Konsep Alam Melayu, sebuah rantau politik dan ekonomi yang strategik sejak pra-sejarah lagi. Secara geografi, dikenali sebagai Nusantara.
Lokasinya adalah di tengah-tengah kawasan tamadun awal manusia yang membuatkan rantai ini penting. Di Timur, berdirinya Tamadun Hwang Ho yang telah membina pelbagai kemajuan.

Sementara di Barat, munculnya Mohenjo-Daro, Harappa, Mesopotamia dan Babylon, Nil dan Yunan. Kesemua ini menjadikan Alam Melayu penghubung utama buat kedua belah tamadun.
Laluan ekonomi utama Alam Melayu terletak di Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Cina Selatan yang membenarkan komunikasi perdagangan antarabangsa yang lebih berkesan untuk berlaku.
Konsep Melayu
Perkataan Melayu menjadi bahan perdebatan antara sarjana tentang asal-usulnya. Dari sudut akademik, seorang sejarawan Cina telah menulis buat kali pertamanya perkataan Melayu sebagai “Mo-lo-yue” pada 644SM.
Seorang lagi sarjana mendakwa bahawa asalnya dari perkataan “Himalaya”, sebuah tempat bersalji. Tetapi majoriti lebih bersetuju dengan pendapat ianya berasal dari perkataan Jawa; “Mlayu’, dengan terjemahan berlari atau mengembara.
Terjemahan ini menurut manusia dari Yunan ialah pergerakan ke Nusantara beribu tahun dahulu. Sangkaan lain pula ialah “Melayur” yang memegang definisi bukit atau tanah tinggi dan “Malaya” di dalam Tamil yang bermaksud hujan.
Istilah Melayu ditakrifkan sebagai bahasa Austranesia yang menetap di Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Melayu. Ia merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina sampai ke Madagaskar.
Kebiasaannya, ini tetrakluk kepada mereka yang boleh berbahasa Melayu, mengadaptasikan budaya Melayu dan menetap di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu.
Di dalam konteks Bahasa Melayu yang sempit, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan masyarakat Melayu sebagai individu yang berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan menganut agama Islam.
Daerah Alam Melayu
Dr. Burhanuddin al-Helmy berkata kesemua Gugusan Kepulauan Melayu termasuk Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina merupakan Daerah Melayu. Daerah-dearah ini terasing pada hari ini disebabkan oleh penjajah. Terdapat satu petikan disebut dalam Encyclopedia Britannica Vol. 14.
“The Malay Archipelago, also known as Malaysian and East Indies contain the largest group of island in the world consisting of more 3,000 islands of Indonesia and 7,000 islands and unmade rocks of Philippines group. The New Guinea island arbitrary included in the Malay Archipelago.”
Kawasan rumpun Melayu adalah merangkumi seluruh Negara Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Malaysia. Sedang di Thailand, Wilayah Melayu adalah seluruh Semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di Selatan Bangkok. Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk kawasan Melayu.
Di Utara, ia bermula di Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi dan Farmosa di Laut China, termasuk Indo-China hingga ke Kepulauan Solomon di Selatan.
Dari Barat pula ia bermula di Madagaskar hingga ke Fiji. Kawasan kepulauan terbesar di dunia di Tenggara Asia inilah yang dinamakan rumpun Melayu dan menjadi kawasan kehidupan bagi orang Melayu.
Agama Bangsa Melayu
Berlandaskan agama sebagai asas kepada budaya, bangsa Melayu menganuti beberapa jenis agama, sebelum mula menerima Islam. Dua agama utama yang dianuti oleh mereka ialah Hindu dan Buddha, hasil dari perhubungan politik dan ekonomi bersama India.
Selain itu, bangsa Melayu juga menganuti agama Animisme dan Majusi. Pada peringkat awal, mereka menganut agama Hindu secara rasmi sehinggalah Raja Asoka (304 – 232SM), seorang penganut Buddha yang ambil alih India, lalu bangsa Melayu mula menganut Buddha.
Sheikh Safiyuddin di dalam Tarikh Fathani ada menyebut bangsa Melayu menerima banyak pengaruh dari kepercayaan orang Persia dan Majusi. Walau bagaimanapun, pengaruh Arab-Islam telah wujud di Sumatra sebelum tertubuhnya Kesultanan Perak.
Ianya merupakan kerajaan Islam pertama pada 840SM. Berikutnya, Islam mula berkembang dan diterima dengan aman pada 16SM, Alam Melayu bertukar kepada Wilayah Islam, terutama sekali dengan kemunculan Kerajaan-kerajaan Islam di serata Nusantara.
Antara Kerajaan Islam yang terpenting di Nusantara:
- Melaka (1400 – 1511SM)
- Johor-Riau-Lingga (1511 – 1857SM)
- Demak (1475 1554SM)
- Mataram (1587 -1755SM)
- Aceh (1496 – 1903SM)
Konsep Civilization: Asal Usul Istilah
Tamadun merujuk kepada “perkotaan” manakala peradaban pula merujuk kepada “adab” atau “civilized”. Menurut seorang ahli antropologi, Adam Kuper, istilah tersebut berasal dari Perancis dan digunakan oleh orang Perancis.
Konsep civilization semasa peringkat awal kelahirannya, berkait rapat dengan proses pembuatan undang-undang, kehakimam, keteraturan, organisasi polis atau peradaban secara umum, menjadi karakter utama dari kelompok beradab, berlawanan dengan keadaan ganas dan liar.
Unsur-Unsur Asas Peradaban
Melko menyatakan peradaban ialah budaya tinggi dan kompleks, yang lazimnya membezakan budaya sederhana di dalam amalan pertanian dalam jumlah besar dan penternakan haiwan. Peralatan logam yang sudah maju dan roda digunakan untuk pengangkutan.
Perkembangan ekonomi ini memungkinkan masyarakat untuk keluarkan lebihan makanan dan keperluan lain.
Lain pula dengan Huntington. Beliau mendakwa bahawa manusia belajar bertani, menetap di dalam komuniti yang kekal, membangunkan satu bentuk pemerintahan yang teratur, juga kebolehan dalam seni menulis secara umum.
Konsep Alam Melayu merupakan salah satu cara untuk kita cakna dengan lebih mendalam tentang sejarah sebagai masyarakat Melayu. Sejauh manakah perkembangan dan evolusi kepada komuniti dan masa hadapan yang lebih baik.
Ada banyak lagi perkara atau sejarah yang boleh dicungkil dari Konsep Alam Melayu, ini hanyalah sekadar permulaan untuk menarik minat anda. Siapa sangka sejarah boleh jadi seronok sebegini? Saya pun tidak sangka, tapi info baru yang sangat menarik ya. Selamat belajar benda baru!
Sumber:
https://harakahdaily.net/index.php/2018/06/16/konsep-alam-melayu/