Now Reading
Inanam: 7 Tempat Menarik Di Inanam Dan Sekitarnya

Inanam: 7 Tempat Menarik Di Inanam Dan Sekitarnya

Inanam

Apa yang anda bayangkan kalau sebut sahaja Inanam? Mesti perkara pertama yang tergambar di fikiran adalah Mari Mari-Mari Cultural village bukan? Jangan hentikan imaginasi anda di situ sahaja, kerana sebenarnya sangat banyak tarikan lain yang sangat best untuk dilawati di sekitar kawasan ini.

Dari tarikan Kampung Budaya Mari-Mari yang menjadi pusat pelbagai entik di Sabah hinggalah kepada tarikan yang dapat memacu adrenalin anda di Zip Borneo, Inanam adalah sebuah destinasi eksotik yang wajib dilawati walau sekali dalam seumur hidup!

Percayalah, semangat anda untuk menjadikan Inanam sebagai destinasi pilihan untuk percutian akan datang akan semakin berkobar-kobar sebaik membaca senarai tempat menarik di Inanam ini. Nak tahu di mana? Teruskan membaca.

Mari-Mari Cultural Village

Apa gunanya melancong ke negeri lain kalau tak cuba mengenali pelbagai etnik dan budaya di tempat tu? Untuk tujuan ni, anda boleh membuka langkah kaki ke Mari-Mari Cultural Village.

Di sinilah bermacam etnik tradisional Sabah dapat anda kenali dengan lebih dekat di dalam rumah-rumah tradisional mereka.

Mari Mari Cultural Village Half Day Tour, Sabah, Malaysia - Klook Malaysia

Anda sekeluarga dapat melihat budaya masyarakat yang banyak mengerjakan sawah padi Kadazan-Dusun, penduduk rumah panjang etnik Rungus, masyarakat pemburu dan nelayan Lundayeh, ‘koboi’ serta orang laut etnik Bajau, dan pemburu kepala manusia pada suatu ketika dulu, etnik Murut.

Antara aktiviti yang dapat anda lakukan di sini adalah belajar untuk menghidupkan api tanpa lighter, melihat demonstrasi pembuatan tali, lantai, jus pandan dan banyak lagi!

Signal Hill Observatory Platform

Signal Hill Observatory Platform adalah sebuah ruang pemerhatian yang berbentuk seperti piring UFO yang terletak di puncak tertinggi bandar ini. Sekiranya anda sekeluarga ke sini, pemandangan yang meluas sekitar bandar daripada perspektif burung yang terbang tinggi dapat dilihat dengan sepuas hati.

Untuk menuju ke sini, anda boleh mendaki hingga ke puncak bukit ataupun menaiki teksi. Waktu terbaik untuk menikmati pemandangan dari sini adalah pada ketika matahari terbenam, keindahannya sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Entree Kibbles: Signal Hill Observatory Tower / Platform & the Signal Hill  Jungle Trek Trail @ Kota Kinabalu [Sabah]

Double Six Monumen

Double Six Monumen merupakan kawasan memorial yang dibina bagi mengingati tragedi buruk yang berlaku pada 6 Jun 1976. Tragedi yang mengejutkan negara ini telah mengambil nyawa pemimpin-pemimpin besar Sabah, Ketua Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens beserta enam menteri lain.

Double Six Monument - Wikipedia

Zip Borneo

Dah berjalan ke sana ke mari di sekitar Inanam, tapi tak tahu kenapa masih rasa tak puas hati, kemungkinan ubatnya adalah dengan melakukan aktiviti yang ditawarkan di Zip Borneo!

Di sini anda dapat menikmati keindahan yang ditawarkan di sekitar Inanam sambil melakukan aktiviti lasak yang akan memacu adrenalin anda!

Antara aktiviti yang ditawarkan di sini adalah flying fox merentasi Sungai Kiulu, abseiling, wall climbing, berkayak, berkhemah dan lain-lain lagi. Anda boleh memilih aktiviti apa yang ingin dilakukan melalui pakej-pakej yang ditawarkan.

