Now Reading
Jawapan Untuk Soalan Makcik Bawang “Bila Nak Kahwin”

Jawapan Untuk Soalan Makcik Bawang “Bila Nak Kahwin”

makcik bawang

Perkataan ‘makcik bawang’ sudah biasa dalam kalangan kita. Perkataan ini semakin lama semakin popular dan digunakan di mana saja. Perkataan makcik bawang ini mula panas bermula dari media sosial dan hingga kini tetap digunakan lagi. Istilah ini mungkin baru namun ‘situasi’ ketika berlakunya itu sebenarnya sejak dulu sudah ada.

Makcik bawang merupakan satu trend dan untuk berdepan dengan makcik bawang ini bukanlah satu kerja yang mudah. Lagi-lagi jika makcik bawang tu kepoh sangat sampaikan semua benda luar dalam diri kita dia nak tahu. 

Kebiasaanya, makcik bawang ini akan melaksanakan misi mereka ketika terdapat majlis-majlis yang melibatkan ramai orang. Masa itulah mereka akan beraksi sehingga menyebabkan orang sekeliling berasa geram dan terkadang berasa malu akan soalan yang diajukan oleh mereka.

Antara tempat yang sering ada makcik bawang ini adalah di bahagian dapur tempat masak dan sebagainya. Sambil tangan berkerja sambil mulut bertanya itu ini.

Yang jadi mangsa sudah tentunya anak-anak muda, golongan baru berkahwin, jiran baru pindah dan sebagainya. 

Keburukan Makcik Bawang

Makcik bawang bukan sahaja wujud dalam majlis/ kenduri di kampung tetapi makcik bawang kini boleh wujud di tempat kerja, dalam lif di tempat yang selalu kita guna, di tempat makan, media sosial atau dalam erti kata yang mudah mereka berada di mana-mana sahaja.

Asalkan ada ruang untuk membawang, mereka akan melaksanakan misi mereka. Paling takut sudah tentulah di media sosial seperti group whatsapp, facebook dan sebagainya.

Tetapi terkadang makcik bawang ini sengaja membeli saham dosa manusia sekiranya cerita yang mereka bawangkan itu bukan cerita sebenar. Sekiranya itu yang mereka lakukan, di takuti aktiviti membawang mereka akan jatuh fitnah dan memudaratkan diri mereka sendiri.

Jadi, janganlah beranggapan membawang itu satu trend, ditakuti ianya akan memakan diri sendiri.

Contoh Jawapan Untuk Balasan Soalan ‘Bila Nak Kahwin’ Dari Makcik Bawang

Disebabkan membawang ini sudah menjadi satu trend terkini, pelbagai jawapan perlu disediakan supaya mampu menutup mulut makcik bawang ini. Jawapan ini berdasarkan soalan yang sering diajukan oleh makcik-makcik bawang tersebut.

Contoh jawapan untuk kalahkan makcik bawang ini adalah : 

“Bila nak kawin? Anak jiran sebelah dah ada seorang anak kamu bila lagi? “

Sediakan jawapan dengan penuh kesopanan walaupun soalan yang diberikan menyakitkan hati. Kerana kesopanan menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya, biar mereka yang tergamam jangan kita yang membeli dosa kering mereka.

Antara jawapan yang sopan tetapi mempunyai maksud yang mendalam dan mungkin boleh dijadikan salah satu jawapan untuk kita semua juga.

Jawapan Cara Lemah Lembut Untuk Makcik Bawang

Berikan jawapan yang lemah lembut dan tidak mengguris hati sesiapa, ini kerana kebanyakan makcik bawang adalah golongan orang-orang tua, jadi seharusnya kita gunakan bahasa yang baik untuk membalas jawapan kepada pertanyaan mereka itu.

Jawapan 1 :

Jodoh, ajal maut semua ditangan Allah. Saya sendiri tak tahu bila saya akan ketemu jodoh, mungkin jodoh saya masih lagi sesat tak jumpa arah nak jumpa jodohnya kot. Ke mak cik ada calon untuk saya, kalau ada sila bawa sekali“. 

Jawapan 2 :

Saya mahu menabur bakti kepada kedua-dua ibu bapa saya. Sekiranya saya berumahtangga masa sekarang, sukar untuk saya berbakti kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana saya ada satu lagi tanggunjawab menjaga keluarga saya. Bukan bermaksud, setelah berumahtangga saya akan mengabaikan ibu bapa saya, tetapi saya takut sewaktu hendak berbakti kepada kedua ibu bapa saya perlu mengikut suami saya. Sesungguhnya, tempat isteri adalah disisi suami”  

Jawapan 3 : 

Boleh dah mak cik carikan pasangan untuk saya. Ke mak Cik ada anak teruna yang masih available, kalau ada kenalkanlah pada saya

Jawapan 4 :

Tengah mengumpul duit untuk masuk meminang pasangan saya, tapi kalau Mak Cik ada duit lebih saya on je masuk meminang pasangan saya” 

Jawapan 5 :

Insyaallah dah tak lama, bulan dan tarikh masih belum ada lagi. Kalau dah ada nanti saya jadikan makcik weeding planner saya ya” 

Jawapan Cara Kasar (Fikir Dulu Sebelum Guna!)

Awas! Sebolehnya elakkan memberi jawapan seperti ini kerana jawapan seperti ini boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. Ini sekadar perkongsian dan fikir-fikirlah dengan lebih mendalam sebelum digunakan. Ingat Allah tidak suka pada persengketaan.

Jawapan 6 :

Tunggu suami Mak cik masuk meminang sayalah, nanti kita jadi madu. Madu itu manis tapi saya tak tahu bermadu dengan Mak Cik ini manis atau tidak

Jawapan 7 :

Sebenarnya saya sudah lama minat dengan suami Mak Cik, apa kata kita jadi madu

Jawapan 8 :

Jodoh belum sampai tapi saya takut ajal Mak Cik yang sampai dulu. Takut tak sempat Mak Cik nak tengok saya bersanding”  

Jawapan 9 :

Jodoh saya tak tahu bila, sama juga dengan ajal Mak Cik tak tahu bila” 

Jawapan 10 :

Kalau saya kawin nanti Mak Cik semua tak ada gosip yang hendak di bualkan. Nanti saya dah tak hot macam sekarang ni lagi.”

Jangan Salah Faham Antara Membawang Dengan Ambil Berat

Kadangkala ada juga ketika saudara, jiran dan sebagainya ini bertanya dengan niat ambil peduli. Iyalah dah lama tak jumpa kan? Diri sendiri yang selalu tak dapat balik kampung dan sebagainya. Ada juga ketika makcik-makcik ini ingin beri nasihat berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui dulu.

Maka sebagai orang yang lebih muda adakalanya kita patut diam dan dengar dulu. Jika soalan itu nampak biasa jawablah dan jika soalan itu semakin lama semakin melarat maka tak usahlah tunggu lebih lama lagi. Dari terus sakit hati baik jauhkan diri.

Sumber:

https://bidadari.my/makcik-bawang/

https://arkibangkernegara.blogspot.com/2018/02/makcik-bawang-s-faizal.html

https://fiksyenshasha.com/blog/maksud-makcik-bawang/

error: Content is protected !!