Rawatan haba yang popular digunakan adalah pek pemanasan. Ia haruslah digunakan dalam keadaan kronik sahaja untuk membantu merehatkan dan melonggarkan tisu bagi merangsang aliran darah ke kawasan tersebut.
Pemanasan terhadap tisu dapat dilakukan dengan menggunakan pek pemanasan atau tuala basah yang panas. Semasa menggunakan rawatan haba, berhati-hatilah dengan menggunakan api yang sederhana untuk jangka masa yang singkat bagi mengelakkan luka terbakar. Jangan biarkan pembalut atau tuala panas dalam jangka masa yang lama atau semasa tidur. Pek pemanasan dihasilkan sekiranya tindak balas eksotermik berlaku kerana campuran garam dan air akan menyebabkan haba dilepaskan kerana proses ini akan menaikkan suhu kandungan dalam pek.
Mengapa pek pemanasan berguna?
Pemasan haba meningkatkan aliran darah ke kawasan untuk merangsang penyembuhan setelah berlaku kecederaan atau pembedahan. Kepanasan itu juga membantu mengurangkan kesakitan.
Bagaimanakah cara menggunakan pek pemanasan?
Anda boleh mendapatkan haba panas dengan pad pemanasan elektrik, botol air panas atau tekapan hangat. Kemudian, biarkan ia selama kira-kira 20 hingga 30 minit atau selama dan sekerap yang diarahkan. Sentiasa letakkan kain di antara kulit anda dan paket panas untuk mengelakkan luka bakar. Periksa kulit anda sekiranya berlaku perubahan warna atau lepuh kira-kira setiap 5 minit. Keluarkan ia jika anda melihat perubahan pada kulit anda.
3 cara untuk membuat pek pemanasan buatan sendiri:
Terdapat banyak kedai yang menjual alas pemanasan, tetapi ia lebih mudah dibuat di rumah. Untuk membuat pad pemanasan, gunakan:
1. Alas pinggan basah
Letakkan alas pinggan basah di dalam beg beku dan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro. Pastikan beg itu selamat dari gelombang mikro. Kemudian, balut pek pemanasan dalam tuala dan tekapkan di kawasan yang cedera selama 15-20 minit pada satu masa.
2. Tuala yang dipanaskan dengan ketuhar
Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat pemanas yang lebih. Pertama, letakkan tuala lembap yang telah dilipat di dalam ketuhar hingga 300°F (149°C). Biarkan tuala di dalam ketuhar selama 5-10 minit. Masa adalah bergantung kepada ketebalan tuala. Setelah suam, bungkus tuala dengan kain kering yang lebih nipis dan tekapkan di kawasan yang terkena selama 15-20 minit.
3. Sarung kaki lama
Anda boleh membuat pelindung pemanasan yang boleh digunakan semula dari kain atau sarung kaki lama. Anda juga boleh menggunakannya sebagai tekapan sejuk dengan membekukannya dan bukan dengan memanaskannya.
Ambil sarung kaki yang bersih dan isi dengan 3/4 penuh dengan nasi yang tidak dimasak, jagung atau oat. Ikat atau jahit untuk ditutup dan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro selama 1-2 minit.
Untuk mengelakkan luka bakar haruslah kerap menguji pek pemanasan di bahagian dalam lengan sebelum menakapnya ke kawasan yang terkena. Ia semestinya terasa hangat, tetapi tidak panas.
Bagaimana pek pemanasan berfungsi?
Haba yang panas dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi, otot, dan tisu lembut. Ini adalah bentuk terapi haba atau termoterapi.
Kepanasan tersebut akan meningkatkan pengaliran darah ke kawasan yang terjejas, di samping merehatkan otot dan membantu mengurangkan kekejangan pada sendi.
Termoterapi dapat membantu mengurangkan:
- sakit belakang
- sakit leher
- senggugut
- gejala migrain
- sakit akibat kecederaan
- sakit artritis
- Semasa proses penyembuhan, peningkatan peredaran darah membawa lebih banyak oksigen ke sel-sel yang cedera. Oksigen mempercepat penyembuhan tisu.
Pek pemanasan adalah kaedah termoterapi yang popular. Mandian air panas atau pancuran mandian panas juga boleh membantu. Jangan aplikasikan rawatan panas ini selepas aktiviti sukan dan jangan gunakan haba selepas kecederaan akut. Jangan sesekali juga menggunakan haba di mana pembengkakan berlaku kerana pembengkakan disebabkan oleh pendarahan pada tisu dan pemanasan hanya menarik lebih banyak darah ke kawasan tersebut.
Sumber:
https://www.scoi.com/patient-resources/education/articles/should-you-ice-or-heat-injury
https://www.drugs.com/cg/heat-pack-application.html
https://www.medicalnewstoday.com/articles/323346#how-heating-pads-work