Now Reading
Johnson and Johnson dan 9 Alternatif Produknya Untuk Kegunaan Harian Anda

Johnson and Johnson dan 9 Alternatif Produknya Untuk Kegunaan Harian Anda

johnson and johnson

Selama lebih dari 125 tahun, Johnson and Johnson telah berjaya menawan hati berjuta-juta pelanggan kerana telah memberikan penjagaan terbaik melalui variasi produk kesihatan mereka. Jenama ini menawarkan pelbagai produk untuk penjagaan bayi, kulit dan rambut, luka, kesihatan mulut, kesihatan wanita, pemakanan, kosmetik, peralatan mandian dan ubat-ubatan di kaunter.

Johnson and Johnson juga telah mempertimbangkan dengan prihatin kepada setiap produk, menolak lebih dari 400 bahan untuk mengeluarkan produk inovatif yang mampu dibeli oleh orang ramai.

Ayuh kita lihat produk keluaran Johnson and Johnson yang boleh anda gunakan sebagai produk harian anda yang terdapat di pasaran.

Johnson’s Baby Lotion

RM24.00

Tahukah anda bahawa 2 daripada 3 bayi mengalami masalah kulit kering? Losyen Johnson and Johnson ni dirancang untuk memberi kelembapan yang cepat dan mudah sepanjang hari kepada anak-anak kecil. Formula penyerapan pantas mengandungi emolien kaya untuk membantu melembapkan dan mengekalkan kelembutan semula jadi kulit bayi selama 24 jam dengan bantuan ekstrak minyak kelapa. Mempunyai bau yang wangi, membuatkan anda berasa ingin peluk bayi setiap masa! Mempunyai pH yang seimbang, losyen ini juga boleh digunakan oleh orang dewasa.

Anakku Extra Mild Baby Lotion

RM17.50

Losyen bayi Anakku adalah losyen yang tidak berminyak, lembut dan halus. Ia dirumus khas dengan aloe vera dan vitamin E untuk menyihat, melembap dan melegakan kulit bayi yang lembut. Mengandungi juga emolien sebagai bahan pelembut untuk menghalus, melicin dan melembutkan kulit. Formula khas ini juga dipastikan untuk mempunyai pH yang seimbang untuk memastikan khasiat yang terbaik untuk bayi. Sesuai digunakan untuk seisi keluarga. 

Johnson’s pH 5.5 2-in-1 Body Wash 

RM16.00

Krim mandian Johnson’s ini mempunyai nilai pH 5.5 untuk menghormati dan mengoptimumkan keseimbangan kulit. Formulasi pH 5.5 berfungsi dengan baik untuk membersihkan kulit secara menyeluruh sambil meninggalkan kulit yang sangat lembut selepas setiap mandian. Pelembap tambahan juga diadunkan untuk memastikan kelembapan semula jadi kekal di dalam kulit anda. Hanya sedikit saja yang diperlukan untuk menghasilkan buih yang banyak dan wangi! Ianya 100% bebas sabun dan diuji secara dermatologi. 

Lux Sakura Bloom Brightening Shower Cream 

RM18.90

Nikmati sensasi bunga mekar halus dengan krim mandian Sakura dari Lux. Ia sangat efektif untuk mencuci badan serta meninggalkan bau wangi sakura dan bunga jasmin Jepun selepas mandian. Krim ini membantu untuk meninggalkan kulit yang cerah dan wangi. Campuran elegan Floral Fusion Oil™ ekslusif bukan sahaja mewangikan, ia juga memberi krim ini warna merah jambu. Selain daripada itu, busa krim ini membantu untuk mencerahkan kulit. 

Listerine Mouthwash -Cool Mint

RM24.90

Dari jenama ubat gigi no.1 yang disyorkan doktor gigi, ubat kumur antiseptik ini mempunyai rasa pudina yang berfungsi untuk menjadikan mulut anda berasa bersih dan segar. Ubat kumur Listerine lebih daripada sekadar membuatkan nafas, ia juga menawarkan pelindungan kuman sehingga 24 jam dengan penggunaan setiap hari. Secara klinikal, ia terbukti lebih berkesan untuk mengurangkan plak jika dibandingkan dengan aksi flos dan menggosok gigi sahaja. 

