Taman Botani Putrajaya merupakan Taman Botani yang terletak di Presint 1 Putrajaya. Taman ini berkeluasan sehingga 93 hektar. Taman Botani telah dibuka kepada orang awam pada 31 August 2001. Taman ini mempunyai lebih daripada 700 spesis tumbuhan dari benua-benua yang berbeza di seluruh dunia.
Ia berfungsi sebagai kawasan perlindungan dan pusat pembelajaran dan kajian bagi khazanah negara Malaysia. Ia mempunyai 13 buah taman tema.
Baiklah, tanpa membuang masa kita mari sama-sama kita lihat tempat menarik di Putrajaya kali ini iaitu Taman Botani Presint 1 Putrajaya!
Sebelum pergi jauh, pastikan anda tidak keliru. Seperti yang kita semua sedia maklum, di Putrajaya ini ada banyak tempat menarik dan semuanya berada berdekatan sahaja jadi jangan keliru yang mana Taman Botani Putrajaya dengan taman rekreasi lain di Putrajaya seperti :
- Taman Cabaran, Putrajaya
- Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
- Taman Wetland, Putrajaya
- Taman Saujana Hijau, Putrajaya
- Taman Alam Rimba, Putrajaya
- Taman Sri Empangan, Putrajaya
- Taman Ekuestrian, Putrajaya
- Taman Putra Perdana, Putrajaya
- Taman Wawasan, Putrajaya
Banyak taman rekreasi dan seumpamanya di Putrajaya ini. Pendek kata kalau nak pusing semua rasanya memang mustahil untuk habis semua sehari. Jadi, kalau anda berada berdekatan bolehlah pilih-pilih dan bertukar angin untuk beriadah di mana-mana taman rekreasi diatas yang mana semuanya berada di Putrajaya.
Dapatkan info menarik di Taman Botani Putrajaya
Pastinya ramai nak tahu apa aktiviti yang menarik dapat dilakukan di sini. Jadi untuk itu kita kena tahu dulu keadaan sebenar Taman Botani Putrajaya ini. Sebenarnya, Taman Botani, Putrajaya merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara.
Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian dan anda boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini.
Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan.
Antara yang menjadi tarikan disini adalah di “Floral Garden” dimana disini menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia.
Taman Botani Putrajaya ini merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga melihat keindahan pokok-pokok dan bunga secara lebih dekat.
Aktiviti Yang Boleh Anda Lakukan di Taman Botani Putrajaya
Jadi apa yang anda boleh lakukan di Taman Botani, Putrajaya ini? Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan di Taman Botani Putrajaya:
1. Berlari/ jogging/ berjalan
2. Mengayuh basikal
3. Menaiki Tram
4. Ambil gambar kahwin, santai, dan sebagainya.
Harga tiket masuk ke Taman Botani Putrajaya
Untuk maklumat anda semua, harga tiket untuk masuk ke Taman Botani Putrajaya tersebut adalah RM0! Kemasukan adalah percuma.
Jadi, rebutlah peluang anda untuk menikmati pemandangan indah di Taman Botani Putrajaya bersama keluarga dan sahabat handai.
Sementara menghayati pemandangan indah dan mempersona, anda dapat juga belajar sedikit sebanyak berkenaan alam flora dan fauna yang ada disana. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.
Pencapaian Taman Botani Putrajaya
Taman Botani Putrajaya telah dianugerahkan sebagai Taman Paling Menakjubkan di Asia oleh Yayasan Chelsea Diraja, London di Pameran Bunga Perdana Premier Dunia Chelsea pada 2008.
Taman Botani Putrajaya juga telah tersenarai di antara 40 taman yang indah dan mempersonakan di Asia oleh sebuah buku terbitan dari luar negara.
Fasa 1 Taman Botani Putrajaya ini berkonsepkan “floral atrractions” menghimpunkan lebih dari 750 spesies tumbuhan dari 13 koleksi tema tumbuhan yang berasal dari benua-benua yang berbeza.
