Now Reading
Jangkitan Telinga ‘Otitis media akut’ (Acute otitis media) – Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko, Rawatan dan Langkah Pencegahan

Jangkitan Telinga ‘Otitis media akut’ (Acute otitis media) – Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko, Rawatan dan Langkah Pencegahan

Jangkitan telinga

Jangkitan telinga (otitis media akut) biasanya merupakan jangkitan bakteria atau virus yang mempengaruhi bahagian tengah telinga iaitu ruang yang dipenuhi udara di belakang gegendang telinga dan mengandungi tulang kecil telinga yang bergetar. Kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapat jangkitan telinga berbanding orang dewasa.

Jangkitan telinga sering menyakitkan kerana keradangan dan pembentukan cecair di bahagian tengah telinga.

Memandangkan jangkitan telinga sering dibersihkan dengan sendiri, rawatan mungkin bermula dengan menguruskan kesakitan dan mengawasi masalah. Jangkitan telinga pada bayi dan kes yang serius pada umumnya memerlukan penggunaan ubat antibiotik. Masalah jangka panjang yang berkaitan dengan jangkitan telinga seperti cecair yang berterusan ada di bahagian tengah telinga, jangkitan berterusan atau jangkitan kerap boleh menyebabkan masalah pendengaran dan komplikasi serius yang lain.

 

Jenis Jangkitan Telinga

  • Otitis externa.
  • Otitis media – akut atau kronik.
  • Otitis media yang serius.
  • Miringitis berjangkit.
  • Mastoiditis akut.
  • Neuronitis vestibular.
  • Herpes zoster pada telinga.

 

Simptom Jangkitan Telinga

Permulaan tanda dan gejala jangkitan telinga biasanya dirasai dengan cepat.

 

– Kanak-kanak

Tanda dan gejala yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak termasuk:

  • Kesakitan telinga, terutamanya ketika berbaring.
  • Rasa penarikan pada telinga.
  • Sukar untuk tidur.
  • Menangis lebih daripada biasa.
  • Lebih mudah sakit hati.
  • Kesukaran mendengar atau memberi respons terhadap bunyi.
  • Hilang keseimbangan.
  • Demam pada suhu 100 F (38 C) atau lebih tinggi.
  • Terdapat cecair keluar dari telinga.
  • Sakit kepala.
  • Hilang selera makan.

 

– Dewasa

Tanda dan gejala umum pada orang dewasa termasuk:

  • Kesakitan telinga.
  • Cecair keluar dari telinga.
  • Pendengaran yang kurang.

 

Punca Jangkitan Telinga

Jangkitan telinga berlaku disebabkan bakteria atau virus di bahagian tengah telinga. Selain itu, ia sering berlaku akibat penyakit lain seperti selesema atau alahan yang menyebabkan kesesakan dan pembengkakan saluran hidung, tekak dan tiub Eustachia (eustachian tube).

 

– Peranan tiub Eustachia

Tiub Eustachia adalah sepasang tiub sempit yang melalui daripada setiap bahagian tengah telinga hingga belakang kerongkong yang tinggi iaitu di belakang saluran hidung. Bahagian hujung tekak dibuka dan ditutup untuk:

  • Melaraskan tekanan udara di bahagian tengah telinga.
  • Menyegarkan udara di telinga.
  • Menghentikan rembesan biasa yang keluar dari bahagian tengah telinga.

Bengkak, keradangan dan lendir dalam tiub Eustachia berpunca daripada jangkitan pernafasan bahagian atas atau alahan boleh menghalangnya dan menyebabkan pengumpulan cecair di bahagian tengah telinga. Jangkitan bakteria atau virus pada cecair ini biasanya menghasilkan gejala jangkitan telinga.

Jangkitan telinga lebih banyak berlaku pada kanak-kanak, sebahagiannya kerana tiub Eustachia mereka lebih sempit dan lebih mendatar. Ini merupakan antara faktor yang membuatkan cecair itu sukar untuk mengalir keluar dan lebih cenderung untuk tersumbat.

 

– Peranan ‘adenoids’

‘Adenoids’ adalah dua tisu kecil di bahagian tinggi belakang hidung dan dipercayai memainkan peranan dalam aktiviti sistem imun. Fungsi ini boleh menyebabkan mereka terdedah kepada jangkitan, keradangan dan bengkak.

Memandangkan ‘adenoids’ terletak berhampiran dengan pembukaan tiub Eustachia, keradangan atau pembesaran ‘adenoids’ boleh menyekat tiub sehingga menyumbang kepada jangkitan pada bahagian tengan telinga. Selain itu, keradangan ‘adenoids’ lebih cenderung memainkan peranan dalam jangkitan telinga pada kanak-kanak kerana mereka mempunyai adenoid yang lebih besar.