Colgate Plax Peppermint Mouthwash

RM23.90

Ubat kumur ini seharusnya menjadi sebahagian daripada rutin harian penjagaan mulut anda. Colgate Plax mampu membunuh bakteria hingga 99.9 peratus. Pengunaan yang kerap juga menghasilkan  sehingga 64 peratus gusi yang lebih sihat. Ramuan aktif fluorida membantu untuk mencegah pembentukan plak di rongga gigi. Ubar kumur ini memberi perlindungan sehingga 12 jam terhadap plak dan bakteria. Kandungan pudina yang kaya juga memberikan nafas yang lebih segar. 

Carefree Healthy Fresh Panty Liners

RM5.50

Carefree Healthy Fresh Panty Liners merupakan produk penjagaan wanita dari Johnsons & Johnsons. Panty liner ini membantu untuk melawan kuman dan memberi kesegaran tambahan bebas dari bau sehingga 8 jam membuatkan anda rasa bersih dan sihat sepanjang hari. Esktrak “green tea” semula jadi mengendali bau dan kuman dengan mengawal pembiakan bakteria. Permukaan panty liner yang lembut seperti kapas ini, dilengkapi juga teknologi “double dry” membuatkan ia selesa untuk dipakai setiap hari. Bina keyakinan diri anda dan sentiasa berasa konfiden dengan pengunaan panty liner ini! 

Kotex Fresh Panty Liner

RM5.50

Tiada lagi kerisauan bau yang tidak menyenangkan! Lapisan segar Kotex membantu kulit bernafas secara semula jadi dan menyerap kelembapan serta discaj yang tidak dijangkakan. Rekaan inovatif yang telah dirancang rapi untuk mencegah kegatalan di bahagian intim anda. Dengan bantuan fabrik lut udara, ia meningkatkan peredaran udara untuk membantu kulit anda bernafas semula jadi. Bahan kapas lembut yang selesa juga direka khas untuk membantu mengelakkan rengsaan dan bau yang tidak diingini. 

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

RM26.70

Penyental muka Neutrogena subsidiari jenama Johnsons & Johnsons membantu menghilangkan bintik-bintik hitam secara efektif dari penggunaan pertama dan menghindarkan kewujudan kembali bintik-bintik hitam. Hasilnya kulit yang licin dan sihat! Diformulasikan dengan “microbeads”, penyental ini menembus jauh ke dalam kulit dengan berkesan tanpa meneringkan kulit. Bahan ini membantu menghilangkan bintik hitam yang degil dalam pori-pori dengan melarutkan minyak berlebihan dan sebum. Produk bebas minyak ini juga sesuai untuk digunakan dengan kerap pada kulit sensitif. 

St. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub 

RM27.00

St. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub diformulasikan untuk membantu mencegah bintik hitam dan jerawat. Penyental muka yang popular ini menggabungkan ekstrak teh hijau, daun zaitun dan 100% silika semula jadi, direka untuk mengeluarkan dan membuang kotoran dan minyak dari liang roma anda. Ini membantu membersihkan blackhead dan menghalangnya daripada membentuk kembali dengan penggunaan yang kerap. Selain itu, ia berfungsi untuk menenangkan iritasi pada kulit anda. Sempurna untuk wajah anda, scrub St. Ives ini bebas dari parafen, sulfat dan minyak berat yang menyumbat liang pori-pori anda.

Johnson and Johnson mempunyai banyak produk penjagaan diri yang boleh digunakan secara harian untuk kebersihan dan penjagaan diri anda. Oleh itu, anda bolehlah cari 10 produk yang kami sarankan di atas untuk kegunaan anda dan keluarga di rumah.

error: Content is protected !!