Kami Memerlukan Anda – Blogger, Influencer, Youtuber
Anda mempunyai ribuan ‘followers? Anda sering menjadi ikutan? Anda suka bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru? Jom sertai dan bersama kami di Ceria Sihat!
Ceria Sihat adalah salah satu laman web yang menjadi platform bagi informasi-informasi kesihatan dan juga gaya hidup di Malaysia. Visi dan misi kami adalah untuk memberi kesedaran tentang kesihatan kepada masyarakat.
Apabila kami berkerjasama dengan jenama kesihatan yang menyediakan pelbagai jenis produk serta perkhidmatan yang terbaik, ini memberi banyak peluang untuk anda menyertai projek-projek kami. Sebagai contoh, anda boleh mencuba sampel produk yang terbaru, dan berpeluang menjadi mereka yang pertama untuk membuat ulasan produk tersebut
Sertailah jaringan industri kesihatan yang terbesar di Malaysia, samada anda seorang pengamal kesihatan, pakar nutrisi, pelatih peribadi ataupun seorang Blogger / Inluencer yang ingin meningkatkan kesedaran isu ini di kalangan followers anda.
Kami juga gembira sekiranya anda berkongsi artikel dan video kami dengan followers anda sekalian, supaya semua rakyat Malaysia akn menjadi lebih sihat sejahtera.