Selalu dengar bukan tentang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ? Biasanya kita dengar tentang JPJ ni bila ada hal-hal berkaitan jalan raya dan kenderaan.
Dalam artikel kali ini, mari kita ketahui dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan JPJ dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Jadi Teruskan membaca ya!
Apakah itu JPJ?
JPJ adalah kata singkatan bagi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. ia merupakan sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tugas JPJ ialah melakukan tugas pengawalseliaan serta penguatkuasaan mengikut undang-undang yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan.
Sehingga ke hari ini, JPJ memiliki sehingga lebih 90 cawangan atau pejabat di seluruh negara. Servis-servis yang mereka tawarkan termasuklah pemeriksaan dan pengeluaran cukai jalan, pendaftaran kenderaan, lesen memandu serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Sejarah Penubuhan JPJ
Di bawah Enakmen Lalu Lintas tahun 1937 undang-undang tentera Britain di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, JPJ telah ditubuhkan. JPJ kemudiannya dipanggil dengan nama Dewan Pengangkutan Jalan dengan tugas memberi lesen serta mengatur perusahaan awam.
Namun pada April 1946, dengan tertubuhnya pentadbiran Tanah Melayu, maka kuasa lembaga ini diambil alih oleh Pemeriksaan Kenderaan Bermotor dan Pejabat Pendaftar yang melibatkan keseluruhan Tanah Melayu.
Peraturan kenderaan bermotor ini hanya merangkumi empat Negeri Melayu Bersekutu sebelum tahun 1937. Negeri tersebut ialah Selangor, Perak Rendah,, Negeri Sembilan serta Pahang. Sehinggalah Enakmen Lalu Lintas 1937 dikuatkuasakan, pentadbiran pun diperluaskan ke Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain.
Menggantikan Enakmen Lalu Lintas 1937, undang-undang jalan Road Traffic Ordinance 1953 telah diluluskan sejajar dengan penubuhan jabatan tersebut. Demi menjalankan fungsi penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan ditubuhkan terutamanya untuk kenderaan komersial kerana melihat kepada betapa pentingnya tugas untuk menegakkan undang-undang.
Untuk menyelaraskan semua aspek pengangkutan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan pada 1 April 1946. Berikutan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta diperlakukan. Contohnya akta Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Ordinan Pengangkutan Jalan 1958. Akta ini adalah untuk penyelarasan undang-undang pengangkutan dalam negara di samping dijadikan sebagai platform untuk tanggungjawab JPJ.
Namun, JPJ semakin banyak menerima tekanan dari pelbagai tanggungjawab demi meningkatkan kualiti perkhidmatannya dek kerana pada tahun 80-an, peningkatan sistem pengangkutan di negara semakin ketara. Untuk menyelesaikan hal ini, untuk meningkatkan kecekapan agar selaras dengan minat dan keperluan semasa, JPJ telah melakukan penstrukturan dalaman jabatan.
Akhirnya, banyak inovasi telah dilakukan dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan hasil daripada fungsi di semua bahagian JPJ yang pelbagai. Kemajuan yang paling menjanjikan dapat dilihat pada tahun 90-an di mana berlaku penempatan tuntutan sistem pengangkutan.
JPJ merupakan salah satu jabatan yang berada di Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tanggungjawabnya ialah memberikan perkhidmatan kaunter untuk melesenkan pemandu & kenderaan. Selain itu, ia juga berperanan untuk memastikan kenderaan dan pemandu selamat melalui penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan jabatan yang berperanan dalam penyediaan perkhidmatan yang tinggi kualitinya melalui tugasnya dalam menegakkan serta mengurus pengumpulan hasil secara cekap dan telus.
VISI
Menjadi Organisasi Pengurusan Penguatkuasaan Pengangkutan Jalan Raya bertaraf Dunia.
MISI
Untuk menguruskan lalu lintas jalan raya dan kenderaan bermotor dengan cekap dan selamat menerusi penguatkuasaan serta penyampaian perkhidmatan yang bereputasi tinggi, cekap serta berteknologi tinggi agar dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan dan negara, dan memastikan pertumbuhan profesional dan kesejahteraan warga JPJ.
OBJEKTIF
- Membentuk dan mengatur pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor secara sistematik, inovatif dan boleh dipercayai.
- Membentuk dan mengatur pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor secara sistematik, inovatif dan boleh dipercayai.
- Menetapkan dan mentadbir undang-undang pengangkutan jalan dengan komitmen untuk menghasilkan pemandu kenderaan bermotor yang cekap, patuh pada undang-undang dan berhemah.
- Melakukan penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang pengangkutan jalan dengan integriti dan komitmen untuk mewujudkan masyarakat dengan budaya kepatuhan terhadap peraturan jalan raya.
- Memantau dan mentadbir standard keselamatan kenderaan bermotor dengan kecekapan dan integriti demi memenuhi industri automotif negara dan keperluan persekitaran.
Perkhidmatan JPJ
- Merperbaharui Cukai Jalan – Boleh dilakukan secara atas talian dan dapatkan cukai lesen anda yang baharu pada hari bekerja yang berikutnya. Boleh dilakukan untuk kereta dan motosikal.
- Pertanyaan & Pembayaran Saman – Boleh dilakukan secara atas talian dan dibuka untuk rakyat Malaysia dan warga asing.
- Merperbaharui Lesen Memandu (CDL) – Boleh dilakukan secara atas talian dan tersedia untuk motosikal, kereta dan semua kelas kenderaan lain.
- Memohon Lesen Memandu Pelajar (LDL) – Boleh dilakukan secara atas talian dan dibuka untuk mereka yang berumur lebih 16 tahun.
- Penukaran Pemilikan Kenderaan Sementara (STMS) – Boleh dilakukan secara atas talian dan percuma untuk pemilik kenderaan. Contoh servis ini ialah memindahkan hak milik kenderaan untuk sementara waktu kepada peniaga kereta secondhand.
- Pemilikan Kenderaan Tetap (STMSR) – Boleh dilakukan secara atas talian dan tersedia untuk motosikal dan kereta persendirian yang berdaftar di Semenanjung Malaysia.
Akhir Sekali,
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengenali JPJ dengan lebih baik. Sebagai rakyat Malaysia yang baik, sama-sama kita patuhi peraturan jalan raya ya!
Sumber:
https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/visi-misi-dan-objektif