Now Reading
Ikan Dori Masam Manis Yang Sedap Tak Terkata!

Ikan Dori Masam Manis Yang Sedap Tak Terkata!

ikan dori

Ikan Dori juga seperti ikan-ikan lain yang mempunyai manfaat bagi kesihatan tubuh. Ikan Dori kini nampaknya semakin popular dan telah menjadi hidangan utama buat kebanyakkan orang di luar sana. Ia selalunya digunakan untuk menghasilkan masakan lauk masam manis ataupun gorengan fish fillet – fish & chips.

Ia mempunyai tekstur yang lembut di dalam dan kulit yang garing di luar justeru, disukai oleh ramai orang.

Untuk pengetahuan semua lagi, Ikan Dori juga mempunyai sumber nutrisi yang kaya. Seperti protein, vitamin, omega 3, sodium, magnesium, zat besi, DHA, dan EPA.

Nutrisi bagi kepingan fillet Ikan Dori adalah seperti berikut:

Kalori: 90 cal

Karbohidrat: 0

Lemak: 4g

Protein: 13g

Hari ini kita akan berkongsi resepi ikan dori goreng bersama masam manis kuah.

Bahan-Bahan:

  • Ikan dori 400g (potong size kecil)
  • Bawang holland (potong size kecil)
  • Cilli benggala hijau & merah (potong size kecil)
  • Nenas kiub (potong size kecil)
  • Tomato (potong size kecil)
  • Bawang putih (potong size kecil)
  • Sos tiram
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Serbuk lada sulah
  • Plum sos
  • Lemon jus
  • Garam
  • Gula

Bahan-Bahan (Tepung Salutan Ikan): –

  • Tepung gandum 125gm
  • Tepung jagung 25gm
  • Telur 1 biji
  • Garam secubit
  • Air 250gm

Bahan-Bahan (Kuah Masam Manis): –

  • Bawang putih 2 biji, dicincangkan
  • Bawang hollang potong size kecil
  • Cili benggala hijau dan merah potong size kecil
  • Tomato 1 biji potong size kecil
  • Nenas 10 ketul potong size kecil
  • Tomato sos 3 sudu besar
  • Cili sos 2 sudu besar
  • Plum sos 2 sudu besar
  • Lemon jus 1 sudu besar

Langkah-Langkah Penyediaan (Kuah Masam Manis)

  1. Tumis bawang putih dengan minyak panas didalam kuali
  2. Letakkan bawang besar dan lada benggala goreng bersama.
  3. Kemudian, tuangkan semua sos, masak hingga mendidih.
  4. Akhirnya, letakkan lemon jus, nenas dan kacau rata

Langkah-Langkah Penyediaan (Ikan)

  1. Campurkan semua bahan celup tepung ikan. Gaul dan kacau sebati.
  2. Celup ikan ke dalam tepung dan goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan.
  3. Letakkan di tepi selepas menggoreng.
  4. Sediakan kuah masam manis dan masukkan ikan yang sudah digoreng awal-awal tadi.
  5. Gaul dan kacau ikan sehingga salut semua sos dan tambah sikit air menjadi lebih berkuah.
  6. Siap dan boleh dihidangkan.

Hidangan ini boleh dinikmati bersama nasi panas sebagai menu lauk utama yang sesuai dimakan pada bila-bila masa dan di mana juga.

Selamat mencuba!

SUMBER

thewoksoflife.com/sweet-sour-fish-fillet/

https://www.foodelicacy.com/sweet-and-sour-fish/

https://omnivorescookbook.com/sweet-and-sour-fish/

error: Content is protected !!