Jika ada dalam kalangan anda yang ingin memohon bantuan baitulmal tetapi tidak tahu ingin rujuk dimana, boleh rujuk sini.
Apa itu Baitulmal?
Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta.
Ia merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan wang ringgit, emas dan perak.
Ia juga dikenali sebagai Perbendaharaan Negara atau Kementerian Kewangan.
Dari penubuhan baitulmal juga mendorong untuk menubuhkan Bank Islam yang secara tidak langsung bekerjasama dalam memajukan harta perniagaan umat Islam yang terkumpul.
Oleh itu, tanpa membuang masa kami senaraikan bantuan baitulmal yang anda boleh mohon dan cara memohon.
Jenis Skim Bantuan Zakat
1. Bantuan Kewangan Bulanan
Membantu asnaf dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.
2. Bantuan Aidilfitri
Bantuan diberikan kepada penerima bantuan kewangan bulanan bagi membantu asnaf menyambut Hari Raya dengan menyalurkan bantuan berbentuk wang tunai melalui pemindahan akaun bank.
3. Bantuan Takaful Asnaf
Bantuan Takaful Asnaf diberikan kepada penerima bantuan kewangan bulanan sahaja bagi meringankan beban asnaf yang mengalami kemalangan dan kematian.
4. Bantuan Perubatan
Bantuan Perubatan diberikan kepada tiga bentuk iaitu bantuan perubatan am sama ada pembedahan atau ubatan, bantuan peralatan kesihatan dan bantuan hemodialisis bagi meringankan beban golongan asnaf untuk mendapatan rawatan dari mana-mana hospital kerajaan yang berkenaan.
5. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
Bantuan ini membantu asnaf untuk menyelesaikan tanggungan hutang bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, kesihatan dan perlindungan.
6) Bantuan Perkahwinan
Bantuan ini diberikan untuk asnaf yang mempunyai masalah kesulitan untuk memenuhi syarat perkahwinan dari segi bantuan wang, berlaku kes penceraian dan sebagainya untuk tujuan perlindungan sesama umat Islam.
7) Bantuan Ibnu Sabil
Jika ada golongan yang tidak berkemampuan atau asnaf yang mempunyai masalah ketika dalam perjalanan ke mana-mana tempat atas sebab yang dibenarkan syarak layak menerima bantuan Ibnu Sabil.
8) Bantuan Kecemasan
Bantuan kecemasan ini mengikut keadaan semasa yang tidak terduga dan perlu diselesaikan segera dengan memberikan secara tunai kepada golongan asnaf yang memerlukan.
9) Bantuan Guaman Syarie
Kes Mahkamah Syariah seperti kes-kes seperti ta’lik, fasakh,hadhanah, nafkah dan kes-kes yang berkaitan kekeluargaan boleh diberikan kepada golongan asnaf berdasarkan syarat kelayakan dan bersebab.
10) Bantuan Musibah
Bantuan musibah diberikan kepada golongan asnaf yang mengalami kerugian dari segi bencana alam seperti kerugian disebabkan banjir, banjir kilat, tanah runtuh dan hal-hal lain yang berkaitan.
Syarat Kelayakan Memohon Baitulmal
Berikut adalah beberapa syarat umum yang ditentukan untuk memohon baitulmal. Ini adalah sekadar rujukan, untuk keterangan lebih lanjut boleh layari laman rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di maiwp.gov.my
Syarat Kelayakan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
- Dokumen Yang Diperlukan:
– Borang permohonan
– 1 keping gambar pemohon berwarna yang berukuran passport.
– 1 salinan kad pengenalan pemohon, suami, isteri dan anak-anak yang tidak bekerja atau sudah berkahwin.
– 1 salinan penyata gaji atau pencen atau salinan PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah perlu mengemukakan
– 1 salinan nombor akaun bank atau surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir.
– 1 salinan surat perakuan nikah atau akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
– 1 salinan bil utiliti atau cukai pintu rumah semasa mengikut tempat tinggal
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
Ahli keluarga telah meninggal dunia | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
Saudara baru | Satu salinan kad memeluk Islam. |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
Penghidap penyakit kronik | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
Sedang mengikuti pengajian di IPT | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
Keluarga bermasalah | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
Muflis | Satu salinan surat pengesahan muflis dari Syarikat Insolvensi. |
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP
Bantuan Tempat Tinggal
1. Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
Bantuan ini untuk tujuan membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa
2. Bantuan Membina / Membaiki Rumah
Membantu asnaf menjalani kehidupan yang lebih selasa dan selamat. Ini termasuklah mengikut syarat yang dikenakan untuk memperbaiki rumah mengikut jumlah penghuni dan keadaan kediaman yang mendesak.
3. Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah
Membantu asnaf menjalani kehidupan yang lebih selasa dan selamat yang tidak mampu membeli rumah dan tiada kediaman tetap untuk ahli keluarga boleh menerima bantuan deposit untuk pembelian rumah kos rendah.
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan menetap di Wilayah Persekutuan
- Ia tertakluk kepada Had al-Kifayah
- Dokumen-dokumen
– Borang permohonan
– 1 keping gambar pemohon berukuran passport. Hendaklah berwarna.
-1 salinan kad pengenalan: Pemohon, Suami dan Isteri
– 1 salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah perlu dilampirkan.
– 1 salinan bil utiliti / cukai pintu yang terkini
– 1 salinan dokumen perjanjian jual beli
– 1 salinan surat tawaran pembiayaan perjanjian dari institusi kewangan atau dokumen jaminan kewangan (contoh : KWSP)
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
Ahli keluarga telah meninggal dunia | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
Saudara baru | Satu salinan kad memeluk Islam. |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
Penghidap penyakit kronik | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
Sedang mengikuti pengajian di IPT | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
Keluarga bermasalah | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
Muflis | Satu salinan surat pengesahan muflis dari Syarikat Insolvensi. |
Bantuan Berdikari
1. Bantuan Perniagaan
Membantu peniaga-peniaga yang telah memulakan perniagaan atau modal tambahan bagi menjana pendapatan golongan asnaf yang memerlulan perniagaan untuk kelangsungan diri.
2. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
Membantu pemandu teksi memiliki teksi sendiri dengan mendahulukan deposit sewa beli teksi.
3. Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah
Membantu asnaf membeli van atau bas sekolah bagi menjana pendapatan. Bagi mereka yang layak dan memiliki lesen memandu yang sah sahaja.
4. Bantuan Pertanian
Membantu asnaf dengan menyalurkan bantuan dengan memberi modal tambahan bagi meluaskan hasil tanaman. Secara tidak langsung, pertanian tersebut akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
5. Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya (OKU)
Golongan OKU juga tidak terkecuali. Anda boleh memohon bantuan ini untuk membeli motorsikal atau kerusi roda. Tujuan supaya anda lebih teratur dan memudahkan kehidupan seharian.
Antara bantuan baitulmal lain yang boleh anda mohon adalah seperti Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Ummah. Sebarang permohonan haruslah melalui borang-borang yang telah disediakan dalam talian. Semoga urusan anda dipermudahkan.
Sumber: