Sekiranya anda seorang penjawat awam, pasti anda ingin mengetahui tarikh duit gaji dikreditkan ke akaun anda bagi merancang kewangan dengan lebih teliti. Kami sertakan jadual gaji penjawat awam bagi tahun 2021 untuk rujukan anda.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2021
(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 25.01.2021 | Isnin | – |
Februari | 09.02.2021 | Selasa | Tahun Baru Cina 12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu) |
Mac | 18.03.2021 | Khamis | – |
April | 22.04.2021 | Khamis | – |
Mei | 06.05.2021 | Khamis | Hari Raya Puasa 13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat) Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin) |
Jun | 14.06.2021 | Isnin | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu) |
Julai | 14.07.2021 | Rabu | Hari Raya Haji 20 & 21 Julai 2021 (Selasa & Rabu) |
Ogos | 19.08.2021 | Khamis | – |
September | 23.09.2021 | Khamis | – |
Oktober | 25.10.2021 | Isnin | – |
November | 25.11.2021 | Khamis | Hari Deepavali 4 November 2021 (Khamis) |
Disember | 20.12.2021 | Isnin | Hari Krismas 25 Disember 2021 (Sabtu) |
- Gaji Asas– adalah jumlah wang yang ditetapkan untuk penjawat awam berdasarkan konsep upah yang munasabah untuk menampung keperluan asas yang terdiri daripada makanan, pakaian dan tempat tinggal.
- Elaun Tetap– merangkumi elaun perkhidmatan awam, subsidi sewa perumahan dan elaun hiburan. Pembayaran dibuat setiap bulan berdasarkan prinsip dan kriteria pembayaran.
- Komponen Berubah– terdiri daripada pelbagai elaun yang tidak tetap dan dimaksudkan untuk perkhidmatan tertentu termasuklah penjawat awam.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok? Secara umumnya struktur gaji bagi penjawat awam dan bukan penjawat awam adalah lebih kurang sama.
Berikut penerangan bagi memudahkan pemahaman anda.
Gaji Pokok
- Gaji tetap bagi penjawat awam mahupun swasta yang diberi dan TIDAK termasuk elaun.
Gaji Kasar
- Gaji Pokok + Elaun (Elaun Sara Hidup, Elaun Perumahan dan sebagainya)
- TANPA ditolak sebarang potongan
Gaji Bersih
- Gaji berserta elaun yang telah ditolak beberapa potongan seperti cukai dan sebagainya.
- (Gaji Pokok + Elaun) – Potongan
Menguruskan gaji dengan bijak amat penting sama ada anda penjawat awam ataupun bukan supaya tidak membebankan kehidupan sendiri. Jadilah pengguna yang bijak dan berbelanja mengikut kemampuan.
Anda boleh menyemak semula tarikh bagi jadual gaji penjawat awam tahun 2021 jika terdapat perubahan mengikut perkembangan semasa di sini. Semoga bermanfaat!
Maklumat Lanjut
Untuk malumat lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini boleh rujuk kepada pihak berikut :
Pengarah
?Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
☎️ 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
Sumber Asal: Jabatan Akauntan Negara SPANM BIL. 5/2020
RUJUKAN
https://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji
https://www.jpa.gov.my/en/salary
https://www.xpresi.org/perbezaan-gaji-pokok-gaji-kasar-dan-gaji-bersih/