Now Reading
Jom Terokai Amverton Heritage Resort di Melaka

Jom Terokai Amverton Heritage Resort di Melaka

amverton

Jika anda ingin memberikan keseronokan tak terhingga kepada anak-anak yang dibawa bercuti, memang tiada pilihan yang lebih tepat daripada Amverton Heritage Resort. Di sini, pelbagai kemudahan menarik disediakan untuk memberikan kegembiraan kepada anak kecil.

Antara yang di sediakan adalah seperti taman tema air kanak-kanak yang padat dengan pelbagai permainan menyeronokkan, taman permainan mini, Kid’s Fun Zone, Kid’s Game Room dan juga permainan ATV khas untuk kanak-kanak. Percayalah, menginap di resort ini pasti menjadi antara memori yang tidak mungkin untuk anda lupakannya.

Kebaikan review dari para pelancong  seperti berikut :

  • Paling best semestinya ada taman tema air yang cukup lengkap dimana anak anak kecil paling suka.
  • Kolam renang yang disediakan untuk orang dewasa juga agak besar.
  • Sarapan pagi yang disediakan terdiri dari banyak pilihan dengan harga sangat berpatutan.
  • Kawasan sekeliling dengan suasana yang sangat tenang, dikelilingi oleh pokok-pokok hutan. Sedangkan kita berada di lokasi sibuk di Melaka. Ayer Keroh sangat sesak tau semasa cuti.
  • Disediakan juga taman permainan tertutup “indoor” yang sangat besar, 2 tingkat tu. Anak anak memang suka.
  • Selain itu ada banyak aktiviti lain untuk anak anak lakukan di taman ini. Baca buku, melukis & lain-lain.
  • Khidmat pelanggan yang cepat.
  • Proses check out yang pantas dan mengambil masa dalam 3 minit dah selesai.

Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh terokai seperti berikut:

  • Kolam renang seperti mini waterpark

Kolam renang dekat sini memang macam mini water theme park dengan mainan untuk kanak-kanak. Tempatnya yang sangat luas di mana ada slide, water bucket dan banyak lagi. Ada potensi anak anda main sehingga tidak hendak balik dekat sini.

  • Lokasi Kids Fun Zone

Di Amverton Heritage ini juga terdapat bilik Kids Fun Zone. Tempat ini merupakan ruang permainan dalam bangunan yang agak luas. Bayaran masuk juga adalah percuma untuk anda yang menginap disini. Disini terdapat ruang permainan, ruang aktiviti serta mini library dengan persekitaran yang bersih and teratur.

  • Trek ATV yang menarik dan mencabar

Trek ATV dekat sini memang best. Di banyak trek ATV yang ada di Malaysia ni trek ATV yang ini antara yang paling best. Jentera ATV dia pun berada dalam keadaan yang baik. Anda akan dibawa meneroka di kawasan hutan berdekatan. ATV ni ada dua jenis, satu yang untuk dewasa dan juga ada trek ATV khas untuk kanak-kanak bagi anak-anak yang ingin mengambil pengalaman juga.

  • Pengalaman memanah

Lagi satu aktiviti best yang dekat outdoor adalah memanah. Tidak perlu risau kalau anda tidak mahir main kerana staf-staf dekat sini akan memberikan training pada anda sebelum anda boleh mula bermain. Persekitaran bermain di sini atas padang yang luas and rasa selamat sekali.

  • Paintball target shooting

Bagi yang hendak mencuba aktiviti paintball yang lasak di sini ada target shooting range. Jadi anda bolehlah menunujukkan bakat-bakat menembak anda dekat sini. Anda boleh menembak sejauh yang mungkin di persekitaran hutan rimba ini yang semacam dalam wayang gambar

  • Bilik Gym

Kalau anda berasa hendak bersenam, boleh menggunakan bilik gym di sini yang disediakan mini-gymnasium untuk mesin-mesin bersenam. Gymnasium ini terletak di dalam bangunan yang sama dengan Kids Fun Zone. Jadi sementara menunggu anak-anak bermain di sana, anda juga boleh melakukan aktiviti yang sihat ini.

  • Solitaire Lounge

Ada ruang Solitaire Lounge yang lebih kurang sama macam games room. Dekat sini anda boleh bermain permainan seperti pool, foosball ataupun dart dengan keluarga atau rakan-rakan anda dengan rasa rileks sekali.

  • Bilik yang selesa

Bilik dekat Amverton Heritage ni ada beberapa jenis. Bilik Famili di sini mempunyai 2 buah katil queen. Memang sesuai dan selesa untuk famili bersama dengan anak-anak kecil. Untuk bilik jenis Deluxe, anda boleh memilih sama ada nak satu katil king atau pun twin bed. Jikalau anda rasa perlukan ruang yang lebih luas dan eksklusif, bolehlah tempah bilik Junior Suite di sini.

  • Dayang Coffee House

Terdapat Dayang Coffee House di mana menjadi salah satu restoran utama di sini. Makanan disini disediakan secara buffet dan juga secara ala-carte. Antara menu ala-carte yang popular disini adalah Nasi Goreng Puteri. Nasi Goreng Puteri ni dihidangkan bersama udang, ayam goreng, telur mata dan juga keropok. Bolehlah ada cuba kalau anda ke sini.

Apabila kita melancong, mestilah hendak rehat dan tenangkan fikiran. Pada masa yang sama anak anak dan keluarga juga dapat rileks bersama. Di sini memang anda dapat mencari ketenangan dan rehat dengan harga yang berbaloi di masa anda  bercuti.

Sumber:

https://www.maisinggah.com/hotel-menarik-di-melaka/

https://ibusyurga.blogspot.com/2018/10/amverton-heritage-resort-review-hotel-di-melaka.html

https://kakitravel.net/travel/amverton-heritage-melaka/

error: Content is protected !!