Taman ini dibahagikan kepada lapan tema botani iaitu Malaysian Ulam and Medicinal, Bambusetum, Zingiberales, Edible Fruit Arboretum, Lawn and Gramineae, Forest Fringe and Aboriginal Medicinal Plants, Conservatory and Ecological Pond.
Keindahan taman ini terletak di kawasan hijau yang menghadap tasik menjadikan pengunjung terpesona melalui unsur-unsur kebudayaan yang digabungkan dalam reka bentuk seperti wakaf tradisional, lampu taman bermotifkan bunga dan label saintifik tumbuh-tumbuhan.
Seni Bina di Taman Botani Putrajaya
Jika anda ke Taman Botani Putrajaya, anda juga boleh melihat beberapa seni bina yang menarik di sekitar taman botani ini. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Islamic Garden
Taman Botani Putrajaya ini menempatkan juga Islamic Garden iaitu Moroccan Pavilion yang dibina bercirikan warisan Maghribi dan kesenian senibinanya diinspirasikan dari bandar Dirajanya seperti Fez, Meknes, Marrakech dan Rabat.
Taman Etnobotani ini merupakan tarikan terkini untuk bersantai dan anda berpeluang untuk mengenali banyak tumbuhan yang menarik. Etnobotani merujuk kepada kajian interaksi antara manusia dan tumbuhan yang melibatkan pelbagai aspek perubatan, sumber makanan, ekonomi dan budaya.
Taman ini dibahagikan kepada lapan tema botani iaitu Malaysian Ulam and Medicinal, Bambusetum, Zingiberales, Edible Fruit Arboretum, Lawn and Gramineae, Forest Fringe and Aboriginal Medicinal Plants, Conservatory and Ecological Pond.
Keindahan taman ini terletak di kawasan hijau yang menghadap tasik menjadikan pengunjung terpesona melalui unsur-unsur kebudayaan yang digabungkan dalam reka bentuk seperti wakaf tradisional, lampu taman bermotifkan bunga dan label saintifik tumbuh-tumbuhan.
2. Titian Kanopi dan Taman Pepanjat (Vine Garden)
Taman ini dibahagikan kepada lapan tema botani iaitu Malaysian Ulam and Medicinal, Bambusetum, Zingiberales, Edible Fruit Arboretum, Lawn and Gramineae, Forest Fringe and Aboriginal Medicinal Plants, Conservatory and Ecological Pond.
Keindahan taman ini terletak di kawasan hijau yang menghadap tasik menjadikan pengunjung terpesona melalui unsur-unsur kebudayaan yang digabungkan dalam reka bentuk seperti wakaf tradisional,
Lampu taman bermotifkan bunga dan label saintifik tumbuh-tumbuhan. Di Taman Botani terdapat Taman Pepanjat (Vine Garden).
Taman ini dihiasi indah oleh koleksi tumbuhan pepanjat yang mengeluarkan bau haruman dan bunga yang menarik. Keunikan tumbuhan pepajat adalah mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk membantu tumbuhan ini memperolehi sumber cahaya yang optimum.
Antara ciri tersebut adalah batang melilit, tangkai daun lilit, sulur paut, penyangkuk dan akar melekap.
Adalah diharap pihak pengurusan taman dan kakitangan dapat meningkatkan usaha mereka dalam memberikan yang terbaik kepada para pengunjung walaupun ianya merupakan satu cabaran yang sukar untuk dipenuhi.
Namun taman ini dilihat mempunyai potensi yang amat baik dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber yang boleh membantu meningkatkan tahap ekonomi. Jangan lupa berkunjung ke Taman Botani Putrajaya ini ya!
Sumber:
https://central.menarikdi.com/2021/03/13/taman-botani-putrajaya/
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2019/03/536872/teroka-13-taman-tema-di-putrajaya
http://likualam.blogspot.com/2012/09/taman-botani-putrajaya.html