Now Reading
Individu Asimptomatik COVID-19 Berisiko Meningkatkan Penyebaran Coronavirus

Individu Asimptomatik COVID-19 Berisiko Meningkatkan Penyebaran Coronavirus

individu asimptomatik COVID-19

Bagi setiap individu yang diuji positif COVID-19, terdapat segelintir individu asimptomatik COVID-19 yang tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti.

Menurut kajian yang baru dijalankan, di China, setiap individu yang disahkan positif COVID-19, dijangka terdapat 5 hingga 8 orang lagi individu asimptomatik COVID-19 yang tidak tahu mereka dijangkiti virus tersebut. Apa yang lebih membimbangkan adalah kes-kes yang tidak direkod sebegini berisiko menyebabkan kes-kes yang lebih teruk.

Sedang dunia terus berjuang menangani Coronavirus, bilangan kes COVID-19 masih meningkat dari hari ke hari. Namun begitu, kes-kes dasar yang tidak direkod adalah lebih berbahaya kerana ia mungkin dipacu oleh individu asimptomatik COVID-19.

Untuk mengenalpasti seberapa banyak kes-kes COVID-19 yang tidak dilaporkan, sekumpulan penyelidik dari 5 insititusi di seluruh dunia meneliti jumlah kes awal COVID-19 dari China, tempat bermulanya penyebaran Coronavirus.

Dalam kajian baru itu, para penyelidik telah mencipta model matematik yang menganalisis bilangan manusia yang dijangkiti dari 375 buah bandar di China. Sambil merujuk kepada maklumat dari tahun 2018, model mereka termasuk tempoh dan jarak pemindahan virus bagi individu yang melibatkan diri dalam Festival Musim Bunga di negara tersebut, yang bermula pada 10 Januari.  Kemudian, mereka meniru semula pemerhatian antara 10 Januari hingga 23 Januari dalam tahun ini sebelum China menyekat perjalanan ke negara tersebut.

Berdasarkan model itu, sewaktu tempoh tersebut, China mungkin mempunyai 86% kes COVID19 berbanding apa yang dilaporkan secara rasmi oleh negara tebabit. Kes-kes yang tidak dilaporkan ini berkemungkinan menjangkiti individu lain sama seperti kes-kes yang telah direkod.

Sebahagian daripada sebabnya adalah individu dengan kes yang ringan atau asimptomatik cenderung mempunyai jumlah virus yang rendah dalam badan mereka. Walau bagaimanapun, kajian yang lain mendapati bahawa Coronavirus mungkin sangat berjangkit apabila simptom dialami seseorang adalah sangat ringan. Malah, individu-individu ini kurang bersin dan batuk berbanding individu yang lebih terjejas dengan COVID-19.

Namun, hasil tersebut mungkin disebabkan banyak kes yang tidak dilaporkan dan individu asimptomatik COVID-19 ini merupakan sumber jangkitan kepada 79% individu lain yang direkodkan dengan COVID-19 sebelum 23 Januari. Di samping itu, virus ini berupaya untuk merebak melalui udara dan juga apabila bercakap dengan individu yang dijangkiti. Malah, ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan pada permukaan yang dicemari oleh individu yang dijangkiti.

Ini bermakna, pakar perubatan profesional yang menjaga pesakit-pesakit COVID-19 turut mempunyai risiko menyebarkan Coronavirus, terutamanya jika mereka tidak memakai peralatan perlindungan yang mencukupi. Tidak mengira siapa individu tersebut, kes individu asimptomatik COVID-19 boleh berjangkit.

Bilangan kes-kes yang tidak dilaporkan mungkin berbeza dari satu negara ke negara lain, oleh kerana setiap negara mempunyai kapasiti ujian yang berbeza. Kajian baru yang dijalankan di atas adalah terhad kepada negara China, jadi ia mungkin tidak boleh digunapakai untuk negara lain. Jika kes-kes ringan atau asimptomatik COVID-19 diambil kira, kadar kematian mungkin lebih rendah.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat daripada seorang pakar yang lain, hasil kajian baru yang dijalankan tersebut mungkin agak berlebihan dalam menyatakan jumlah kes asimptomatik di China. Ini kerana terdapat kajian-kajian lain yang menunjukkan bilangan individu asimptomatik COVID-19 di China berada dalam peratusan yang rendah. Jadi, mungkin kajian baru tersebut meletakkan semua individu yang tidak diuji dalam kategori asimptomatik.

Penularan melalui individu asimptomatik COVID-19 di seluruh negara adalah tidak mustahil. Namun, dengan penambahan dan penambahbaikan ujian saringan COVID-19, individu asimptomatik COVID-19 pasti dapat dikenalpasti.

Dalam pada itu, penjarakan sosial didapati berkesan dalam mengekang penularan virus ini. Oleh itu, apa yang penting pada saat ini setiap individu perlu sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan negara masing-masing dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

SUMBER

https://theconversation.com/can-people-spread-the-coronavirus-if-they-dont-have-symptoms-5-questions-answered-about-asymptomatic-covid-19-140531

https://www.cnet.com/health/can-asymptomatic-people-spread-coronavirus

error: Content is protected !!