Now Reading
Jom kenali Muzium Diraja Kedah dan Muzium Diraja Kelantan

Jom kenali Muzium Diraja Kedah dan Muzium Diraja Kelantan

Muzium Diraja

Apa yang anda tahu tentang Muzium Diraja? Jom kenali Muzium Diraja Kedah dan Kelantan. kami bawakan khas untuk anda. Jom baca sampai habis ya.

Muzium Diraja Kedah

Untuk  maklumat, Muzium Diraja yang juga dikenali sebagai istana lama adalah bangunan yang pernah didiami oleh beberapa orang sultan Kedah. Terdapat beberapa nama yang diberikan misalnya: Istana Pelamin atau Rumah Pelamin, Istana Mak Wan Besar dan juga Istana Kota Setar.

Sekitar tahun 1735, Istana yang diperbuat daripada kayu ini telah siap dibina oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778). Ia ditubuhkan betul-betul ketika pembukaan Alor Setar menjadi sebuah pusat pentadbiran Negeri Kedah yang ke-8.

Kemudiannya, ketika tercetusnya perang dunia kedua, tentera Jepun pula dengan beraninya menduduki istana lalu menjadikan istana ini sebagai ibu pejabat beberapa pertubuhan.

Lagi, serangan dari penjajah iaitu tentera Bugis pada tahun 1770 dan tentera Siam pada tahun 1821 telah menyebabkan Istana Kota Setar atau Muzium Diraja Kedah ini telah mengalami beberapa kerosakan.

Lantaran akibat kerosakan itu, istana ini kemudiannya dibina semula dengan batu oleh Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879).

Ketika istana ini dibaik pulih ia turut dijadikan sebagai Muzium Diraja bersempena dengan perayaan menyambut Jubli Perak di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzm Shah yang dirasmikan sendiri oleh baginda pada tanggal 25 Julai, 1983.

Menariknya, kenapa Muzium Diraja ini dikenali juga sebagai Rumah Pelamin adalah kerana berlangsungnya beberapa istiadat perkahwinan diraja (perkahwinan 5 orang putera-puteri sultan Abdul Hamid Halim Shah) maka sebab itu lah terwujudnya nama ini.

Jadi, itu sahaja sedikit sebanyak mengenai sejarah Muzium Diraja Kedah ini. Amatlah, digalakkan kepada orang awam untuk singgah ke sini, kerana ia dapat menambahkan pengetahuan anda.

Suka untuk kami kongsikan, kebanyakan kandungan pameran yang terdapat di Muzium Diraja ini adalah koleksi KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan juga beberapa koleksi yang diperoleh daripada kerabat Diraja Negeri Kedah.

Jom singgah datang ke sini. Tempat adalah percuma tau! Di bawah adalah info berkaitan:

Waktu lawatan

  • Selasa-Ahad (9.00 am – 5.00 pm).
  • Kecuali Jumaat tutup sementara waktu (12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

Tutup

  • Hari raya Aidilfitri & hari raya Aidiladha
  • Isnin (kecuali cuti sekolah)

Alamat

  • Muzium Diraja, Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Nombor Untuk  dihubungi

  • Tel: 04-732 7937
  • Faks: 04-730 5182

Muzium Diraja Istana Batu (Kelantan)

Muzium Diraja yang juga dikenali sebagai Istana Batu ini adalah sebuah muzium yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Dinamakan sebagai Istana Batu kerana bangunan ini dibina dari konkrit simen.

Muzium Diraja atau Istana batu ini siap dibina pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhamad Ke-IV, sekitar tahun 1939.

Reka bentuk istana ini adalah hasil daripada ilham Sultan Ismail sendiri. Sudah semestinya, istana ini dibina khas dan dijadikah sebagai hadiah perkahwinan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II.

Selain itu, istana ini juga telah menjadi tempat Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim bersemayam sehingga lah tahun 1960, iaitu semasa baginda menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Tidak lama kemudian, sekitar tahun 1969, Muzium Diraja ini turut dijadikan sebagai Istana rasmi kepada Tengku Mahkota Kelantan pada waktu itu iaitu Tengku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra yang sejurus selepas itu ditabal menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan.

Sejarah istana ini sekali lagi tercipta apabila Almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini untuk dijadikan sebagai Muzium diraja dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada tanggal 25 Julai 1991.

Di istana ini memperlihatkan sejarah berkaitan Kesultanan Kelantan semenjak dari awal sehinggalah sekarang termasuk hal-hal seperi: Salasilah, pakaian rasmi, penulisan, barangan hadiah dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.

Tambahan lagi, barangan yang terdapat di dalam ruangan bilik ini juga disusun atur indah dengan barangan seperti kristal, tembaga, perak dan juga perabot antik yang tidak ternilai harganya.

Lokasi istana ini terletak di jalan Hilir Kota yang berhampiran dengan Muzium Kraftangan dan Balai Besar. Di bahagian belakang pula terdapat Masjid Muhammadi atau dikenali sebagai Masjid Negeri.

Menariknya lagi, kawasan ini amat terkenal dengan Zon Budaya yang juga turut meliputi bangunan-bangunan bersejarah yang lain. Ini sekaligus menjadikan perhubungan dengan pusat bandar Kota Bharu menjadi lebih mudah dan sangat berhampiran dengan pusat membeli belah seperi Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.

Pastinya tujuan penubuhan Muzium Diraja ini adalah untuk menghubungkan rakyat dan raja yang memerintah negeri Kelantan sejak dahulu lagi. Ia secara tidak langsung memberi pendedahan kepada umum mengenai aktiviti-aktiviti Al-Sultan dan keluarga Diraja seluruhnya dalam mentadbir negeri ini.

Bagi anda yang berminat untuk datang ke sini, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 2 untuk orang dewasa, dan RM 1 untuk kanak-kanak. Muzium Diraja ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat, bermula 8.30 am – 4.45pm.

Penutup

Sekian sudah perkongsian kami kali ini. Moga ia memberi manfaat kepada anda.

Sumber

  1. https://dapnyatv.com/listings/muzium-diraja-kedah/
  2. https://azmirshah.com/melawat-muzium-diraja-dan-tugu-negara/
  3. https://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=9&totalRows_Recordset1=22&p=2&idstopic=41&idskandungan=183&id=&mtopic=5
  4. https://muzium.kelantan.gov.my/index.php/ms/muzium3/muzium-diraja-istana-batu
  5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Muzium_Diraja_Istana_Batu
error: Content is protected !!