 

Diagnosis Jangkitan Telinga

Doktor biasanya boleh mendiagnosis jangkitan telinga atau keadaan lain berdasarkan gejala yang anda gambarkan dan pemeriksaan yang dibuat. Alat yang menyala (otoskop) mungkin digunakan untuk melihat telinga, tekak dan laluan hidung. Selain itu, doktor juga mungkin akan mendengar pernafasan anak anda menggunakan stetoskop.

 

– Otoskop pneumatik

Alat yang dikenali sebagai otoskop pneumatik selalunya merupakan satu-satunya alat khusus yang diperlukan oleh doktor untuk membuat diagnosis jangkitan telinga. Alat ini membolehkan doktor untuk melihat dalam telinga dan menilai sama ada terdapat cecair di belakang gegendang telinga anda. Dengan bantuan otoskop pneumatik, doktor dengan lembut akan menghembus udara pada gegendang telinga. Biasanya, bunyi udara ini akan menyebabkan gegendang telinga bergerak. Jika bahagian tengah telinga dipenuhi dengan cecair, doktor anda akan memerhatikan sedikit pergerakan berlaku pada gegendang telinga tersebut.

 

– Ujian tambahan

Doktor anda mungkin akan melakukan ujian diagnostik yang lain jika ada keraguan tentang diagnosis yang dibuat. Contohnya, seperti jika ada keadaan yang tidak memberi tindak balas terhadap rawatan sebelumnya atau jika terdapat masalah lain yang persisten atau serius.

  • Timpanometri. Ujian ini mengukur pergerakan gegendang telinga. Peranti yang mengelilingi saluran telinga akan menyesuaikan tekanan udara di dalam saliran dan menyebabkan gegendang telinga bergerak. Ia akan mengukur seberapa jauh gerakan gegendang telinga dan memberikan tekanan yang tidak langsung dalam bahagian tengah telinga.
  • Reflektometri akustik. Ujian ini mengukur berapa banyak bunyi yang dipancarkan dari peranti dan melantun balik kepada gegendang telinga. Ia merupakan satu ukuran langsung bagi cecair di bahagian tengah telinga. Biasanya, gegendang telinga dapat menyerap kebanyakan bunyi. Walau bagaimanapun, lebih banyak tekanan yang terdapat dari cecair di bahagian tengah telinga, lebih banyak bunyi gegendang telinga akan dipantulkan semula.
  • Ianya jarang berlaku sekiranya doktor menggunakan tiub kecil yang memasuki gegendang telinga untuk mengalirkan cecair dari bahagian tengah telinga. Prosedur ini disebut sebagai ‘timpanosentesis’. Ujian untuk menentukan agen berjangkit dalam cecair mungkin bermanfaat jika jangkitan tidak bertindak balas dengan baik kepada rawatan sebelumnya.
  • Ujian lain. Jika anak anda mempunyai jangkitan telinga atau pembentukan cecair yang berterusan di bahagian tengah telinga, doktor anda boleh merujuk anda kepada pakar pendengaran (ahli audiologi), ahli terapi pertuturan atau ahli terapi pembangunan untuk ujian pendengaran, kemahiran pertuturan, pemahaman bahasa atau kebolehan perkembangan.

 

Faktor Risiko Jangkitan Telinga

Faktor risiko jangkitan telinga termasuklah:

  • Umur. Kanak-kanak antara umur 6 bulan dan 2 tahun lebih mudah terdedah kepada jangkitan telinga kerana faktor saiz dan bentuk tiub Eustachia mereka. Selain itu, sistem imun mereka yang belum berkembang juga boleh menyebabkan mereka terkena jangkitan telinga.
  • Penjagaan kanak-kanak secara berkumpulan. Kanak-kanak yang dijaga dalam kumpulan lebih cenderung untuk mendapatkan jangkitan selesema dan jangkitan telinga berbanding kanak-kanak yang tinggal di rumah. Ini kerana mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan yang lebih banyak, seperti selesema biasa.
  • Pemakanan bayi. Bayi yang minum dari botol, terutamanya semasa berbaring, lebih cenderung mendapat jangkitan telinga berbanding bayi yang diberi susu ibu.
  • Faktor bermusim. Jangkitan telinga adalah perkara biasa semasa musim gugur (fall) dan musim sejuk (winter) terutamanya apabila penyakit selesema berlaku secara meluas. Individu yang mengalami alahan bermusim mungkin mempunyai risiko jangkitan telinga yang lebih tinggi semasa musim yang mempunyai jumlah debunga yang banyak.
  • Kualiti udara yang buruk. Pendedahan kepada asap tembakau atau pencemaran udara yang tinggi boleh meningkatkan risiko jangkitan telinga.

 

Rawatan Jangkitan Telinga

Biasanya, penggunaan antibiotik tidak membantu sekiranya virus menjadi punca berlakunya jangkitan telinga. Jika doktor anda mengesyaki bahawa bakteria mungkin menyebabkan jangkitan itu berdasarkan sejarah terdahulu, doktor mungkin akan mempreskripsikan antibiotik.

