yang lebih menarik, ribuan kandungan filem dan Siri TV anda boleh dapati. Lebih menarik lagi Syarikat ini memiliki banyak Kandungan Original mereka.

Kandungan Original ini bermakna ia tidak disiarkan/ditayangkan di mana-mana platform termasuk TV, ia hanya boleh ditonton di aplikasi Netflix sahaja.

KUALITI VISUAL DAN AUDIO

Netlix terus maju kehadapan dalam menawarkan Kualiti Visual, mereka menawarkan resolusi SD, HD dan UHD. Memang puas menonton dengan peranti yang menyokong kualiti 1080.

Bagi Iflix pula mereka mula menyokong kualiti HD pada tahun 2017 dan berterusan menaik tarafkan audio yang lebih baik.

iflix

PENAPISAN VIDEO

Netlix – Tidak dinafikan filem Hollywood memang berani menyiarkan juga mempromosi budaya songsang dan 18+ dalam karya mereka.

Iflix – Berbeza dengan Iflix yang sifatnya lebih bersifat mesra Asia, Tradisional dan lebih sopan dalam menghasilkan karya mereka.

Sekiranya anda melanggan pakej-pakej ini dan anda mempunyai kanak-kanak, anda perlu membuat pemantauan bagi mengelakkan kandungan yang tidak sepatutnya ditonton anak anda terpapar.

TONTONAN OFFLINE

Iflix membenarkan pengguna untuk memuat turun apa sahaja kandungan yang ingin ditonton secara percuma. Terdapat juga tiga pilihan size yang boleh dipilih untuk di muat turun, samaada tinggi,sederhana atau rendah. Saiz Fail untuk sebuah filem paling tinggi ialah 60MB(MegaByte). Tetapi tidak semua filem/rancangan di Iflix boleh di muat turun di Iflix.

Berbanding Netflix, mereka tidak membenarkan/tiada tawaran untuk pengguna memuat turun filem/rancangan mereka. Menurut mereka, mereka tidak menawarkan fungsi ini kerena kononnya percaya pada konsep “Paradox Pilihan”. Menurut konsep kadang kala terlalu banyak pilihan bukanlah pilihan yang baik untuk pengguna.

HARGA

Antara Faktor yang penting sebelum membeli/melanggan adalah Harga, Iflix adalah jauh lebih murah berbanding Netflix. Tetapi perlu diambil kira juga soal kandungan dimana Netflix menyediakan ratusan Kandungan Original mereka yang tidak boleh didapati di Platform lain.

Harga Iflix di Malaysia adalah:

  • > RM10 – Sebulan
  • > RM96 – Setahun

Untuk Netflix pula, mereka menyediakan tiga jenis Pakej:

  • > RM33/Sebulan – Basic
  • > RM42/Sebulan – Standard
  • > RM51/Sebulan – Premium

Semakin tinggi pakej tersebut semakin banyak kelebihan yang disediakan.

Kesimpulan

Kami berharap dengan perbandingan yang kami nyatakan diatas memudahkan anda untuk memilih sesuai dengan kehendak dan keperluan anda. Setiap pilihan diatas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan tidak perlu untuk kita sebagai pengguna untuk memburuk-burukkan kedua-dua jenama ini, anda berhak menyuarakan mendapat masing-masing tanpa perlu menjatuhkan.

Kami berharap dua jenama besar ini sentiasa memperbaiki kekurangan dan kelemahan masing-masing. Walaubagaimanapun sekiranya anda melanggan penstriman seperti Netflix yang berani menyiarkan kandungan 18+ dan LGBT, langkah proaktif hendaklah diambil bagi mengelakkan budaya yang tidak wajar diserap oleh generasi muda.

Kesedaran tentang bahaya mempromosi budaya LGBT dan 18+ ini perlulah ditekankan kepada masyarakat secara berperingkat. Baiklah itu sahaja dari kami semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda untuk memilih, sekian.

SUMBER:

https://amanz.my/2016103088/

http://www.nikkhazami.com/2019/03/netflix-vs-iflix.html?m=1

error: Content is protected !!