Now Reading
Jangkitan saluran kencing pada kanak-kanak (UTI) – Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Langkah Pencegahan

Jangkitan saluran kencing pada kanak-kanak (UTI) – Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Langkah Pencegahan

UTI pada kanak-kanak

Kanak-kanak banyak menghadapi penyakit semasa tahun-tahun pertama kehidupan mereka. Selesema dan jangkitan pernafasan merupakan antara penyakit yang biasa berlaku bagi golongan ini. Namun begitu, kanak-kanak boleh mendapat jangkitan saluran kencing (UTI) seperti golongan dewasa. Sebanyak 8% kanak-kanak perempuan dan 2% kanak lelaki boleh dijangkiti UTI ini sewaktu berumur lima tahun.

Kadangkala gejala jangkitan ini sukar ditemui pada kanak-kanak. Justeru itu, amat penting bagi ibu bapa bagi mendapatkan rawatan bagi anak mereka kerana UTI boleh berkembang menjadi jangkitan buah pinggan yang lebih serius. Dengan rawatan yang betul, anak anda boleh merasa lebih baik dalam beberapa hari sahaja.

 

Bagaimanakah kanak-kanak boleh menjangkiti UTI?

Ia boleh berlaku apabila bakteria daripada kulit atau najis mereka masuk ke dalam saluran kencing dan mula membiak. Kuman buruk boleh menyebabkan jangkitan di mana-mana kawasan dalam saluran kencing seperti:

  • Buah pinggang yang menapis bahan buangan dan air tambahan daripada darah untuk mengeluarkan air kencing. Jangkitan pada buah pinggang dipanggil pyelonephritis.
  • Ureter yang menghantar air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing.
  • Pundi kencing yang menyimpan air kencing. Jangkitan pada pundi kencing dikenali sebagai cystitis.
  • Uretra yang mengosongkan air kencing dari pundi kencing untuk keluar daripada badan.

‘Kebanyakan gadis lebih cenderung mendapat UTI berbanding lelaki kerana uretra mereka lebih pendek. Jadi, bakteria dari usus besar boleh memasuki vagina atau uretra mereka dengan lebih mudah.

Sesetengah kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan pundi kencing atau buah pinggang lebih cenderung untuk mendapat UTI. Penyempitan pada saluran kencing boleh menghalang pengaliran air kencing dan membolehkan kuman untuk membiak. Satu keadaan yang dipanggil vesicoureteral reflux (UR) boleh menyebabkan air kencing boleh memasuki pundi kencing dan buah pinggang. 

 

Simptom Jangkitan pada saluran kencing

Jangkitan pada saluran kencing selalunya tidak memberikan sebarang tanda gejala, tetapi sekiranya ia berlaku, mereka kelihatan seperti berikut:

Keinginan yang kuat dan gigih untuk kencing

• Terasa dalam kepanasan semasa kencing

• Keinginan untuk kencing yang berterusan tetapi sedikit

Air kencing yang kelihatan berbuih

• Air kencing yang kelihatan merah, berwarna merah jambu atau warna cola yang menunjukkan tanda darah dalam air kencing

• Air kencing yang berbau kuat

 

Faktor Risiko Jangkitan saluran kencing 

  • Anatomi wanita – Wanita mempunyai uretra yang lebih pendek berbanding lelaki yang membuatkan jarak yang harus dilalui oleh bakteria untuk mencapai pundi kencing lebih pendek.
  • Saluran kencing yang tidak normal – Bayi yang lahir dengan kaeadaan ini boleh menyebabkan saluran kencingnya tidak membenarkan air kencing meninggalkan badan secara normal dan menyebabkan air kencing terperangkap di uretra. Ini dapat meningkatkan risiko bayi itu untuk mendapat penyakit UTI.
  • Penyekatan pada saluran kencingBatu karang atau prostat yang besar boleh memerangkap air kencing di pundi kencing dan seterusnya meningkatkan risiko UTI.
  • Penurunan sistem imun badan – Diabetes dan penyakit lain boleh menjejaskan sistem imun iaitu ketahanan badan terhadap kuman dan boleh meningkatkan risiko UTI.
  • Penggunaan kateter – Individu yang tidak dapat kencing dengan sendirinya dan menggunakan tiub (kateter) untuk kencing mengalami risiko UTI yang lebih tinggi. Ini termasuklah mereka yang dimasukkan ke hospital, orang yang mempunyai masalah neurologi yang menyebabkan mereka sukar untuk mengawal kemampuan mereka untuk kencing serta orang yang lumpuh.
  • Prosedur berkaitan air kencing – Pembedahan berkaitan air kencing atau pemeriksaan saluran kencing yang melibatkan instrumen perubatan boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan pada saluran kencing.

 

Diagnosis Jangkitan saluran kencing

Sekiranya anak anda mengalami gejala UTI, berjumpalah dengan pakar pediatrik. Doktor akan mengambil sampel air kencing dan mengujinya dengan bakteria. Doktor boleh mengumpul air kencing dalam beberapa cara seperti:

• Kanak-kanak yang lebih tua boleh menyimpan air kencing mereka di dalam cawan dan digelar sebagai tangkapan bersih.

• Kanak-kanak lebih muda yang tidak terlatih akan diberi beg plastik yang diletakkan atas alat kelamin mereka untuk mengumpul air • kencing.

• Kanak-kanak yang memakai lampin boleh menggunakan tiub (kateter) yang dimasukkan ke dalam uretra dan pundi kencing mereka untuk mengumpul air kencing.

• Bayi bayi, doktor boleh meletakkan jarum ke dalam pundi kencing melalui perut bagi mendapatkan sampel air kencing.

 

Langkah Pencegahan Jangkitan saluran kencing

Tukar lampin bayi anda dengan kerap untuk mencegah pembiakan bakteria. Apabila anak anda semakin membesar, ajarkan peraturan-peraturan tandas yang betul untuk mencegah UTI. Ajarkan anak gadis anda untuk mengelap dari depan ke belakang. Ini dapat membantu mencegah bakteria dalam najis untuk memasuki vagina dan saluran kencing mereka. Galakkan anak-anak anda untuk pergi ke tandas dengan segera sekiranya merasa ingin kencing dan tidak menahan semasa itu.

Anak gadis anda harus elakkan mandian buah dan jangan gunakan sabun yang wangi. Mereka juga harus memakai seluar berasaskan kapas dan bukannya nilon bagi meningkatkan pengaliran udara dan mencegah pertumbuhan bakteria.

Beri anak anda minum banyak air bagi membantu membasmi keluar bakteria melalui saluran kencing. Minum air yang banyak juga boleh menghalang keadaan sembelit yang boleh menyebabkan penyumbatan dalam saluran kencing yang seterusnya membolehkan perkembangan bakteria.

SUMBER

https://kidshealth.org/en/parents/urinary.html

https://www.webmd.com/children/if-your-child-gets-a-uti

https://emedicine.medscape.com/article/969643-overview

https://www.healthline.com/health/urinary-tract-infection-children

error: Content is protected !!