 

– Ubat melegakan kesakitan

Sekiranya virus atau bakteria menyebabkan jangkitan dan anda perlu menunggu supaya ia sembuh, anda tidak perlu hidup dengan kesakitan itu. Doktor anda boleh mengesyorkan ubat penahan sakit, biasanya acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Advil, Motrin) yang juga boleh membantu mengurangkan demam. Aspirin harus dielakkan daripada kanak-kanak kerana ancaman sindrom Reye, iaitu keadaan yang jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan bengkak pada otak atau hati.

Kesakitan juga boleh dikurangkan dengan menggunakan haba yang rendah dari pad pemanas. Berhati-hati ketika menggunakan pad pemanas bersama anak-anak.

 

– Antibiotik

Sekiranya doktor anda memutuskan untuk mempreskripsikan antibiotik, ikuti semua arahannya. Ambil dos yang ditetapkan walaupun anda atau anak anda sudah berasa lebih baik. Hubungi doktor atau ahli farmasi anda jika anda melangkau dos atau merasa sakit kesan daripada ubat yang diambil.

Jika anda tidak mengambil ubat itu sehingga habis, jangkitan anda boleh kembali dan menjadi kebal terhadap rawatan lain yang lebih banyak.

 

– Saliran

Sekiranya jangkitan menyebabkan komplikasi serius yang membuatkan cecair kekal di telinga untuk jangka masa yang panjang atau jika anak anda mempunyai jangkitan telinga yang berulang, doktor mungkin ingin melakukan prosedur yang disebut ‘myringotomy’.

Doktor akan membuat lubang kecil pada gegendang telinga supaya cecair seperti air, darah atau nanah boleh mengalir keluar. Dalam kebanyakan kes, doktor akan memasukkan tiub ke dalam telinga supaya cecair itu tidak mengalir semula.

Tiub tersebut biasanya akan keluar atau tertanggal sendiri dalam masa 6 hingga          18 bulan. Ini membolehkan cecair keluar dan udara dapat mengalir untuk memastikan bahagian tengah telinga kering. Penggunaan tiub juga boleh:

  • Mengurangkan kesakitan.
  • Meningkatkan pendengaran.
  • Mengurangkan jumlah jangkitan yang ada pada anak anda.

 

– Rawatan di rumah

  • Berkumur (Gargling): Bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang lebih tua, air garam membantu melegakan tekak yang sakit dan membantu membersihkan tiub Eustachia.
  • Berdiri tinggi: Memegang kepala anda dengan tegak boleh membantu mengalirkan cecair daripada bahagian tengah telinga anda.
  • Udara segar: Perokok harus mengelakkan diri dari merokok di dalam rumah atau di mana-mana kawasan berhampiran anak anda.

 

Langkah Pencegahan Jangkitan Telinga

Petua berikut boleh mengurangkan risiko terkena jangkitan telinga:

  • Mencegah selsema dan penyakit lain. Ajarkan anak-anak anda untuk mencuci tangan dengan kerap dan teliti serta tidak berkongsi perkakas makanan dan minuman mereka. Selain itu, ajarkan mereka untuk batuk atau bersin ke dalam tangan mereka. Jika boleh, hadkan masa yang dihabiskan dalam penjagaan kanak-kanak secara berkumpulan. Menetapkan penjagaan anak anda dengan kuantiti kanak-kanak lain yang lebih sedikit boleh membantu. Cuba untuk elakkan anak anda daripada pergi ke pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah sekiranya mereka sakit.
  • Elakkan menghidu asap rokok. Pastikan tiada siapa yang merokok di rumah anda. Jika berada di luar rumah, duduklah di persekitaran yang bebas daripada asap rokok.
  • Menyusu bayi anda sendiri. Sekiranya boleh, susukan bayi anda selama sekurang-kurangnya enam bulan. Susu ibu mengandungi antibodi yang boleh memberi perlindungan daripada jangkitan telinga.
  • Sekiranya bayi anda minum susu daripada botol, pegang bayi anda dalam kedudukan tegak. Elakkan menyokong botol di mulut bayi semasa dia sedang berbaring. Jangan letakkan botol di buaian bersama bayi anda.
  • Bercakap dengan doktor anda mengenai vaksinasi. Tanya doktor anda tentang vaksinasi yang sesuai untuk anak anda. Suntikan bermusim, pneumokokus dan vaksin bakteria yang lain boleh membantu mencegah jangkitan telinga.

 

SUMBER

https://www.webmd.com/cold-and-flu/ear-infection/understanding-otitis-media-basics#:~:text=A%20single%2C%20isolated%20case%20is,(recurrent%20acute%20otitis%20media).

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ear-infections/symptoms-causes/syc-20351616

https://www.healthline.com/health/ear-infection-acute

https://www.medicalnewstoday.com/articles/167409

error: Content is protected !!