Now Reading
Jenis Ikan Yang Jarang Ditemui Di Dunia

Jenis Ikan Yang Jarang Ditemui Di Dunia

jenis ikan

Laut merupakan rumah kepada lebih kurang 20,000 jenis ikan yang berbeza. Ikan laut datang dari pelbagai bentuk, saiz dan warna.

Mereka hidup pada pelbagai jarak kedalaman dan suhu. Menurut satu organisasi di luar negara, stok ikan masih berlebihan sebanyak 89.5% setelah lebih dari setengah abad manusia memancing di kawasan laut dalam.

Aktiviti perikanan di laut dalam semakin mendapat akses yang meluas untuk bergerak ke kawasan laut yang lebih dalam. Ini adalah kerana kawasan laut dalam merupakan rumah kepada organisma yang sangat halus dan jarang dijumpai.

Mari kita lihat jenis-jenis ikan yang hidup di laut dalam dan jarang ditemui di dunia.

Stoplight Loosejaw (Malacostus niger)

Bioluminescence adalah cahaya biru yang dikeluarkan oleh kebanyakan hidupan laut, namun ikan jenis ini membebaskan cahaya berwarna merah.

Cahayanya tidak dapat dilihat oleh pemangsa dan mangsa, dan ia digunakan sebagai lampu suluh untuk mengesan udang dan ikan-ikan kecil. Lampu merah tersebut juga digunakan untuk berkomunikasi dengan ikan yang sama spesis dengannya.

Rahang dan leher ikan ini tergantung membolehkan ia membuka mulutnya dengan luas dan membunuh makanan menggunakan giginya yang tajam. Kadangkala ikan ini dikenali sebagai man-gobbler dan boleh dijumpai di lautan dalam.

Black Seadevil (Melanocetus johnsonii)

Ikan betina spesis ini memiliki taring yang besar dan organ bercahaya di antara matanya. Manakala ikan jantan lebih kecil dan mempunyai lubang hidungyang besar yang mereka gunakan untuk mencari pasangan di dalam gelap.

Apabila ikan jantan telah jumpa pasanganya, ia akan berpaut pada bahagian bawah pasangan menggunakan giginya. Ia hidup sebagai parasit pada ikan betina, memakannya sehinggalah ikan betina perlu mensenyawakan telur-telurnya.

Coelacanth (Latimeria chalumnae)

Populasi kecil ikan ini boleh dijumpai di Lautan India di sepanjang kawasan perairan selatan-timur Africa dan di Sulawesi, Indonesia.

Fosil hidup ini sangat terkenal kerana ia mempunyai sirip gelung yang kelihatan seperti kaki. Ada juga yang pernah mengatakan bahawa ikan ini mempunyai pertalian antara ikan dan amfibia

Common Fangtooth (Anoplogaster conuta)

Sangat jelas bagaimana ikan ini mendapat namanya. Ikan ini mempunyai gigi yang panjang dan tajam di dalam mulutnya, di mana gigi tersebut digunakan untuk menangkap mangsa dan bergantung kepada apa saja hidupan yang berada di dalam laut.

Pemangsa laut dalam ini dikenali sebagai common fangtooths yang dijumpai di kedalaman 16,000 kaki. Spesis ini lebih suka bergerak aktif untuk mencari makanan.

Ikan ini mampu untuk melawan haiwan oleh kerana mulutnya besar dan giginya tajam. Warna mereka gelap, samada coklat ataupun hitam, dan tidak seperti kebanyakan ikan laut dalam lain, organ mereka tidak mengeluarkan sebarang cahaya untuk berkomunikasi dan menarik perhatian mangsa.

Sebaliknya, ikan ini sangat bergantung kepada bau dan mengambil peluang seperti sekecil-kecil sinaran matahari untuk menarik mangsa ke dalam mulutnya.

Sarcastic Fringhead (Neoclinus blanchardi)

Spesis ini pula adalah ikan kecil yang menarik yang hidup di timur laut Lautan Pasifik dan di pinggiran pantai California. Ikan betina spesis ini bertelur di tempat tinggal ikan jantan dan ikan jantan akan melindunginya daripada pemangsa dan ancaman lain yang berhampiran.

Ramai yang tidak tahu tentang corak pemakanan sarcastic fringehead ini, akan tetapi saintis menjangkakan oleh kerana mulut ikan ini terlalu besar, ia memberi kesan yang besar terhadap kebolehannya untuk makan.

Para pemancing tidak menjadikan spesis ini sebagai sasaran. Oleh itu, populasi spesis ini masih dalam keadaan yang baik dan tidak terancam.

Atlantic Wolffish (Anarchichas lupus)

Ikan pemangsa ini memiliki gigi yang tajam dan bersiung. Tempat tinggal atlantic wolfish bergantung kepada lupine monikernya.

Makanan mereka adalah haiwan laut berbadan keras atau makhluk berduri seperti landak laut atau siput laut yang besar dan mereka tidak akan menganggu manusia selagi mereka tidak diprovok.

Panjang ikan ini mampu mencecah sehingga5 kaki dan boleh dijumpai di Atlantik Utara dan Pulau Artik. Ia tinggal pada kedalaman bermula dari 328 kaki sehingga 1640 kaki dan lebih selesa tinggal di kawasan air yang lebih sejuk.

Mempunyai kelebihan berbadan panjang dan berupa seperti ikan belut, ikan ini juga dikenali sebagai belut serigala.

First Faceless Cusk (Typhlonus nasus)

Belut ini seperti Dementor di dalam dunia ikan, ia tidak memiliki wajah. Pada tahun lalu, para pengkaji dari negara luar telah menjumpai spesis ini di bawah permukaan air sedalam 13,000 kaki.

Mulutnya seperti tersembunyi di sebalik badannya, dan ia memanjang bermakna ikan boleh memanjangkan badan untuk mendapatkan makanan dan menarik mangsa masuk terus ke dalam badannya.

Jadi, apa risiko sekiranya kita ingin tinggal di laut? Perasaan ingin tahu itu membuak-buak tentang bagaimana haiwan menyesuaikan diri untuk hidup di persekitaran yang sejuk, gelap, dan bertekanan tinggi.

Banyak spesis yang hidup di dalam kawasan terbesar dunia, berupa aneh dan tidak serupa dengan saudaranya yang lain. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda dan menambah pengetahuan anda mengenai ikan-ikan di laut dalam.

Sumber:

https://www.nhm.ac.uk/discover/the-fishes-of-the-deep-sea.html

https://oceana.org/marine-life/ocean-fishes

https://www.insider.com/strange-deep-sea-creatures-trivia-facts-2018-4#as-the-name-suggests-the-faceless-cusk-eel-has-no-face-3

https://ocean.si.edu/ecosystems/deep-sea/deep-sea

error: Content is protected !!