Zip Borneo – 360° Of Adventure!

Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve

Tak puas dengan hanya melihat fauna yang terdapat di zoo, anda boleh ke Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve untuk menikmati keindahan alam semula jadi flora dan fauna yang sebenar ditawarkan negeri Sabah.

Hutan simpan yang diuruskan oleh Shangri-La Rasa Ria Resort dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah ini berkeluasan 64 ekar dengan puncak tertinggi yang berketinggian 95 meter dari paras laut.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain meredah hutan adalah memerhati burung, melihat orang utan dan menderma untuk membantu penjagaan orang utan di sini. Anda sekeluarga boleh melihat orang utan diberi makan 2 kali sehari setiap hari pada pukul 10.00 pagi dan 2 petang.

Anda juga boleh menjadikan mana-mana orang utan yang terdapat di sini sebagai ‘keluarga angkat’ dalam ‘Foster an Orang Utan Programme’ yang mana anda boleh menderma untuk menampung kebajikan mana-mana orang utan buat masa setahun.

Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu - 2021 Reviews, Pictures  & Deals

Perdana Park

Tercari lokasi best untuk chill di waktu malam semasa di Inanam? Anda sekeluarga boleh melawat Perdana Park. Sekiranya anda ke taman ini bermula dari pukul 7 malam, anda bakal dikejutkan dengan pemandangan yang cukup mencuri hati iaitu pancuran air yang penuh warna-warni sambil diiringi dengan irama lagu.

Persembahan percuma ini berlangsung selama 15 minit sebelum diulangi semula setiap 30 minit kemudian sehingga pukul 9 malam.

Selain menikmati keindahan pancuran air, anda juga boleh menjadikan Perdana Park sebagai tempat untuk berjogging. Bila perut berbunyi, anda boleh bergerak menuju ke Pantai Tanjung Aru yang tidak jauh dari sini untuk menjamu selera.

Perdana Park di bandar Kota Kinabalu

Bukan hanya di Penang, berhampiran Inanam juga ada lokasi seni jalanannya! Street Art Grafitti Gallery merupakan kawasan di mana grafiti dilukiskan pada sisa bangunan kolonial British yang dibina antara tahun 1918 ke 1920.

Bangunan ini sebenarnya terselamat daripada kemusnahan yang banyak berlaku ketika Perang Dunia Kedua, namun begitu, sebuah kebakaran besar telah terjadi kepada bangunan ini pada tahun 1992 yang hanya meninggalkan tapak dan tiang-tiangnya.

Apa yang tertinggal daripada bangunan tua ini telah dijadikan kanvas mereka-mereka yang dianugerahkan kreativiti dan ada juga yang sekadar merosakkan.

Pada sekilas pandangan, anda pasti akan terfikir yang ini mungkin hanyalah kawasan grafiti yang tiada makna, kosong dan penuh dengan vandalisme, namun bila didekati, sebenarnya banyak sebenarnya grafiti yang cukup mempesonakan dan profesional hasilnya!

mydogsighs on Instagram | Street art, Street art graffiti, Mural art

Tak kisahlah di mana pun anda memilih untuk menginap, diharapkan percutian anda di Inanam akan menjadi antara memori terindah yang tercipta bersama keluarga. Sediakan stamina yang mantap sebelum ke sini ya?

Banyak sekali tempat menarik di Inanam dan kawasan sekitarnya untuk dilawati dan aktiviti untuk dicuba! Dari aktiviti lasak seperti flying fox hinggalah kepada penerokaan flora dan faunanya, Inanam bukanlah destinasi percutian yang biasa.

Sumber:

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kota-kinabalu/

https://www.percutianbajet.com/sabah/senarai-tempat-menarik-di-kota-kinabalu

https://www.xploresabah.com/tempat-menarik-di-inanam/

error: Content is protected !!