Now Reading
Berus Gigi – Jenis dan Fungsinya, Cara Memilih, Kaedah Pembersihan

Berus Gigi – Jenis dan Fungsinya, Cara Memilih, Kaedah Pembersihan

berus gigi

Kebanyakan daripada kita pastinya mempunyai sebatang berus gigi untuk diri sendiri bukan? Ia sangat penting dalam penjagaan kesihatan mulut, jika tidak pastinya pelbagai masalah kesihatan mulut berlaku.

Jadi, anda perlu tahu berus gigi yang mana patut dipilih, sama ada ia betul dan sesuai untuk anda atau tidak. Dengan itu, ia dapat membantu anda membersihkan plak gigi, sisa makanan dengan selesa dan berkesan.

Justeru itu, anda pastinya perlukan artikle ini untuk membantu anda menentukan jenis yang sesuai untuk anda.

Jenis – jenis berus gigi

Terdapat pelbagai pilihan di pasaran tetapi tahukah anda bahawa berus gigi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

  • Biasa atau manual atau tiada kuasa
  • Automatik atau dikenali sebagai berus gigi elektrik atau mekanikal atau berkuasa atau bermotor

1. Berus Gigi Manual

Bahagian utama berus gigi manual terdiri daripada :

  • Pemegang – Anda pastinya memegang bahagian ini bagi memudahkan anda memberus gigi. Saiz dan kepanjangan pemegang berus anda penting mengikut kesesuaian pengguna. Ia membantu pengguna menggunakannya dengan lebih baik.
  • Kepala – Saiznya kecil dan berada di atas pemegang, memainkan peranan penting dalam proses pemberusan. Ia merupakan bahagian yang memegang filamen atau berus. Bentuk dan saiz kepala membantu anda mencapai kawasan yang sukar dicapai seperti kawasan gigi geraham belakang.
  • Berus – Anda boleh memilih tahap kekerasan berus anda sama ada keras, sederhana, lembut dan sangat lembut. Ia selalunya bergantung kepada tahap sensitif gigi anda dan tujuan anda. Berus yang lembut boleh digunakan untuk membersihkan plak dan sisa makanan anda dengan mudah. Namun begitu, anda perlu maklum walau apa jua tahap kekerasan gigi anda tidak boleh menanggalkan karang gigi.

Bentuk kepala, tekstur dan panjang lengan adalah berbeza untuk individu dewasa dan kanak – kanak. Jadi anda perlu memilih dengan betul mengikut usia dan keadaan. Berus gigi manual lebih mudah digunakan, dibersihkan dan dikeringkan. Malah ia tahan lama sehingga 3 – 4 bulan dan anda boleh dapatkannya dengan kos yang rendah. Dibawah ada dua contoh berus gigi manual untuk dewasa dan kanak-kanak.


Pek Nilai Berus Gigi Super Systema (3S) – Full Head

RM 13.40

Saiz dan keselarasan gigi dan keadaan gusi berbeza bagi setiap orang. Kesan pembersihan berus gigi dikurangkan apabila ianya terlalu besar atau terlalu kecil. Berus Gigi Super Systema dengan kepala yang lebih panjang untuk jangkauan yang lebih luas dan bersih dengan lebih pantas. Saiz kepala berus gigi lebih besar (32mm) untuk jangkauan yang lebih luas. Ia mempunyai pemegang getah sepenuhnya untuk cengkaman yang lebih baik. Warna pemegang boleh didapati dalam warna hijau, biru, coklat & zaitun.


Berus Gigi Oral-B Mickey untuk Kanak-kanak (2-7 tahun)

RM 5.40

Mickey ada di sini untuk membantu anak kecil anda memberus gigi dengan lebih baik. Wajahnya yang ramah menjadikan memberus gigi menyenangkan bagi anak-anak anda. Bulu lembut berus gigi ini sangat sesuai untuk pertumbuhan gigi, dan kepala kecil berus gigi ini adalah ukuran yang sesuai untuk mulut kecil mereka. Tambahan lagi, pemegang pada sikat gigi kanak-kanak ini direka khas untuk tangan kecil, membantu anak anda memberus gigi dengan lebih mudah.

– Berus Gigi Automatik

Berus gigi automatik memerlukan bateri yang boleh dicaj untuk berfungsi dan ia selalunya perlu dicaj apabila kuasa baterinya menurun.

Apabila punat penghidup ditekan, berus akan bergerak secara berputar mengikut kelajuan yang ditetapkan atau boleh ubah mengikut pilihan anda bergantung pada ciri – ciri berus automatik tersebut.

Anda perlulah memahami cara menggunakannya, fungsi, saiz bateri atau boleh dicaj atau tidak atau kepala berus boleh diganti serta segala ciri – ciri lain.

Anda boleh membuat perbandingan dan memilih jenis berus yang bersesuaian dengan bertanyakan pendapat daripada jurujual agar anda tidak salah memilih berus gigi automatik anda.

