Now Reading
Jenama Sos Ikan Halal Untuk Menyedapkan Hidangan Anda!

Jenama Sos Ikan Halal Untuk Menyedapkan Hidangan Anda!

sos ikan halal

Sos ikan sangatlah terkenal dalam masakan Thai kerana rasa masamnya. Malah, ia juga banyak digunakan untuk memerap daging atau ikan, digunakan dalam salad atau penambah rasa dalam masakan seperti sup, rebusan atau stim.

Kadangkala, ia hanya digunakan untuk memberi sedikit ‘kick’ bagi menyedapkan lagi ssesebuah hidangan. Namun, bagi orang dahulu kala, ia mungkin agak sukar untuk mencari sos ikan yang halal, tapi dengan peredaran zaman sekarang, ini tidak lagi menjadi masalah buat anda.

Jadi, jom lihat beberapa jenama sos ikan halal yang anda boleh dapatkan di pasar raya anda!

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

1. Puteri Fresh Squid Fish Sauce

RM3.30

Kalau anda suka masak nasi goreng, cuba tambahkan sos ikan ini pada hidangan anda dan lihat perbezaannya. Bukan setakar nasi goreng, tapi ia juga boleh digunakan pada hidangan seperti mi goreng dan hidangan lain juga. Pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak,

Anggaran harga: RM5.50+

2. Knife Fish Sauce

RM8.70

Sos jenama ikan ini dibuat menggunakan ikan bilis sebagai bahan utama. Tahukah anda bahawa produk ini boleh digunakan sebagai alternatif kicap biasa tapi jangan pula gunakan dalam kuantiti banyak. Kebaikannya juga adalah produk ini tidak menggunakan sebarang pengawet dan pewarna tambahan.

Anggaran harga: RM5.60+

3. Tiparos Thai Fish Sauce

RM5.20

Ini adalah antara produk sos ikan yang diimport dari Thailand ke negara kita. Biasanya, kebanyakan sos ikan adalah tidak halal kerana kandungan di dalamnya, namun produk ini telah disahkan halal dan boleh digunakan dalam masakan kita. Selain digunakan dalam hidangan, ia juga boleh menjadi sos pencicah yang sedap.

Anggaran harga: RM6.30+

4. Cap Ketereh Fish Sauce

RM4.20

Produk ini adalah produk buatan Malaysia iaitu di Tumpat, Kelantan. Ia telah mendapat pengiktirafan dan sijil halal dari JAKIM. Jadi, selepas ini anda tidak perlu susah lagi untuk mencari produk sos ikan dari luar kerana masyarakat kita juga sudah boleh menyediakan sos ikan sendiri.

Anggaran harga: RM2.90+

5. Ketomall Premium Fish Sauce

RM15.50

Ini mungkin adalah sos ikan paling mahal yang anda mungkin jumpa, tapi ketahui bahawa harganya mahal kerana ia bukan seperti sos ikan biasa. Produk ini tidak menggunakan sebarang pengawet, MSG, gula, garam dan pewarna tambahan. Jadi, jika anda sedang mengamalkan gaya hidup sihat tapi masih menginginkan rasa tambahan daripada sos ikan ini, cubalah sos ikan ini sekarang!

Anggaran harga: RM15.50+

error: Content is protected !!