Now Reading
Inguinal Hernia – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Inguinal Hernia – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Inguinal hernia

Inguinal hernia berlaku apabila tisu seperti bahagian usus menonjol melalui titik lemah pada otot perut. Gelembung yang dihasilkan boleh jadi menyakitkan, terutama ketika anda batuk, membongkok atau mengangkat benda berat.

Namun begitu, keadaan ini tidak semestinya berbahaya. Walau bagaimanapun, ia tidak bertambah baik dengan sendiri dan boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa. Doktor mungkin akan mengesyorkan anda melakukan pembedahan untuk memperbaiki masalah yang menyakitkan atau membesar. Pembaikan inguinal hernia adalah prosedur pembedahan yang biasa.

Simptom Inguinal Hernia

Inguinal hernia adalah paling ketara dengan penampilannya. Ia menyebabkan benjolan di sepanjang kawasan kemaluan atau pangkal paha yang sepertinya bertambah besar ketika anda berdiri atau batuk. Jenis hernia ini mungkin menyakitkan atau sensitif terhadap sentuhan.

Gejala lain mungkin termasuk:

  • sakit ketika batuk, bersenam atau membongkok
  • sensasi terbakar
  • sakit yang tajam
  • sensasi berat atau penuh di pangkal paha
  • pembengkakan skrotum pada lelaki

Punca Inguinal Hernia

Kawasan yang lemah pada otot dan tisu penghubung dinding perut bawah di saluran inguinal membolehkan inguinal hernia berkembang. Hernia boleh terbentuk dengan cara yang berbeza, serta menyebabkan dua jenis hernia.

Seterusnya, jenis yang tidak langsung berkaitan dengan kecacatan pada dinding perut bawah yang ada semasa kelahiran. Pada janin yang sedang berkembang, saluran inguinal mempunyai bukaan di dalam perut yang biasanya ditutup sebelum kelahiran. Dalam beberapa kes, satu atau dua bukaan ini kekal  terbuka.

Jadi, kandungan perut boleh terjojol melalui bukaan ini, dan menyebabkan hernia. Walaupun kecacatan itu wujud semasa kelahiran, keadaan hernia ini secara tidak langsung mungkin tidak berlaku sehingga bertahun-tahun kemudian.

Di samping itu, inguinal hernia secara langsung pula berkaitan dengan kawasan lemah di dinding saluran inguinal yang berkembang di kemudian hari. Kandungan perut boleh terjojol keluar melalui kawasan yang lemah ini, serta menyebabkan hernia. Jenis hernia ini terutama berlaku pada individu lelaki. Wanita dan kanak-kanak jarang menghidap hernia jenis ini.

Para penyelidik sedang mengkaji faktor-faktor lain yang mungkin berperanan dalam menyebabkan hernia ini. Faktor-faktor ini merangkumi

  • tisu penghubung yang lebih lemah daripada biasa atau gangguan tisu penghubung
  • gen yang meningkatkan risiko inguinal hernia
  • keadaan kesihatan yang menyebabkan peningkatan tekanan di dalam perut, seperti batuk kronik atau sembelit kronik
  • aktiviti biasa atau berulang yang menyebabkan peningkatan tekanan di dalam perut, seperti mengangkat berat, berdiri atau berjalan selama berjam-jam setiap hari di tempat kerja

Diagnosis Inguinal Hernia

Doktor biasanya dapat mendiagnosis keadaan ini semasa membuat pemeriksaan fizikal. Semasa pemeriksaan, doktor akan meminta anda batuk ketika berdiri agar mereka dapat memeriksa hernia ketika ia paling ketara.

Jika ia boleh dikurangkan, anda atau doktor anda seharusnya dapat mendorong inguinal hernia ke perut anda dengan mudah ketika anda berbaring. Walau bagaimanapun, jika ini tidak berjaya, anda mungkin mengalami inguina hernial yang ditahan atau seperti dicekik.

Faktor Risiko Inguinal Hernia

Hernia jenis ini lebih kerap berlaku pada kumpulan usia tertentu seperti:

  • Di kalangan orang dewasa, risiko mengalami inguinal hernia meningkat seiring pertambahan usia, ini paling sering terjadi pada individu berusia 75 hingga 80 tahun.
  • Di kalangan kanak-kanak, inguinal hernia paling kerap terjadi pada mereka yang berumur antara 0 hingga 5 tahun.
  • Di kalangan bayi, inguinal hernia lebih kerap terjadi pada bayi pramatang.

Selain itu, keadaan ini juga lebih kerap berlaku pada:

  • Individu lelaki, yang mana risiko individu lelaki adalah 8 hingga 10 kali ganda berbanding wanita untuk mengembangkan inguinal hernia
  • lelaki yang pernah menjalani prostatektomi
  • individu dengan sejarah keluarga inguinal hernia
  • individu yang mempunyai indeks jisim badan yang lebih rendah (BMI)
  • individu yang mengalami gangguan tisu penghubung

Rawatan Inguinal Hernia

Sebilangan besar penghidap inguinal hernia akan memerlukan pembedahan untuk memperbaiki masalah hernia. Terdapat beberapa jenis pembedahan seperti pembedahan hernia terbuka dan laparoskopi. Jenis pembedahan yang disyorkan oleh doktor mungkin bergantung pada faktor-faktor seperti ukuran hernia dan usia, tahap kesihatan dan sejarah perubatan anda.

Pembedahan hernia terbuka

Dalam pembedahan hernia terbuka, pakar bedah akan membuat potongan di pangkal paha anda untuk melihat dan memperbaiki hernia. Setelah memperbaiki hernia, pakar bedah biasanya menggunakan jahitan dan sehelai jaring (mesh) untuk menutup dinding perut. Jaring atau ‘mesh’ boleh menguatkan kawasan lemah di mana hernia berlaku. Dalam beberapa kes, pakar bedah boleh menggunakan jahitan sendiri untuk menutup dan menguatkan kawasan lemah di dinding perut.

Pesakit biasanya akan menerima anestesia tempatan dan ubat penenang untuk pembedahan hernia terbuka. Dalam beberapa kes, doktor mungkin memberi pesakit anestesia umum atau blok tulang belakang untuk membuatkan badan berasa kaku dari bahagian pinggang ke bawah.

Pembedahan hernia laparoskopi

Dalam pembedahan hernia laparoskopi, pakar bedah akan membuat beberapa potongan kecil di bahagian bawah perut anda dan memasukkan alat khas untuk melihat dan memperbaiki hernia. Pakar bedah akan menggunakan sekeping jaring (mesh) untuk menutup dan menguatkan dinding perut.

Pesakit paling kerap mendapat anestesia umum untuk pembedahan hernia laparoskopi. Masa pemulihan selepas pembedahan laparoskopi mungkin adalah lebih pendek berbanding pembedahan hernia terbuka.

Penantian berjaga-jaga

Penyelidikan menunjukkan bahawa individu lelaki dengan inguinal hernia yang menyebabkan sedikit atau tiada gejala mungkin dapat menunda pembedahan dengan selamat, iaitu melalui pendekatan yang disebut penantian berjaga-jaga. Lelaki yang menangguhkan pembedahan harus memerhatikan gejala dan berjumpa doktor secara berkala.

Kira-kira 70 peratus lelaki yang menangguhkan pembedahan akan mengalami gejala baru atau gejala memburuk serta memerlukan pembedahan dalam masa 5 tahun.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/inguinal-hernia/symptoms-causes/syc-20351547

https://www.healthline.com/health/inguinal-hernia#symptoms

https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/inguinal-hernia

error: Content is protected !!