Ia boleh digunakan dalam keadaan dan kalangan individu seperti berikut :

  • Orang kelainan upaya (OKU)
  • Individu yang mengalami masalah fizikal untuk memberus gigi secara manual
  • Warga emas yang memerlukan bantuan penjaga
  • Pesakit kes tertentu yang mendapat saranan doktor atau pakar pergigian


Beris Gigi Boleh-cas-semula ORAL-B Vitality Plus Prowhite

RM 120.00

Oral-B Prowhite mempunyai bulu pembersih yang mendalam yang mengelilingi setiap gigi untuk menghilangkan plak dan membersihkan noda permukaan secara menyeluruh. Secara klinikal terbukti dapat menghilangkan lebih banyak plak daripada sikat gigi manual biasa dan membersihkan kotoran pada permukaan gigi. Ia juga memberikan aksi 2D dalam membuat putaran kelajuan tinggi. Keistimewaan berus gigi ini ialah ia mempunyai Pemasa Bersih 2 Minit yang memberi isyarat setiap 2 minit untuk membantu anda memberus gigi pada masa yang disyorkan dan ia juga mempunyai bateri yang boleh dicas semula yang tahan sehingga 5 hari penggunaan (2 min untuk 2 kali gosokan setiap hari).

Cara Memilih Berus Gigi Yang Selesa Dan Sesuai

Ini merupakan garis panduan (American Dental Association) :

  • Berus gigi yang anda pilih mestilah mempunyai bulu / filamen / berus yang lembut. Memilih yang keras boleh menyebabkan tisu gusi anda terluka, mendedahkan akar gigi anda dan menyebabkan sensitiviti gigi anda meningkat terhadap makanan dan minuman panas, sejuk.
  • Memilih saiz kepala berus yang sesuai dan muat ke dalam mulut anda dan boleh memberus 1 hingga 2 batang gigi dalam satu masa (saiz yang selalunya boleh didapati seperti 1 inci panjang dan 1/2 lebar).
  • Berus gigi automatik tidak membersihkan gigi anda lebih baik daripada berus biasa. Tetapi, ia berbaloi dibeli jika berus automatik anda boleh meningkatkan semangat anda untuk membersihkan gigi lebih kerap dan untuk tempoh masa tertentu.
  • Berus gigi automatik adalah pilihan yang lebih baik daripada berus manual untuk sesiapa yang memerlukan bantuan untuk memberus gigi, termasuklah individu yang mengalami artritis (atau keadaan tertentu yang mengehadkan pergerakan mereka), individu yang memakai pendakap gigi atau gigi yang tidak selari atau permukaan gigi yang tidak rata yang memerlukan pembersihan yang teliti
  • Menggantikan berus gigi anda (atau kepala berus gigi automatik) sebaik sahaja berus menjadi kembang atau lama (selalunya setiap 3 bulan). Berus gigi yang lama tidak melakukan kerja yang baik untuk membersihkan gigi anda. Ingatlah untuk sentiasa menggantikannya selepas anda jatuh sakit.

Jika anda masih tidak dapat menentukan jenis berus yang mana untuk diguna, dapatkan nasihat daripada doktor gigi anda. Jika anda membelikan berus gigi untuk kanak – kanak, pilih berus gigi mengikut ciri – ciri berikut :

  • Berus yang lembut (untuk pembersihan yang lembut)
  • Kepala berus yang sangat kecil (direka khusus untuk gigi bayi)
  • Pemegang yang besar (memudahkan anak anda untuk memegang)

Kaedah pembersihan berus gigi yang betul

1. Pastikan ia bersih

Anda mungkin tidak terfikir bahawa membersihkan berus gigi adalah penting kerana anda membasuhnya tiap kali selepas anda mengosok gigi. Namun begitu, ia sangat penting dan mudah untuk dilakukan jadi kenapa abaikannya?

  • Basuh dengan membilasnya dengan air paip untuk menyingkirkan debu atau serpihan yang mungkin ada padanya. Jika anda mengalami penyakit sistemik atau gangguan imun, anda perlu merendamnya di dalam ubat kumur anti bakteria.
  • Simpannya dengan elok. Selepas menggunakannya, jangan sumbat ke dalam kabinet ubat, laci atau bekas alatan mandian dan biarkannya begitu sahaja.
  • Simpan berus anda secara menegak, di dalam rak atau bekas di mana ia boleh mengering. Pastikan anda menggunakan bekas yang membolehkan udara bergerak dan menghalang daripada pembentukan kulat, tempat yang tidak sepenuhnya tertutup. Kekurangan udara boleh menyebabkan pembiakan bakteria.

Anda boleh letakkan berus gigi anda di pemegang berus gigi seperti di bawah.

– Bila untuk berhenti menggunakannya?

Anda ragu – ragu seberapa lama anda boleh gunakan berus gigi anda? Ini merupakan beberapa tips berguna :

  • Tahu bila untuk membuangnya. Ganti pada setiap 3 hingga 4 bulan atau bila ia menunjukkan tanda – tanda sudah terlalu digunakan.
  • Mana – mana berus gigi tidak kira manual dan automatik tidak terkecuali dan pengurusan kebersihannya sama. Ganti sambungan kepala berus apabila berus mula menunjukan tanda – tanda usang.
  • Jangan berkongsi bersama orang lain
  • Jangan pernah berkongsi berus gigi meskipun dengan ahli keluarga anda. Berkongsi boleh menghantar air liur dan menyebarkan bakteria, malah ia boleh menyebabkan kereputan gigi.

Ia perlu la diuruskan, digunakan dengan baik. Pastikan anda menggunakannya mengikut tempoh masa yang telah disyorkan iaitu dua minit. Setiap berus gigi mempunyai kelebihan dan kegunan masing – masing, bergantung kepada seseorang tersebut.

SUMBER

https://www.myhealth.gov.my/produk-penjagaan-kesihatan-mulut-berus-gigi/

https://www.deltadentalins.com/oral_health/select_toothbrush.html

https://www.webmd.com/oral-health/features/the-ugly-truth-about-your-toothbrush

error: Content is protected !!