Now Reading
Jalan Ipoh: Jalan Tertua di Kuala Lumpur

Jalan Ipoh: Jalan Tertua di Kuala Lumpur

jalan ipoh

Jalan Ipoh terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kawasan Jalan Ipoh kini sedang pesat membangun, ditambah lagi dengan pembinaan rumah flat kos rendah.

Pembangunan ini menyebabkan jalan ini menjadi tumpun untuk pembinaan pelbagai kemudahan yang sekali gus memudahkan kehidupan para penduduknya dan para pelancong yang datang ke kawasan ini.

Jalanini juga selalu digunakan oleh penduduk bandaraya Kuala Lumpur sebagai jalan utama mereka setiap hari untuk ke tempat kerja.

Di sini kami kongsikan sedikit tentang latar belakang Jalan Ipoh serta kelebihan dan kemudahan yang ada di kawasan Jalan Ipoh untuk anda.

TENTANG JALAN IPOH

Jalan ini bermula dari pinggir Chow Kit di timur untuk melintasi jalan melewati Titiwangsa, melalui Sentul, dan keluar ke pinggir Segambut di sebelah barat. Jalan Ipoh merupakan salah satu jalan tertua di Kuala Lumpur.

Jalan ini juga masih mengekalkan daya tarikannya sebagai kawasan runcit tradisional yang ditentukan oleh banyak bahagian kedai yang memenuhi sebilangan besar jalan meskipun sambungan jalan ini telah digantikan oleh banyak lebuh raya yang melintasi Kuala Lumpur dan Lembah Klang supaya menjadi lebih luas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menamakan jalan ini sebagai Jalan Sultan Azlan Shah pada tahun 2014. Perubahan ini dilakukan atas tujuan memperlihatkan peningkatan pembaharuan di kawasan perumahan terutamanya yang kos rendah dan mampu milik.

Namun, sebenarnya penduduk tempatan sangat menyukai nama asalnya iaitu Jalan Ipoh.

KELEBIHAN JALAN IPOH KEPADA PENDUDUK KOTA

Hari ini, pembeli rumah yang mencari rumah di Jalan Ipoh mempunyai pelbagai pilihan jenis rumah untuk dibeli. Terdapat banyak kompleks kondominium dibangun di sini seperti Rivercity Condominium, Putra Court, dan pembangunan mewah Maple in Sentul West.

Jadi, perumahan teres tradisional dan hartanah bertingkat rendah bukan satu-satunya pilihan yang wujud di Jalan Ipoh dek peningkatan pembaharuan bandar yang semakin meningkat.

Jalan ini memiliki akses yang agak baik ke kemudahan tempatan kerana peranannya sebagai penghubung utama di Kuala Lumpur.

Sebagai contoh, terdapat beberapa pusat membeli-belah yang berdekatan Jalan Ipoh seperti Brem Mall dan Sunway Putra Mall di timur Jalan Ipoh.

Bukan itu sahaja, Jalan Ipoh juga terkenal dengan pasar makanan dan terletak dekat dengan beberapa pasar raya seperti Cold Storage di Sunway Putra Mall dan Giant Supermarket Kepong Brem Mall.

Jadi mudahlah untuk penduduk mahupun para pelancong yang berada di Jalan Ipoh untuk membeli keperluan mereka.

Seterusnya, terdapat beberapa kawasan rekreaksi di dan di sekitar Jalan Ipoh. Sebagai contoh, Sentul Park adalah kawasan luaran tempatan yang popular yang berada dalam jarak yang sangat dekat dengan Jalan Ipoh.

Meskipun sebilangan besar kawasan rekreasinya mempunyai akses terhad kepada awam, masih ada kawasan taman yang boleh diakses awam seperti Pusat Seni Pertunjukan Kuala Lumpur yang mengadakan konsert, drama, balet, dan persembahan hebat lainnya.

Selain itu, ada juga Taman Tasik Titiwangsa di mana pengunjung boleh menyewa bot untuk ke tengah tasik, atau mencuba bermain luncur, berbasikal, berjoging, dan pelbagai aktiviti lain yang merangkumi taman permainan untuk anak-anak.

Anda yang tinggal atau bercuti di Jalan Ipoh adalah sangat bernasib baik kerana mudah untuk anda mendapatkan kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Contohnya, Jalan Tun Razak di Titiwangsa Sentral menyediakan laluan akses utama ke timur.

Sementara Lebuhraya DUKE dan Laluan Persekutuan 1 menghubungkan ke Jalan Ipoh di sebelah barat, jadi senang untuk ke lebuh raya lain iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).

Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan, jangan risau kerana Stesen Pengangkutan Laju (LRT) ada berhampiran seperti LRT Titiwangsa, LRT Sentul, dan Stesen LRT PWTC. Selain LRT adalah Stesen Monorel Chow Kit, Stesen Putra Komuter dan stesen Sentul Komuter. Mudahnya untuk anda kemana-mana dengan kemudahan ini.

Akhir Sekali,

Untuk meningkatkan lagi pembangunan di Jalan Ipoh, antara usaha yang boleh dilakukan adalah mengurangkan kadar jenayah di kawasan ini, meredakan kesesakan lalu lintas serta meningkatkan akses pengangkutan awam.

Sumber:

https://www.propertyguru.com.my/areainsider/jalan-ipoh

https://www.edgeprop.my/content/exciting-times-ahead-jalan-ipoh

https://www.propsocial.my/developments/rivercity-30

https://www.propertyguru.com.my/property-listing/walking-distance-to-pwtc-sunway-putra-mall-easy-access-to-jalan-ipoh-sentul-setapak-for-sale-by-clement-29078197

https://www.propsocial.my/location/47/jalan-ipoh

error: Content is protected !!