Now Reading
Jambatan Malaysia di Korea Selatan : Perhubungan

Jambatan Malaysia di Korea Selatan : Perhubungan

korea selatan

Mungkin ramai yang hairan bagaimana adanya Jambatan Malaysia di Korea Selatan bukan? Tetapi jambatan itu memang wujud di Korea Selatan. Ia adalah sebuah jambatan yang terletak di Paju-Si, Korea Selatan yang diberi nama Jambatan Malaysia.

Kisah ini bermula pada November 2020 oleh seorang wanita rakyat Korea Selatan terlihat nama jambatan tersebut di aplikasi peta di telefon mudah alihnya. Lalu dia kesan untuk melihat sendiri jambatan tersebut dan kenapa ia diberi nama Malaysia.

Setelah wanita ini sampai disana, dia terlihat ada sebuah batu kuning di tepi jambatan tersebut yang memaparkan maklumat mengenai jambatan tersebut. Maklumat dibatu tersebut membuktikan hubungan baik diantara Malaysia dan Korea Selatan. Jambatan tersebut diberi nama “Ma-Ray-Sia-Gyo” yang merupakan panggilan lama orang lama mereka untuk Malaysia.

korea selatan

Jambatan ini siap dibangunkan pada 25 Ogos 1966 dan pembinaan ini dilakukan oleh syarikat Han Heung Public Corporation berdasarakan bukti yang tertulis di situ. Jambatan ini masih gah berdiri walaupun usia sudah melebihi 50 tahun dan digunakan banyak kenderaan setiap hari kerana ia menjadi penghubung untuk merentasi Sungi Gosancheon.

Jambatan ini dibina kira-kira 6 tahun selepas kedua-dua kerajaan negara Malaysia dan Korea Selatan membina hubungan diplomatik merujuk kepada tarikh jambatan ini siap dibina. Namun tidak semua penduduk disitu tahu bahawa nama jambatan itu adalah Jambatan Malaysia.

Jambatan itu diberikan nama Malaysia adalah diseababkan negara kita bermurah hati menyumbangkan sumbangan kewangan untuk menyiapkan pembinaan jambatan ini yang merupakan jalan penghubung penduduk disitu untuk melintasi sebatang sungai kecil. Kata seorang lelaki yang tinggal berhampiran dengan jambatan tersebut.

Menurut lelaki tersebut jugak, sebelum adanya jambatan tersebut mereka terpaksa memijak batu-batu kecil untuk menyemberangi sungai tersebut. Tetapi ia menjadi masalah apabila musim hujan kerana paras air akan naik dan kanak-kanak tidak dapat hadir ke sekolah kerana tidak dapat melintasi sungai tersebut.

Apabila disoal mengapa kawasan ini yang menjadi pilihan untuk menerima bantuan kewangan bagi pembinaan projek jambatan, lelaki tersebut tidak pasti kenapa mungkin kawasan ini merupakan antara bandar terawal di Korea Selatan pada ketika itu. Secara amnya, kawasan ini terletak kira-kira 1 jam perjalanan daripada bandar Seoul.

Pada Tahun 2020 yang lepas adalah ulang tahun hubungan baik antara kedua-dua buah negara yang ke-60 dan rakyat telah diraikan dengan sebuah video di Youtube yang dihasilkan oleh produser tempatan di sana mengenai adanya sebuah jambatan di Korea Selatan yang bernama “Jambatan Malaysia”.

Hubungan Perdagangan Kedua-dua Buah Negara

Pada tahun 1962 bermulanya hubungan ekonomi kedua-dua buah negara secara rasminya apabila Menteri Pertanian Malaysia iaitu Khir Johari dan Menteri Luar Korea Selatan Choe Deok-sin telah menandatangani perjanjian perdagangan pertama antara kedua-dua buah negara bertempat di Seoul pada 5 November 1962.

Korea Selatan adalah salah satu sumber pelaburan langsung asing utama di Malaysia sejak tahun 1980. Sejumlah 235 projek pelaburan mereka di Malaysia yang bernilai RM4.6 bilion telah diluluskan untuk sektor pembuatan yang terdiri daripada pengeluaran produk bukan logam, produk elektrik dan elektronik, produk kayu, produk getah dan bahan kimia sehingga tahun 1996.

Perdagangan Malaysia dengan negegra korea meningkat 6.7% dari US $9.7 bilion pada tahun 2004 kepada AS $15.4 bilion dari tahun 2004 hingga 2008. 287 projek lagi telah dilaksanakan dengan pelaburan sebanyak RM7.7 bilion pada tahun 2012.

Pada tahun 2015, nilai perdagangan antara kedua-kedua negara mencapai US $10.8 bilion. Ini menjadikan Malaysia sebagai rakan perniagaan ke-12 terbesar disana. Korea Selatan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia untuk melabur dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan 5G, minyak dan gas, teknologi hijau dan pembangunan bandar pada tahun 2018.

korea selatan

Migrasi Dan Kedatangan Penduduk Antara Kedua Buah Negara

Antara tahun 2005 dan 2007, Jumlah ekspatriat Korea Selatan di Malaysia hampir meningkat tiga kali ganda dan mencapai 14,934 individu dan diharapkan akan terus bertambah dengan pesat. Secara statistik pula, pada tahun 2006, sekitar 200,000 rakyat Korea telah datang ke Malaysia dan destinasi paling popular mereka pergi adalah Kota Kinabalu.

M. Santhananaban yang merupakan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan telah menganggarkan pada tahun 2005 bahawa terdapat 400 pelajar antarabangsa Malaysia di negara itu.

Kehadiran pelajar-pelajar ini di sana adalah hasil daripada idea “Pandang ke Timur” oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, yang mendorong rakyat Malaysia untuk belajar dan mencontohi sikap dan etika kerja mereka dan Jepun.

Kerajaan Korea telah bermurah hati memberikan biasiswa berjumlah RM8 juta kepada 41 pelajar Malaysia untuk menyokong mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat master, pengdoktoral atau penyelidikan pascasiswazah lain di sana Pada tahun 2008.

Dengan adanya hubungan diplomasi antara kedua-dua buah negara ini, Malaysia telah mempunyai pejabat kedutaan di Seoul, manakala Korea Selatan memiliki pejabatan kedutaan di Kuala Lumpur.

Jambatan Malaysia di Korea Selatan : Perhubungan

Pasti persoalan kenapa kerajaan Malaysia bermurah hati untuk mendermakan bantuan kewangan untuk pembinaan jambatan ini satu ketika dahulu timbul difikiran anda bukan. Ini kerana pada ketika dahulu Korea Selatan jauh lebih miskin daripada Malaysia.

Tetapi Sekarang selepas 60 tahun ternyata negara Korea Selatan jauh lebih maju dalam semua aspek berbanding dengan Malaysia. Ini dapat dilihat apabila Korea Selatan telah mencipta jenama-jenama besar seperti Samsung, Hyundai, Kia Motors dan LG.

Sumber:

https://iluminasi.com/bm/jambatan-malaysia-di-korea-selatan-bukti-hubungan-baik-kedua-buah-negara-sejak-dulu.html

https://www.sinarharian.com.my/article/131448/BERITA/Nasional/Korea-Selatan-Malaysia-sepakat-perluas-hubungan-ekonomi

error: Content is protected !!