Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa berkenaan produk yang sedia ada di pasaran. Ini bagi memastikan produk yang dijual adalah selamat dan diiktiraf oleh KKM dan BKKM.
Sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020, BKKM telah menjalankan pemantauan produk yang sedia ada di pasaran. Hasil daripada pemantauan mendapati sebanyak 21 produk makanan melibatkan 16 jenama daripada sejumlah 849 produk makanan yang dianalisis mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan. Antara bahan yang terdapat dalam produk makanan tersebut dan didapati termaktub di bawah senarai racun berjadual adalah dexamethasone, prednisolone, tadalafil, dan sildenafil. Kesemua bahan terlarang tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna.
Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
KKM menyarankan agar orang ramai yang sedang menggunakan produk ini atau telah menggunakan produk ini segera mendapat rawatan dan nasihat daripada ahli profesional kesihatan. KKM juga mengingatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih produk makanan kesihatan. Tambahan pula, penting untuk menggunakan kebijaksanaan sebelum membeli produk makanan yang mungkin sudah dicampur dengan bahan terlarang.
Berikut kami senaraikan produk yang mengandungi senarai racun berjadual:
Nama Produk: Minuman Kesihatan
Jenama: Tonik Tuan Haji 1921
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: Rimbuan Herbs (Pengedar) Langkawi, Kedah
Kesalahan: Mengandungi Dexamethasone & Prednisolone
Nama Produk: Candy B+ Complex
Jenama: California Pure
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: My Own Brand Sdn. Bhd. No. 6, Jalan PJU 3/43, Sunway Damansara Teknologi Park, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Kesalahan: Mengandungi Tadalafill
Nama Produk: Orange +
Jenama: Tiada
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: My Own Brands Sdn. Bhd. No. 6, Jalan PJU 3/43, Sunway Damansara, Teknologi Park, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Kesalahan: Mengandungi Tadalafill
Nama Produk: Kopi Panggung Al Ambiak
Jenama: Natural Herbs Coffee
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: Syed Fadil Al Yahya, Belakang Masjid, Pekan Teroi, Guar
Kesalahan: Mengandungi Sildenafil 1255mg/kg
Nama Produk: Kopi Jantan Tradisional
Jenama: Natural Herbs Coffee
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: Worldgate Vision, 95 Jalan Enggan, Kawasan Perusahaan Sg. Tukang, 08000 Sg. Petani, Kedah
Kesalahan: Mengandungi Tadalafil 1161mg/kg
Nama Produk: Kopi Pra Campuran
Jenama: WM Coffee
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: WM Coffee Marketing
Kesalahan: Mengandungi Tadalafil 4184 mg/kg
Nama Produk: Kopi Harimau
Jenama: Kopi Harimau
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: Max Mur Trading, No 59 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
Kesalahan: Mengandungi Tadalafil 1161mg/kg
Nama Produk: Kopi Mutiara
Jenama: Mutiara
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: Iman Mutiara, Jalan Besar Pendang 06700 Pendang, Kedah
Kesalahan: Mengandungi Tadalafil 1736mg/kg
Nama Produk: Jus Kesihatan Tradisional
Jenama: Jus Saidina
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: Sinar Mega Sdn. Bhd.
Kesalahan: Mengandungi Dexamethasone
Nama Produk: Miracle Energy Coffee
Jenama: Sabah Brands
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: Jaya Niaga Enterprise (Sabah) P.O. Box 40, 89727 Membakut, Sabah
Kesalahan: Mengandungi Tadalafil
Nama Produk: Kopi Strong Man Plus
Jenama: Natural Herbs Coffee
Syarikat & Alamat Pengeluar/Pengedar: Tiada
Kesalahan: Mengandungi Sildenafil 2054.54 mg/kg