Now Reading
Jangan ikut hacks yang viral ini untuk basuh air fryer anda, nanti meletup!

Jangan ikut hacks yang viral ini untuk basuh air fryer anda, nanti meletup!

air fryer

Ramai orang di media sosial tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepada anda beberapa hack kehidupan yang berguna. Beberapa hacks yang dikongsikan adalah genius, namun ada juga yang boleh memudaratkan. Contohnya, cara membersihkan air fryer yang viral di TikTok ini.

Sememangnya, banyak hacks yang dikongsikan di media sosial akan memudahkan urusan di dapur. Tetapi hanya kerana seseorang melakukannya dalam talian tidak bermakna ia benar-benar berfungsi. Sebagai contoh, klip viral menunjukkan cara membersihkan air fryer dengan pantas.

Bukan sahaja “hack” ini merupakan kaedah pembersihan yang tidak boleh dipercayai, ia juga boleh merosakkan air fryer anda – atau lebih teruk, boleh meletup. Ini adalah hack viral di TikTok yang harus anda elakkan.

air fryer

Penggunaan air fryer telah menjadi popular sejak beberapa tahun lalu kerana peralatan dapur kecil ini boleh memasak, membakar atau menggoreng hampir apa sahaja dengan udara panas. Mereka menggunakan minyak yang lebih sedikit daripada masakan konvensional dan ianya boleh menjimatkan wang anda pada bil utiliti anda serta boleh menyediakan lebih banyak pilihan yang sihat.

Sama seperti perkakas lain, air fryer perlu dibersihkan dengan kerap. Untuk cara yang cepat dan mudah untuk membersihkannya, anda boleh mengikuti arahan video TikTok ini. Atau anda boleh mengikut arahan dalam manual air fryer milik anda, kerana kaedah ini berpotensi berbahaya.

Dalam video itu, dia menera2gkan bahawa anda boleh membersihkan air fryer anda dengan mudah dengan menuang sedikit sabun dan air ke dalam separuh bakul. Kemudian, pengguna TikTok itu menetapkan air fryer untuk beroperasi selama tiga minit pada 200°F. Seperti magik, air fryer itu bersih berkilauan apabila pemasa tamat, dan air dibuang dari air fryer.

Jika anda memahami cara air fryer berfungsi, anda akan segera menyedari kelemahan dalam hack ini. Udara panas beredar di dalam, dan dengan air sebanyak itu, terdapat risiko sebenar ia masuk ke dalam litar. Air fryer juga memerlukan sejumlah besar kuasa untuk “memasak” air, menyebabkan perkakas itu menjadi terlalu panas dan terbakar.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengekalkan air fryer anda berfungsi dengan baik?

Terdapat beberapa perkara yang anda tidak boleh masukkan ke dalam air fryer, dan separuh bakul air sudah semestinya ada di dalam senarai. Nasihat yang dicadangkan, hanya ikut cara penjagaan pengilang untuk air fryer anda atau sebarang produk lain.

Perkara lain yang anda tidak boleh cuba menggunakan air fryer ialah:

  • Keju (kerana produk tenusu cair akan menitis dan melekat pada permukaan air fryer)
  • Masak nasi (kerana suhu tidak cukup tinggi)
  • Brokoli (kerana ia mengandungi kurang kelembapan dan akan cepat kering)
  • Adunan basah (kerana ia akan menitis dalam bakul dan hangus hingga ke pangkal)
  • Perasa (kerana udara boleh meniupnya dan masuk ke dalam komponen)
  • Makanan bergula (kerana udara boleh meniup cecair melekit ke dalam litar)
error: Content is protected !!