Sebelum ini segala urusan berkaitan hendaklah dilakukan di mana-mana pejabat PTPTN yang berhampiran. Namun sekarang, anda tidak perlu keluar rumah untuk pergi ke kaunter sebab dah boleh buat semakan baki online sahaja. Kini penyata PTPTN online boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi . Mudahkan?
Cara Buat Semakan Baki PTPTN Online
Pada penyata online anda akan dipaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang anda telah selesaikan.
Jadi sekarang kita dah boleh check baki pada bila-bila masa sahaja dan tak perlu lagi nak keluar untuk berurusan dengan pihak PTPTN.
Langkah-langkah Mengakses Portal PTPTN Dan Membuat Semakan Baki PTPTN Online.
Untuk mengakses ke portal, anda hendaklah menuju ke https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’. Ataupun anda juga boleh terus mengakses ke Semakan Pinjaman melalui link berikut https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
Disini anda wajib mengisikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang kosong tersebut agar semakan dapat dilakukan. Kemudian klik pada pilihan butang ‘Semak’ untuk proses seterusnya.
Seterusnya anda dikehendaki untuk masukkan kata laluan.
Sekiranya anda terlupa, anda boleh klik pada pilihan butang ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.
Jika anda adalah pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN* bagi mendapatkan kata laluan.
*Anda juga mempunyai pilihan untuk menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mendapat respon yang pantas.
Semak Penyata
Semakan baki akan Terpapar dalam 2 pilihan melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’. Sekiranya anda telah Berjaya proses di atas.
- Penyata Baki akan memaparkan transaksi secara ringkas
- Penyata Baki Terperinci akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci
Kedua-dua penyata ini boleh dicetak untuk tujuan rasmi dengan klik pada butang ‘Cetak’.
Cara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai lagi perkhidmatan online yang boleh diakses oleh peminjam selain membuat semakan baki online. Terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam sekiranya peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik iaitu:
- Peminjam oleh memohon Penangguhan bayaran balik
- Peminjam juga mempunyai pilihan untuk memohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan
i) Memohon Penangguhan PTPTN
Permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN boleh dilakukan atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan, menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Borang permohonan penangguhan boleh rujuk di Portal Rasmi
- Surat permohonan rasmi penangguhan
- Salinan surat tawaran pengajian.
- Salinan surat tawaran penaja baru.
- Jika peminjam mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN ataupun peminjam melanjutkan pengajian ke luar negara
- Jika tarikh tamat pengajian tiada dalam surat tawaran, peminjam perlu menyediakan surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT
- Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).
Nota:Anda perlu pastikan dokumen anda lengkap kerana hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Tambahan lagi kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
ii) Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Balik PTPTN
Bagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.
Penjadualan merupakan kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Penstrukturan pula adalah kaedah untuk peminjam mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Untuk makluman dengan memperkenalkan kaedah ini tempoh bayaran balik peminjam boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
Membuat Pinjaman Baru
Sekiranya anda ingin membuat pinjaman baru dengan PTPTN sila layari : https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register
Anda hendaklah lengkapkan segala ruangan yang disediakan pada borang tersebut.
Selesai melengkapkan borang, anda perlu klik pada butang daftar dan ikuti langkah-langkah seterusnya.
Maklumat Tambahan!
Perlu Tunggu Notis Bayaran Sebelum Membayar PTPTN?
Tidak. Peminjam tidak perlu menunggu notis daripada pihak PTPTN untuk memulakan pembayaran. Bayaran lebih awal adalah lebih baik kerana kos upah tidak akan dikenakan.
Bila Tarikh Akhir Bayaran Setiap Bulan?
Bayaran perlulah diselesaikan sebelum 27 haribulan bagi memudahkan pembayaran anda dikemaskini pada bulan yang sama anda membayar.
Sekiranya pembayaran yang dibuat selepas 27 haribulan, data bayaran tersenut akan dikemaskini pada bulan hadapan. Tetapi sekiranya bayaran dibuat terus di kaunter ianya akan dikemaskini pada hari yang sama.
Bayaran Kurang Dari Ansuran Bulanan
Peminjam hendaklah membayar ansuran dengan jumlah yang tepat bagi mengelakkan tunggakan anda bertambah. Contoh situasi: Bayaran ansuran bulanan adalah RM150, peminjam hanya membayar RM140 maka tunggakan akan bertambah. Tindakan ini salah dan boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil.
Cadangan untuk peminjam adalah dengan membuat penstrukturan semula bayaran pinjaman jika anda tidak dapat membayar jumlah yang ditetapkan. Anda perlulah hadir ke pejabat PTPTN dan berbincang jumlah bayaran yang anda mampu bersama pegawai terbabit.
Bayaran Lebih Daripada Ansuran Bulanan
Pihak PTPTN sangat menggalakkan peminjam membayar lebih daripada ansuran bulanan yang ditetapkan bagi memastikan hutang anda selesai dengan lebih cepat. Selain itu, Tindakan ini mampu mengelakkan kos upah yang dikenakan PTPTN.
Bagaimana Cara Bayar PTPTN?
Bayaran boleh dilakukan dengan pelbagai medium. PTPTN telah mewujudkan kaedah bayaran balik yang pelbagai. Ianya boleh dilakukan hanya secara online atau hadir ke kaunter.
Pembayaran Penuh PTPTN
Anda boleh lakukan pembayaran penuh secara habis hutang dengan hadir ke kaunter atau lakukan secara online. Anda bagaimanapun hendaklah memaklumkan kepada pihak berkenaan bagi membolehkan mereka mengeluarkan surat pelepasan hutang (PSH)
Bayaran Dengan Autodebit
Bayaran autodebit sangat disarankan kerana ianya lebih mudah. Anda tidak perlu berasa gusar dan ragu-ragu jika terlepas untuk membayar kerana bayaran akan terus ditolak dari akaun peribadi anda
Bayaran Secara Potongan Gaji
Permohonan bagi pembayaran potongan gaji hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Permohonan bayaran pinjaman PTPTN secara potongan gaji boleh dilakukan dengan melayari pautan ini.
Mohon Pengecualian Bayaran Untuk Ijazah Pertama
Sekiranya peminjam Berjaya mendapatkan Ijazah Kelas Pertama, peminjam tidak perlu lagi membuat bayaran hutang.
Semakan Refund Lebihan Bayaran
Berita baik bagi anda . Anda boleh menyemak lebihan bayaran sekiranya anda ada terlebih bayar. Mungkin peminjam tidak sedar telah membayar lebih pinjaman maka pihak PTPTN akan memberikan refund/ pemulangan semula lebihan bayaran.
Itulah dia sedikit sebanyak info berkaitan dengan semakan PTPTN. Semoga bermanfaat!
SUMBER:
https://ecentral.my/semakan-baki-ptptn-online/
https://portalsemakan.com/login-ptptn/#Permohonan_Pinjaman_PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/kaunter-side