Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan tidur yang lebih nyenyak, lebih lena dan lebih berkualiti setiap hari? Adakalanya anda juga perlu bangun awal untuk urusan penting pada hari esok, malangnya anda gagal untuk mendapatkan tidur yang baik. Berita menarik untuk anda, jadikan selimut berat sebagai teman baik tidur anda.
Selimut berat daripada Nappz Blankets ini boleh memberikan anda nikmat tidur yang lebih baik dan berkualiti. Selimut berat adalah sinonim dipanggil sebagai selimut terapeutik yang beratnya antara 2 hingga 5 kilogram. Ini kerana tekanan daripada beban atau berat tambahan selimut di dalamnya menyerupai dengan teknik terapi yang disebut sebagai stimulasi tekanan dalaman atau terapi tekanan.
Bukan hanya untuk kegunaan di bilik tidur, tetapi anda juga boleh menggunakannya ketika menonton televisyen atau membaca buku di sofa.
Nappz Blankets – Bagaimana Nappz Blanket berfungsi memperbaiki tidur anda?
Material daripada selimut berat Nappz Blankets juga telah direkabentuk dengan peratusan yang bersesuaian untuk berat badan anda bagi membantu melonggarkan sistem saraf dengan menyerupai pengalaman atau perasaan seperti dipegang atau dipeluk.
Secara amnya, apabila anda berada dalam pelukan, keadaan ini membantu dalam meningkatkan tahap serotonin dan melatonin serta menurunkan tahap kortisol dalam tubuh badan.
Jika anda tidak tahu, melatonin dan serotonin merupakan hormon tidur semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal daripada otak dan kemudiannya dibebaskan ke dalam aliran darah ke seluruh tubuh badan kita.
Secara semula jadinya, badan kita akan merembeskan hormon ini pada waktu malam dan pengeluaran hormon ini akan terganggu atau terhenti apabila mendapat cahaya. Hormon inilah yang berfungsi dalam membantu badan anda untuk mengawal dan meningkatkan kualiti tidur yang baik.
Namun, terdapat beberapa faktor lain juga yang boleh menggugat hormon ini antaranya pengambilan kafein pada waktu malam, terdedah kepada cahaya biru seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen, umur yang semakin meningkat serta banyak lagi.
Nappz Blankets – Selimut Berat Jenama Popular di Malaysia
Nappz Blankets adalah selimut berat yang disediakan dengan 2 item berasingan iaitu sarung penutup selimut dan selimut tebal. Sarung penutup Nappz Blankets disediakan khas untuk tujuan kemudahan pembersihan dan ianya diperbuat daripada buluh. Jadi, tak perlulah anda risau bagaimana untuk membersihkan Nappz Blankets ini. Hanya buka sarung penutup, dan basuh seperti kain atau pakaian anda yang lain.
Ini pula fakta menarik, lapisan luaran bagi selimut berat Nappz Blankets pula diperbuat daripada 100% buluh dengan manfaat lebih sejuk daripada kapas, hipoalergenik dan cepat kering manakala material dalamannya pula adalah gabungan seimbang daripada microfibre atau gentian mikro dan glass beads atau manik kaca.
Selimut berat Nappz Blankets ini boleh memberi manfaat kepada mereka yang mengalami masalah kemurungan atau kebimbangan, autisme dan insomnia serta keadaan-keadaan lain.
Bagi anda yang mempunyai masalah hipoalergenik, anda sangat disarankan untuk mencuba selimut berat Nappz Blankets ini kerana ia membantu untuk mengurangkan masalah reaksi alergi atau iritasi kulit. Sekiranya anda mempunyai jenis kulit badan dan wajah yang kering serta mudah sensitif, lebih-lebih lagi jika anda pernah ada sejarah alergi, anda sangat disarankan untuk mencuba selimut berat Nappz Blankets.
Selimut berat Nappz Blankets didatangkan dengan 3 saiz yang berbeza tau! Jom tengok di bawah untuk maklumat saiz dan harga yang boleh anda dapatkan :
Super Single (RM399)
~ 122cm x 183 cm
~ 3kg & 5kg
~ Material sarung penutup: 100% Buluh
~ Material luaran selimut berat: Poliester
~ Material dalaman selimut berat : Gabungan seimbang bahan Microfibre +
Glass Beads
~ Warna sarung penutup: Biru kelabu & Biru Tengah malam (paling popular)
Saiz Queen (RM449)
~ 152cm x 203 cm
~ 3kg & 5kg
~ Material sarung penutup: 100% Buluh
~ Material luaran selimut berat: Poliester
~ Material dalaman selimut berat : Gabungan seimbang bahan Microfibre +
Glass Beads
~ Warna sarung penutup: Biru kelabu & Biru Tengah malam (paling popular)
Saiz King (RM499)
~ 203cm x 223cm
~ 5kg sahaja
~ Material sarung penutup: 100% Buluh
~ Material luaran selimut berat: Poliester
~ Material dalaman selimut berat : Gabungan seimbang bahan Microfibre +
Glass Beads
~ Warna sarung penutup: Biru Tengah malam sahaja
Manfaat penggunaan selimut berat Nappz Blankets
Selimut berat Nappz Blankets ini membantu dalam penghasilan stimulasi tekanan dalaman untuk mengurangkan tegangan pada sistem saraf. Oleh yang demikian, antara manfaat penggunaan selimut berat Nappz Blankets adalah :
1) Meningkatkan kualiti tidur
2) Meredakan gejala kemurungan
3) Melegakan tanda-tanda kebimbangan
4) Menenangkan emosi bagi autisme
Dah sedia untuk cuba selimut berat Nappz Blankets?
Terokalah sekarang – Anda sememangnya perlu untuk mencuba selimut berat Nappz Blankets ini kerana ianya membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, lebih lena dan lebih sihat dengan menyerupai terapi yang dipanggil rangsangan tekanan dalaman. Alami sendiri pengalaman dan perasaan seperti pegangan atau pelukan yang lembut, hanya dengan selimut berat Nappz Blankets.
Maklumlah, bila rasa dipeluk, mood anda lebih stabil dan perasaan lebih bahagia. Kehangatan dan keselesaan daripada penggunaan selimut berat Nappz Blankets sememangnya membantu anda untuk berehat dengan lebih baik setelah menjalani rutin harian yang sangat memenatkan. Selepas menggunakan selimut berat Nappz Blankets, anda akan rasai sendiri perubahan tidur yang cepat dan tidur lebih lama.
Jangan berlengah. Dapatkan selimut berat Nappz Blankets untuk anda alami perubahan tidur anda. Untuk maklumat lanjut tentang Nappz Blankets, layari :
Laman Sesawang : https://nappzblankets.business.site
Facebook : https://www.facebook.com/Nappzblankets
Shopee : https://shopee.com.my/dynastyhan12